Sunday, 28 February 2010

detektif era

bagi yang duk selalu layan Era pagi-pagi especially on Wed,mesti sedar punya program baru dorang nie kan? xdek laa baru sangat kot, tapi sebulan dah lah gamaknya. mm,pasnie dorang buat jangan lupe nyanyik plaks dah..layan sajjaalaa~

btw,detektif era nie cam The Moment of Truth laa~ juz bezanya dia buat dekat radio and those questions dorang tanye Live. not like the tv version, which is they asked the respondent first with seismograph and anything else melekat on their body before they were invited join the prog duk depan audience reramai tue.

ape yang menariknya dengan program nie-dorang akan bawa artis-artis yang pernah ade cerita-cerita panas duk depan en akbar[sang analisis] dan azwan ali[d'MC]-dan soalan-soalan yang ditanya tue kebanyakannya adalah daripada pendengar sendiri. so,korang boleh laa nak menggedik send question yg korang bajet best tue kan..kut2 yang menganggur xdak keja nie, tetiba phone ringing-melodi panggil jadi wartawan plaks. kelass menjaet!

well,gua sebenarnya menyampah dengan program baru nie. bukannya apa-
1.soklan yang dorang tanya kekadang tue tak best langsung! gi tanya soklan yang sume orang dah taw buat apew?ciskeks sunggoh! buang mase jek.. dah laa kekadang tue sampai kena ulang sampai 2 3 kali!sigh
2.nie yang paling gua hangin sekali-sama cam Are You Smarter than 5th Graderrr- iklan banyak gila nak MATI!! tak iklan,pusing lagu.. satu soklan tue maunyea 5-10 minit baru terjawab. charpeykdeyh
3.jawapan kabur-sila ulang sekali lagi.. ngaaaaa~nak jek gua g bakar astro esok neyh!dah taw bende tue cam ada masalah, x boleh nak detect btol2 cepat2.. xsahlaa buat live! yang azwan ali ni pon satu-nak tanye tue biarlah terangterang.. nie duk men pusing-pusing plaks..
sebagai kesimpulannya, gua memang dop bape nok bakhi ngan mende detektip-detektip herra nih! better gua g mandi,dah la kelas semua duk tibai pagi jah sekarang ni. mm,silap2 soklan yang dia tanye tue, lepas gua dah siap mandi pon tak berjawab lagi betol ke tak! cisssbeger

SRi:Nak dengar THR!!!

Saturday, 27 February 2010

sab.tai.tel

Shah Kirit pernah berkate,Jika kita hadiri satu majlis di mana ada bukan muslim di dalamnya, bacalah doa dengan terjemahannya-ataupun direct je terus baca in malay@english. bukannya apa, sama juga macam kita - kalau tetibe sami hindu duk sebelah kita baca mantera ke hape, mesti tetibe kite rasa cuak kut-kut dia jampi ke ape. sedangkan rasanya bende yang dia bace tue maybe doa yang memohon kesejahteraan semua umat manusia.

so, kalau kita nak bace doa pasnie.. baca jek dalam bahasa yang orang faham. baek untuk orang lain, baik juga untuk diri kita sendiri sebab kita faham apa yang kita pinta daripada Tuhan. sama kes juga dalam baca Quran, baca terjemahannya sekali. elok sebagai peringatan diri kita sendiri sehari-hari.

rasanya dah ramai yang dah layan My Name is Khan kan? ye laa.. bukannya sedikit yang duk tertunggu-tunggu buah tangan daripada SRK ngan Kajol kan. Apetah lagi banyak pula review-review cambest berlegar-berlegar di udara tentang filem nie.
bagi SRi, My Name is Khan merupakan sebuah terobosan yang menaik dan terbaik buat  umat Islam sebenarnya. mungkin ada isu-isu agama yang mereka terlepas pandang, tetapi bukan mudah untuk kita paparkan keindahan kesucian Islam yang dapat diterima hampir sepelusuk dunia apetah lagi dengan kehadiran bintang-bintang besar cam SRK dan Kajol di bawah pengarahan hebat KJ.

