Saturday, 13 February 2010

Kapal Selam ROSAK!!!ngaaaa...

Gua daripada dulu lagi memang cam tak berape nak terhinginkan sangat ngan aktiviti beli membeli benda-benda tentera nie! Bukannya apa, bende tue semua dah laa mahal gila belaka! Tapi last-last semua nya duk berhabuk jadik tempat spiderman mengawan jah jadinya!
Nak beli memang dah MAHAL GILA nak mati! Bila dah beli, nak kena jaga pulak lagi! Haih,bila nak KAYA camnie??

Sama kes nya dengan baju. Baju beli dekat Pavilion toksahlah korang buat kerja gila nak jaga dia cam baju korang tibai kat haptown nue! Mati menangeh tak berlagulaa korang jawabnya nanti! Benda-benda mahal nie sebenarnya sensitif gila nak mati! Sama juga hal nya dengan kereta, hapetah lagi benda sebilion hingget cam kapal selam neyh! Lagi laa kow kena belai cam menatang minyak yang penoh! Di buatnye tersangkutnye hanak tikus dalam enjin, berasap time tengah dekat dasar lawot, tak ke haru nanti!ngaaaa~ tak pepasal haplin shoki buat cerita scorpene ala-titanik satg!ngaa

Orang jual benda-benda ketenteraan ni memang bijak! Dorang memang pandai manipulasi ketidaktenteraman negara-negara dunia. Goverment tak beli, hape susah? Dorang jual dekat rebelion. Bile kerajaan dah beli, negara tetangga pulak tak senang hati. Dorang pon ikot beli lah jugak nanti! Last-last tokey tue jugak yang kaya nanti! Tahun depan dorang buat lagik, konpemlaa dorang kata yang baru nie lagi bagus, lagi banyak pekdah daripada yang lama. Pastu,kita pon terkedek-kedek beli lagik. Sedangkan kite bukannye nak gi berperang, nak pakai pon benda-benda nie! Kita nak uji senjata pon dah fikir banyak kali, rugi ke tak nie.. rugi ke tak nie..? last-last rosak kadalwarsa tak boleh nak pakai lagi.

Tue jet-jet pejuang tuh, cuba sebut sikit berape banyak yang dah gi massok medan perang? Haram!! Setakat dok maen-maen dogfight, kentot warna warni dekat datran merdeka, tak pernah tembak jatuh satu haprak jet pejuang lain buat hape? Buat habeh petrol, duit rakyat jerk! Tue tak campor lagik yang dah terhempas. Hurm, bazeeerrr lagik! Pastue masok dewan parlimen cakap dekat yang dipertua, kita kena ganti bla.. bla.. bla.. dengan bla.. bla.. bla.. sebab bla.. bla.. blaa. POP!Tahun depan, naik bajet tentera lagik. Kita beli yang baru lagik.

Sumpah. Dunia tak perlukan syarikat persenjataan tuk beri oksigen kepadanya! Sedangkan company-company nie lah yang duk jadi musuh dalam selimut,duk bagi terasa bahang neraka dia! BOOM sana, boom sini. Ade dorang kesah dorang nye weapon dah ragut berapa banyak nyawa, tinggalkan anak-anak kecil terkapai-kapai takde orang tua? Takdee punya!

Hah, nie tak sampai setahun, Scorpene dah terbatuk tersedak-sedak tak boleh nak tenggelam pulak dah. Sekarang dah jadik cam ikan paus mati perot kembong dah hah! Timbool jah memanjang, perot kat atas. Mm,tue baru setahun,nie hentah hapelaa jadi 4 5 tahun lagi ke depan gamaknya? Tak boleh nak timbol-timbolla plaks dah kowt.. Tenggelam jah manjang jadi tempat beranak ikan plaks.. sigh

SRi:Jenayahkan PERANG!

7 comments:

  1. uhh..bersemangat waja sounGgoh,den balik uMah, mesyuarat Dapor pong org dOk disCus saL peRang2..Jet2..waaa..

    ReplyDelete
  2. hahahhaa..say NO to WAR!!
    PEACE.LOVE.UNITY.RESPECT

    ReplyDelete
  3. amoooi2!!b'dentam dentum haaaa....
    tp btol gak laaa tu...
    baziaq duit watpa???
    cuba fokus bidang pendidikan ke...
    kesihatan ke....
    mesia mmg suke mmbazir laaaa...
    rakyat die ade ag yg idop b'gelandangan kt kaki lima...
    mane pg wakil rakyat???sgala mak nnek yg mng b'tanding???mane??mane??(ooooops!!hehe)
    xtau nk ckp apa...
    bek duit wat beli kapal selam p laboq kt skolah2 pedalaman....

    ReplyDelete
  4. mm,kite x bley nk salahkan kjaan gak tora.. dorang 'tpakse' ikot prubahan musim dunia sbab sbnanye byk jek ancaman anasir2 pcerobohan kat negare kita nie.. tapi tue laa~ sebabkan ketidaktenteraman yg terciptakan neyh, kite tpakse berbazeran berbilion2 rggt. sesame je laa kite doa malaysia makin aman, xdek kacau bilau pape dah.. bley tgkatkan kyakinan pelabor&mata wang kita sekali! bely laa aQ nikmati duet scholar byk sket!huuue~

    ReplyDelete
  5. aku rs bile mmerlukan je baru diorunk patut beli...
    mmg laa sediakn payong b4 ujan...tp ni sediakn payong yg dh rosak b'karat...
    watpe??
    klu ujan nnT kn dh xbleyh gune...
    (hoh,hebat x p'umpamaan aku??hiii)
    baek labor kt tmpat yg spatutnya...
    bnde2 ceroboh ni kn xtntu lg...
    jet pejuang,kapal perang sume kn ade...
    bleyh backup kot..insyaallah...
    aku gak mgsa xdpt scholar...huuhuuu

    ReplyDelete
  6. duit slh salur ni..
    duit 4 education tarik tuk wat mende2 ngarut ni.. Dgr citer peruntukan pengajian bg PTPTN for 1st class honour pon dah nak kn tarik balik.. aduhai MAlaysia..

    ReplyDelete
  7. 1.benda2 ceroboh x tentu--aku rasa ko kena check fakta kastam diraja malaysia,tldm dan polis maritim- sebenarnya saban hari ada jerk cerita pencerobohan perairan negara
    2.jet pejuang, kapal perang yg kita ada masih belum tentu dpt melindungi daripada anasir luar. sbg tambahan info-artileri sistem pertahanan singapura yang kecik tue pon berkali2 ganda lebih hebat daripada keseluruhan kekuatan pertahanan negara malaysia. thailand dan filipina juga punya daya pertahanan yang lebih kuat daripada malaysia.dalam kata lain--malaysia bukanlah apa jika diukur daripada segi kekuatan tentera. jika dibandingkan dengan perajurit indonesia-memang x payah cakap apa lah. kalah telak euy!

    kak norul:mm.masalahnya banyak sangat masuk dalam poket kroni.tak salah jika kerajaan ingin beri tumpuan kepada pertahanan, sektor pertanian atau apa-tapi peruntukan berjuta2 itu banyaknya bakalan masuk dalam poket orang2 besar-kos sebenarnya tidaklah terlalu gah seperti yg diwar-war kan.masalah kejujuran integriti yang menjadi punca pokok persoalan di sini

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)

Recento Vizitores