Sunday, 8 August 2010

Bakun Dam

Dah lama bebenor saya menantikan artikel mengenai Empangan Bakun tersiar di media arus perdana. Mana tidaknya-projek mega ni dah berapa banyak kali terbengkalai-dari zaman sekolah dulu lagi sampai sekarang tak nampak lagi al-hasilnya. Dan hari ini dengan tidak semena-mena keluar press statement tentang SHSB tunggu kelulusan kerajaan negeri untuk menaikkan paras air supaya turbin mereka sesuai perencanaan dapat berfungsi akhir tahun ini. Mungkin kelulusanni macam berat hati nak bagi gara-gara tekanan  pihak luar dan dalam terhadap projek ni kot? Biasalah---Greenpeace

Projek Empangan Bakun sememangnya jika dari mata kasar adalah projek yang bakal sangat menguntungkan negara. Projek megah negara yang bakal mendaftarkan berapa rekod dalam industri kejuruteraan sumber tenaga dunia. Apabila selesai nanti--empangan ini bakal menjadi empangan sangat mega penghasilan tenaga elektriknya-- 2400 MW dengan kabel dasar laut terpanjang di dunia. Rasa-rasanya inilah empangan yang paling berkuasa sekali dalam Asia selepas empangan gila hebat dekat China yang boleh main angkat-angkat kapal sesuka hati tu.
Tapi daripada sisi halusnya-saya tak berapa nak tahulah bakal menguntungkan sangat ke tak sebenarnya. Cuba difikirkan walau pun Sabah Sarawak (plus Kalimantan dan Brunei) tu besar-tapi penggunaan elektrik negeri-negera ini tidaklah sebesar mana sangat pun. Murah memanglah murah-sebab bila pengeluaran banyak-permintaan kurang-otomatislah jadi lambakan yang melambak-lambak di pasaran. Secara tak langsung harga barangan tersebut memanglah bakal jadi murah akhirnya. Tapi kalau dinisbah kembalikan kepada nilai projek yang menelan lebih 2 Bilion USD ni--rasanya takdalah berapa nak menguntungkan sangat dengan keperluan rakyat-rakyat di kepulauan Borneo ni.

Dengan nilai sumber tenaga yang murah ini-negara mengharapkan bercendawanlah kilang-kilang di kepulauan Borneo lepas ni- semoga bolehlah jana ekonomi negara dan negeri seterusnya lepas ni.  Bilangan  jawatan pekerjaan untuk rakyat pun bertambah. Kemudian mungkin dengan mekanisme mereka tersendiri yang sungguh saya tak tahu caranya--mungkin dengan simpan dalam balang-balang bateri --- hasil-hasil tenaga ni akan dijual pula ke negara-negara luar.

Memang terdapat rancangan untuk membawa tenaga yang bercambah maha hebat ni ke Kepulauan Semenanjung Melayu - tapi kalau difikir logik balik pun-bila dah sampai dekat Semenanjung Malaysia selepas merentasi kos 600 batu bawah laut tu-maunya takda nak murah balik dah--mesti harga standard balik punya.
P/s:Tak pernah dibuat orang pasang kabel jauh-jauh macamtu. Paling jauh dalam dunia ni pun 200 batu-antara Norway dan Belanda.
Entahlah bila masa tahun bila lah nak balik modal projek mega Bakun ni. Tetapi jika dipertanyakan pendapat peribadi adalah lebih digemari jika dibina tiga empat biji lagi empangan seumpama Empangan Pergau di Kelantan yang mengumbangkan 600MW di seluruh negara berbanding sebiji kontroversi yang besar gila babeng habis 2 Billion ni.

Semoga projek ini tidak membuatkan negara berputih mata --- penyebab batu loncatan bagi tangan-tangan dajal untuk memegang tampuk pimpinan negara. Mau tidaknya-naik risaulah juga hati ni pabila diikutsusurgalurkan rentetan pemegang-pemegang saham dan penaung projek mega yang macam-macam kerenah nak tunggu benda ni siap boleh pakai sepenuhnya.
SRi:Bila nak turun Sabah Sarawak ni?

9 comments:

  1. jom pindah dok sarawak..bleh berpesta lampu siang dan malam..hahahahahha

    ReplyDelete
  2. .::zana::. carik laaa bakal hubby org srwk..kitak buleyh dok srwk xbalik2...hihi
    nnT kamek buleyh laaa wat alasan kitak mau kawen nk g sinun...HAHAHAHAHAHA (maT aku klu org srwk bc ni)

    .::anip::. besh kn idea aku??boley rr g srwk..xdelaa mcm pg xde tujuan kn??aku pon nk sgt g poya2 kt seberang nun...

    ReplyDelete
  3. bukan projek ni terbengkalai sbb xdak org nk guna elektrik tu ke dulu? sbb sabah+sarawak tak kan perlukan elektrik sebanyak tu. nk salur pegi semenanjung mcm ko ckp la dah x economy wise. sbb tu la time diorg nk bina dam ni diorg wat join venture ngan syrkt/kilang ape ntah ( dari china kot?) yg nk bina kilang ape ntah kat sarawak yg akan guna elektrik yg sgt banyak. tp byk sgt prob. aku pun dah xikut sgt dah prob dia. mcm2 sungguh. ada yg ckp ni salah mahathir tp lps dia bersara mcm he is blaming the other party (bkn parti politik). hmmm... entah la~

    ReplyDelete
  4. tora: gilo ko! xmenarik lgsg idea mung!!hahahaha..

    ReplyDelete
  5. Tora:giloss happo maw carikk yg jawooh2 semate2 nak g jejalanggs..xmow ah dakku korbankan raya ku yg terchenta berjauhan dripada kedua org tua! hahahhahha

    Zana:agak2 kaluu kite g sanew~kite bleeyh dilimpahi cahye iman yg mlimpah ruah x cik farra fauzanna?? hahahhaha

    cik elmo:mm..tue satu jugak~tapi hakikat sbnow nye sebab duet takdak.sapa ntah QS yang telebih bijak g calculate projek nie murah sangat.. tetiboo bila dah stat-melimpah ruah plaks dah bajet-bajet tambahan-sampai sekian kalinya duk brubah banyak tanganlah projek nie--dan still tak siap-siap juga. duit ja yang dari dulu tak henti-henti terus layaan ngaliir jerk.haha
    mm..dorang nak buat kilang aluminium kalu x silap.sebab dia kate kilang tu pakai banyak sangat energy-so,bila dah ada dam nie--bley laa kurang cost+untung lebey manyak2!hehe

    ReplyDelete
  6. .::nippo::.aku xsurow pon hg kawen...aku ckp zana laaa..awat prasan sgt tah???aku tau laaa hgn kaki jalangs...xdak nya aku soh hg kawen org sana...hohoi

    .::zana::. alaaaa...zana!!pleeeeezzzz...

    ReplyDelete
  7. @tora:kaki jalangs tu merujuk kepada jalan ataw jalang??bwahahahhahhaa

    @zana:buat derrrk jerk dkat tora tuh..btw-maw naeek keterr pink barbie tue!hahahahhaa

    ReplyDelete
  8. .::nippo::. merujuk kpd jalan..ikot kamus terengganu laaa...hihi
    yg ko nk jd batu api ni nape??dgki btoi aaih...

    .::zana::. msT shasha suke kn kete baru ko tu...hihi

    ReplyDelete
  9. HaniP: hopefully so, semoga cahaya keimanan kite maken bertambah seiring dgn pertambahan lampu2an..heehee!

    Tora: XDEK!! no plezz88..muktamad!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)