secara keseluruhan My Name Is Khan adalah filem terbaik yang pernah SRi tonton. Mungkin agak melampau untuk diberikan fullmarks untuk filem ini, tapi serius-mesej yang cuba untuk disampaikan dan teknik penceritaannya pasti takkan mengecewakan penontonnya. berbeza dengan filem New York dan Kurbaan [filem Bollywood yang turut berkisarkan 9/11] filem ini tidak menampilkan sosok pengganas, pelampau agama di dalamnya melainkan bagaimana penerimaan perkataan Muslim dalam kamus mereka especially  Americans selepas peristiwa 9/11.

namun SRi agak terkilan dengan sarikata yang dipaparkan. bagi SRi adalah lebih manis jika apa yang disampaikan terutamanya ayat-ayat Quran turut ditranslate sekali. makanya mereka yang bukan muslim terutamanya secara tidak langsung boleh memahami apa yang kita baca atau sebut selama nie terutamanya dalam solat kita sehari-hari. dan tak takut bila kita tetiba baca quran di tengah-tengah keramaian.

ayat-ayat Quran merupakan himpunan kalimat-kalimat terbaik dan terindah untuk diselusuri bersama. tak payah nak tunggu kita khatam kuliah bahasa arab pun takpe, cukup kita baca terjemahannya saja dah cukup buat kita merasakan flow syairnya. penuh lemah lembut dan teratur tapi padat serta tegas.

papehal,ingatla lepas nie. jika korang bace doa atau buat filem yang terkandung bahasa yang tak semua kita fahami, buat subtitlenya!ahaks
SRi:Ramai tak bagi review My Name Is Khan, risau jadi spoiler kang! terserah..hee

couple[ii]

ZA.LIM : meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. 

sedar tak sedar kita tiap-tiap hari menzalimi diri kita sendiri. kita banyak buat benda yang bukan pada kehendak, fitrah yang ditetapkan. kita bohong diri sendiri dengan berbisik benda yang bukan menjadi kemahuan, keinginan kita sendiri.

kita kata YA, tapi dalam hati dah terang tang tang dia kata TAKMAU! TAKMAU!! and at the end, we COMPLAIN!

Rasulullah berpesan agar kita memilih pasangan berdasarkan empat kriteria:
1. Penampilan
2. Keturunan
3. Harta
4. Agama
dan yang terbaik,pilihlah agamanya sebagai kayu ukurnya.

tapi yang jadi masalahnya bagi sesetengah newly bride nie, mereka tak berapa mengerti benda ni. bukannya sedikit, banyak terutamanya yang lelaki fikirannya tak cukup mendalam akan maksud benda nie.

banyak kes pasangan-pasangan pengantin ini, bila sampai satu saat dorang konpius, lost, xtaw nak buat apa dah! antara sebabnya time dorang kawen, depa tak fikir panjang-panjang perancangan yang bakal dorang laksanakan.

banyak yang berfikir dengan hanya "berkata" dalam hati - yang dorang kawen sebab ikut sunnah, nak elak zina dan dorang pilih pasangan tersebut kerana agamanya - tue dah cukup untuk membuatkan mereka bahagia selama-lamanya.

tapi kenyataannya lepas 2, 3 tahun, semuanya mulai berantakan. pastu mulalah pegi buat press statement, owh..kami tak sehaluan..bla..bla..bla dan akhirnya, anak-anak juga yang jadi mangsa. diluah mati bapak, ditelan mati mak. last-last lari rumah!

