Monday, 7 June 2010

Pok Abu G Make Gulai

Cuti sekolah memang teramat sinonim sangatlah dengan kenduri kendara ni. Semua rumah pakat nak buat walimatururus bila tiba cuti sekolah. Selain sang pasangan pengantin, rasa-rasanya student pun adalah hamba Allah, manusia paling bahagia lah kot-sebab semua boleh makan Free sepuas-puas hati time ni.

SRi bukanlah orang yang suka sangat nak pergi kenduri nih. Terutamanya kalau kenduri yang diluar lingkungan Batu 11, Gombak-sebab kalau kenduri dekat situ-banyak geng-geng kepala yang weng-weng incharge-jaga makan, microphone segala. Nak duduk daripada pagi sampai ke petang pun tak kisah-sebab ramia kawan-kawan yang kenal dan ada Tuan Haji (orang yang paling gila mic-daripada Masjid sampai lah ke rumah orang) yang memang pandai hibur gamatkan suasana mana-mana majlis ni

Kami paling suka bahagian teka-teka lagu yang dorang pasang@karaoke kan. Dan sudah semestinyalah yang paling banyak boleh teka tajuk dia-tak Aiman, Cik Adilah laa-sebab dorang ni memang kaki kenduri orang kawen orangnya! Gilaks ini orang-terutamanya Aiman lah-mm,no komen-lagu pelik-pelik yang pasang kat Sinar yang Abah tak tahu pun dia boleh tibai nyanyi sama. Gene keturunan celah mana yang dia dapat pun kami tak tahu. Hebat betul ini budaks.

Bila dah berumahtangga-kita selalu dengar-yang kita bukan saja hidup dengan pasangan kita-tapi kita dah kahwin hangkot dengan satu keluarga besar dia sekali. Terutamanya hati dan perasaan ibu mertua kenalah kita prihatin beri perhatian sikit.

Bukan wang ringgit yang dorang nak harapkan sangat-tapi cara kita layan, hormati dorang tu yang harus dititik beratkan. Bukanlah nak sampai kita sembah sujud di kaki-tapi sekurang-kurangnya bila dah dorang datang bertandang di rumah-hulur-hulurkanlah air secawan dua-kuih dua tiga butir-bukan buat dunno saja. Kalau tak reti masak pun-janganlah kita pergi hantar rumah ipar pula gi suruh makan pula. Tak kena tu! Ajaklah pergi makan dekat luar atau bawa jejalan mana-mana. Barulah mereka rasa dihargaiwujud dalam kehidupan keluarga ni.

Bukan hendak buka pekung di dada-tapi situasi ni memang betul-betul berlaku dalam keluarga SRi sendiri-dan perkara ni sampai hari ni masih hangat diperbincangkan lagi. Mungkin kita cuma nampak kecil-tapi hati perempuan apa boleh nak di kata-sensitifnya petala kelapan Tuhan saja tahu tinggi rendahnya!

Abah pun selalu pesan-jika nak berumah tangga nanti-janganlah cari yang jenis pendiam-hidup dalam dunia sendiri jah. Cari yang gila-gila sikit, sebab keluarga kita ni semuanya gila-ada yang bajet dia anak cina-suara sengau sentiasa-ada yang bajet dia memang orang Kelatte.Tak kurang juga yang sorang tu yang gaya hidup pemikiran ngalahkan orang zaman 60an. Abah tu pun rasanya cam bekas ketua gangster gak. Terkadang bahasa yang dia lemparkan-cam sangat dahsat plaks. Hurm, tak tahulah.. Masa akan menentukan segalanya.

Owh ya; sebut tentang Kelate-salah sorang hamba tuhan dalam family ni duk gila melayan kartun dikir ni pulak da. Apakah semua kepelikan yang berlaku ni memang norma dalam keluarga yang dah nak capai Middle Age Family nye stage? Tapi still, I Looooooooooooooooooiiiike This!! Lagi pelik, lagilah menarik. WOHA~

Papehal pun-layan klip video kat bawah ni-bagi yang perasan SRi pernah buat status fb-G Umoh Pok Abu Make Kenduri-dan videoo ni adalah sedikit kaitan dengan status yang satu itu.


SRi:Minta maaflah ye kepada kekawan yang ajak jemput g kenduri kawen mereka especially yang majlisnya hujung minggu ni-tak dapek den nak datang-dah kena balik bandun suddaa saye malam esok nih. Semoga senantiasa berbahagia hingga ke akhir hayat lah yea.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)

Recento Vizitores