benda nie biasanya jadi dekat budak-budak sekolah agama. di mulut katanya dia sunting wanita itu jadi permaisuri hati atas dasar agamanya. tapi hakikatnya, dalam hati kecil dia..dia suka popuan tu sebab wajah rupa paras, harta dia! then, nak dijadikan cerita, terjadi kecelakaan - tak kesahlah accident ka, tumpah minyak panas ka - tak pon popuan tu jatuh muflis ka apa ka - Pon-Pooon!! Abg Posmen mai hantaq surat permohonan cerai [lepas dua tiga bulan ditinggalkan bersawang] takpon dia hantaq surat nak kebenaran nak kawin lagi satu.. PANG! jatuh berkecailah hati sang isteri menatap surat bercop majles agama islam tue.. ngaaa~

kan parah lagu tue.. NIKAH adalah satu benda yang sangat serius dalam kehidupan seorang insan. tapi sebab ego nya kita ni, kita terkadang maen semberono jah pi bantai jumpa mak bapak dia- saya nak kawen ngan anak pakcik makcik esok lusa boleh? haghuu sungguh haih!

papehal, tanya balik dalam diri, betulke kita pilih si dia itu kerana agamanya? jika ya, alhamdulillah. jika tak, renungkan kembali ape sebab dia yang jadi pilihan, bukan yang lain.. tapi serius, jika kita betul-betul faham dan memilih si dia itu itu kerana agamanya-alhamdulillah laa sesangat.. sebab kerna agamalah insyaallah kita kan selamat daripada bahang panas api neraka! dan yang lain tu cam selalu kita dengarlaa, semua hanyalah pinjaman semata-tak kekal selamanya

btw, SRi bukannya nak rumitkan keadaan. nak kawen, kawenlah.. tapi ingat, jujurlah dengan diri sendiri. kita dah terlampau banyak tipu diri sendiri hari-hari selama nie dan fitrah memana jiwa pon termasuk hati dan fikiran tu sendiri tak pernah nak suka ditipu dan terus dibohongi.ingat, jangan sebab kita pendam lama sangat satu-satu benda ni, pastue kita terlepas cakap benda yang bakal kita sesali suddaa.. THiNK AGAiN!
SRi:Terima si dia apa adanya

Tuesday, 23 February 2010

Jerez test 2 Statistic..

Hah, SRi sediakan dekat u ols memane yang tertarik nak tahu kedudukan team especially Lotus yang u ols duk banggekan sangat tue kan hasil test dorang dekat Jerez yang baru abes kelmaren..

Best times from the Jerez test

Times from all four days (17th-20th February) combined.

DriverCarBest timeDifference
Jenson ButtonMcLaren-Mercedes MP4-2578.8710
Robert KubicaRenault R3079.1140.243
Kamui KobayashiBMW Sauber-Ferrari C2979.1880.317
Mark WebberRed Bull-Renault RB679.2990.428
Vitantonio LiuzziForce India-Mercedes VJM0379.650.779
Nico RosbergMercedes W0180.0611.19
Fernando AlonsoFerrari F1080.1151.244
Jaime AlguersuariToro Rosso-Ferrari STR581.0532.182
Nico HülkenbergWilliams-Cosworth FW3281.4322.561
Michael SchumacherMercedes W0181.4372.566
Adrian SutilForce India-Mercedes VJM0381.9393.068
Timo GlockVirgin-Cosworth VR-0182.4333.562
Sebastian VettelRed Bull-Renault RB682.5933.722
Lewis HamiltonMcLaren-Mercedes MP4-2583.0174.146
Felipe MassaFerrari F1083.2044.333
Sebastien BuemiToro Rosso-Ferrari STR583.3224.451
Pedro de la RosaBMW Sauber-Ferrari C2983.3674.496
Jarno TrulliLotus-Cosworth T12783.474.599
Lucas di GrassiVirgin-Cosworth VR-0183.5044.633
Heikki KovalainenLotus-Cosworth T12783.5214.65
Paul di RestaForce India-Mercedes VJM0385.0886.217
Vitaly PetrovRenault R3086.2377.366
Rubens BarrichelloWilliams-Cosworth FW3287.1458.274
Fairuz FauzyLotus-Cosworth T12791.84812.977

Distance covered at all tests in 2010

Data from three days at Valencia and eight at Jerez (not counting private tests,k):
DriverTotal lapsTotal distance (km)
Fernando Alonso6132660.643
Felipe Massa6222658.618
Rubens Barrichello5942555.361
Robert Kubica5932546.28
Nico Hülkenberg5862541.51
Jaime Alguersuari5302305.809
Michael Schumacher5202250.954
Sebastien Buemi4662010.573
Nico Rosberg4692009.898
Jenson Button4421922.49
Lewis Hamilton4181805.22
Kamui Kobayashi3991726.164
Pedro de la Rosa3911666.206
Mark Webber3511554.228
Sebastian Vettel3181408.104
Vitaly Petrov2811212.543
Vitantonio Liuzzi2551129.14
Adrian Sutil2291014.012
Jarno Trulli141624.348
Timo Glock121535.788
Paul di Resta107473.796
Lucas di Grassi105464.94
Heikki Kovalainen98433.944
Gary Paffett86344.43
Fairuz Fauzy76336.528
ModelTotal lapsTotal distance (km)
F1012355319.261
FW3211805096.871
STR59964316.382
W019894260.852
MP4-259464072.14
R308743758.823
C297903392.37
RB66692962.332
VJM035912616.948
T1273151394.82
VR-012261000.728
EngineTotal lapsTotal distance (km)
Ferrari302113028.013
Mercedes252610949.94
Cosworth17217492.419
Renault15436721.155
SRi:US F1 team maybe skip 4 races&Indonesia pon nak join buat track F1 jga.. Goodluck~

Monday, 22 February 2010

Couple [i]

I'm not a specialist in relationship thing, tapi ada jek yang duk bertanyakan dekat SRi bila waktu yang sesuai nak couple?

Seriously, for me...bila u ols dah BETUL-BETUL ready nak kawen, waktu tu lah time yang paling sesuai nak cari pasangan teman sehidup semati! SRi malas nak komen tentang benda nie sebenarnya. bukannya apa, sebab nanti akan nampak cam SRi tak berpendidikan agama plaks sebab rasanya semuanya dah taw kot NO COUPLE in Islam. Korang jek kan yang buat-buat tak nampak. *same lah saye.hee

nikah kawen bukanlah cuma serangkaian ayat dalam buku syariah korang yang menghalalkan hubungan sexual antara dua insan yang bukan muhrem. pastu bendanie pon bukannya hanya sekadar kalimat- bila kita kawen, kita bukannya kawen dengan orang tu je, tapi hangkot sekali dengan keluarga dia sekali! banyak yang harus kita sedar akan tanggungjawab bila bercerita tentang nikah nie.

1.duit benda yang paling realistic sekali patut didiskas! Mane korang nak cekau bagi anak dare orang tu makan kalau duit makan selame nie pon mak bapak sapot lagik?

2.tue tak campor lagik kalau bini korang terberanak!ngaa..korek tanah carik harta karun laa jawabnya! Tak pon angkat-angkat kapet kat umah tue, kot-kot laa kan ade tersesat duit 100 hingget kan? buleh beli susu anak 2 3 bulan.

3.bila budak tue dah lahir,benar-benar sudah bersediakah kita nak mendidik anak tu menjadi insan yang tersangat amat berguna cam mak bapak kita asuh didik kita dulu?

4.Lagi satu,menjadi suami besar tanggungjawabnya. Kalau korang selama nie duk bangket semayang tahajud ke hape, xpelah.. tapi kalau bila malam, duk pi terhinggut-hinggut ngan popuan clubbing. Toksahlah bercita-cita nak kawen lagi. Kang maken berat plaks timbangan kat akherat nanti.

Sorylaa.kepala gua ngong sket laa petang nie!dah banyak kali edit sebenarnya apa yang nak ditulis nie. Tapi, entahlah? Still rasa cam banyak yang tak kena jerk kosa kata dia!hahahhahampeh
SRi:Dah ready, kawen je laa cepat2!bley elak zina..ahaks

Monday, 15 February 2010

Jangan Tunggu Saya Lagi..

Maaf, 
Saya masih belum bersedia untuk dicintai dan mencintai..
Makin lama awak pendam, makin dalam luka nya nanti...
Bukan niat saya untuk mempermainkan perasaan kamu, tapi sungguh.. Jangan tunggu saya lagi. 
Saya tak sanggup untuk melihat kamu terseksa lagi.
I'm sorry...

p/s:Saya tak berani message kamu sebab saya tak mahu kehilangan kamu. Maafkan saya atas ketidakjantanan dan ketamakan ini..

Saturday, 13 February 2010

Kapal Selam ROSAK!!!ngaaaa...

Gua daripada dulu lagi memang cam tak berape nak terhinginkan sangat ngan aktiviti beli membeli benda-benda tentera nie! Bukannya apa, bende tue semua dah laa mahal gila belaka! Tapi last-last semua nya duk berhabuk jadik tempat spiderman mengawan jah jadinya!
Nak beli memang dah MAHAL GILA nak mati! Bila dah beli, nak kena jaga pulak lagi! Haih,bila nak KAYA camnie??

Sama kes nya dengan baju. Baju beli dekat Pavilion toksahlah korang buat kerja gila nak jaga dia cam baju korang tibai kat haptown nue! Mati menangeh tak berlagulaa korang jawabnya nanti! Benda-benda mahal nie sebenarnya sensitif gila nak mati! Sama juga hal nya dengan kereta, hapetah lagi benda sebilion hingget cam kapal selam neyh! Lagi laa kow kena belai cam menatang minyak yang penoh! Di buatnye tersangkutnye hanak tikus dalam enjin, berasap time tengah dekat dasar lawot, tak ke haru nanti!ngaaaa~ tak pepasal haplin shoki buat cerita scorpene ala-titanik satg!ngaa

Orang jual benda-benda ketenteraan ni memang bijak! Dorang memang pandai manipulasi ketidaktenteraman negara-negara dunia. Goverment tak beli, hape susah? Dorang jual dekat rebelion. Bile kerajaan dah beli, negara tetangga pulak tak senang hati. Dorang pon ikot beli lah jugak nanti! Last-last tokey tue jugak yang kaya nanti! Tahun depan dorang buat lagik, konpemlaa dorang kata yang baru nie lagi bagus, lagi banyak pekdah daripada yang lama. Pastu,kita pon terkedek-kedek beli lagik. Sedangkan kite bukannye nak gi berperang, nak pakai pon benda-benda nie! Kita nak uji senjata pon dah fikir banyak kali, rugi ke tak nie.. rugi ke tak nie..? last-last rosak kadalwarsa tak boleh nak pakai lagi.

Tue jet-jet pejuang tuh, cuba sebut sikit berape banyak yang dah gi massok medan perang? Haram!! Setakat dok maen-maen dogfight, kentot warna warni dekat datran merdeka, tak pernah tembak jatuh satu haprak jet pejuang lain buat hape? Buat habeh petrol, duit rakyat jerk! Tue tak campor lagik yang dah terhempas. Hurm, bazeeerrr lagik! Pastue masok dewan parlimen cakap dekat yang dipertua, kita kena ganti bla.. bla.. bla.. dengan bla.. bla.. bla.. sebab bla.. bla.. blaa. POP!Tahun depan, naik bajet tentera lagik. Kita beli yang baru lagik.

Sumpah. Dunia tak perlukan syarikat persenjataan tuk beri oksigen kepadanya! Sedangkan company-company nie lah yang duk jadi musuh dalam selimut,duk bagi terasa bahang neraka dia! BOOM sana, boom sini. Ade dorang kesah dorang nye weapon dah ragut berapa banyak nyawa, tinggalkan anak-anak kecil terkapai-kapai takde orang tua? Takdee punya!

Hah, nie tak sampai setahun, Scorpene dah terbatuk tersedak-sedak tak boleh nak tenggelam pulak dah. Sekarang dah jadik cam ikan paus mati perot kembong dah hah! Timbool jah memanjang, perot kat atas. Mm,tue baru setahun,nie hentah hapelaa jadi 4 5 tahun lagi ke depan gamaknya? Tak boleh nak timbol-timbolla plaks dah kowt.. Tenggelam jah manjang jadi tempat beranak ikan plaks.. sigh

SRi:Jenayahkan PERANG!

LOTUS-Cosworth T127


  Persis dengan yang di gembur-gemburkan- HIJAUKUNING jadi pilihan Lotus F1 Team. Maybe inspired from their very own logo kut? Btw, design and sticker dia tak jauh beza daripada prototaip  yang SRi penah tengok. [excep dlm proto, tulis airasia instead tune] 

  Conclusion? KAKU!

  Tak kira dari rekabentuk maupun colouring, both too rigid! SRi tak berape nak berase hidup bila tengok they launched their car semalam. tapi dorang nye model idop!hee

  Ok,we start from the front wing! I love those layers. Rasenye memang bley kuatkan grip and controlling sebab tengok alur-alur dia pon cambest! Tapi kalau tengok betul2,  semua lapisan-lapisan tue cam letak papan-papan geometri jek. keras sangat! tak 'flexibel'. Cuma di sisi kanan kirinya je dan dua keping yg dkat depan tue jek yang ade ade bentuk, berliuk sket. Smooth. Yang lain.. sigh

  I prefer the joint between the nose and the wing tue tak terlalu ke depan sangat kut, like Mc Laren's nose Good for weight distribution. One more, they should lowered their nose lagi sikit, so the center of gravity pon rendah laa sikit. Baru lah lagi stable bile nak amek corner.

  Body-almost like Honda nye kete tahun 2007. Same cam depan, dia punye side wing tue bagi SRi tak berape nak banyak membantu bile corner lap especially bila nak masuk chicane. Tapi kalau jalan straight, rasenye no probleymo. Dowrang memang focus design aerodinamic dia untuk laju time jalan straight je kowt.

  Terus kita gi dekat belakang! Kang ade orang komen malas nak baca plaks sebab panjang sangat! hahhahaha Rear wing- bagi yang ikut F1 selama ni, mesti korang sedar yang dekat part yang tulis Bridgestone tue patutnya kasi potong sikit kan, Takde laa petak gila camtue kan?

  Satu lagi yang SRi konpius, diffuser dia! SRi memang betul-betul tak paham dengan dorang nya design yang nie. hentah hape ke gunanya lubang kecik bawah lampu break tue pon gua tak tau! Lagi satu kalau u ols teliti,dekat kiri kanan tue ade bende yang cam tebal sikit tue kan? hah, tue kalau takdek then ganti dengan bende yang lagi niipis, mesti lagi ringan kereta tuh!

Mm, memandangkan technical review pon x keluar lagi sebab kereta nie baru launched semalam, makanya SRi pon x boleh nak komen banyak-banyak. Tapi serius, I prefer thin vertical lines than meliuk shape macam hape tue sebab angin dekat bawah kereta better jalan dia dia smooth dan senang nak cari jalan keluar. Tapi dengan design cengginie, SRi risau angin-angin tue jadi serabut tak pandai nak cari jalan keluar. At last they make turbulence under the car-pastue, over-steer sebab aerodinamic dah haru biru. then, kuar Safety Car lagik.. sigh

  Papehal pon kite tengok jek laa eyh apa result training yang dorang bakal dapat nexwik dekat Spain! Harap-harap bakal compete dengan kete-kete lain ar bile race dekat Bahrain nanti!

SRi:Selain sponsor F1, Tony pon sponsor MotoGP, EPL ngan American Football! Sumpah gua risau gilerr ngan nasib Lotus Team neyh!Jangan yang dikejar x dapat, yg dijinjing berceceran suddaa.. huhue
Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)