Apa yang menerujakan SRi awal tahun ini~ AVATAR! Bukan Avatar makhluk biru hidung belang itu ya adik-adik. Tapi ini Avatar kisah penglipurlara Aang: The Last Airbender.
Apa yang mengecewakan SRi awal tahun ini ~ M Shyamalan. Sebab apa? Kerana sejak 1992: Praying With Anger sehinggalah The Happening (Baca : cerita yang sangat memening sakit kepalakan orang) masih tiada satu pun yang boleh mampu dibanggakan. Ingatkan cuma pengarah sahaja, bila dibaca diteliti lebih lanjut rupa-rupanya semua dia sebat- mulai pengarah, penulis bahkan produser dirembatnya. Nafas dalam-dalam berkali-kali SRi ketika itu. Nasib baiklah tak ditibainya sekali pergi aktor merangkap sang hero Aang. Kalau tak...
Perkara yang sama-sudah dapat diterka terjadi lagi dengan filem yang dinanti ramai terutamanya peminat setia Nickelodeon; The Last Airbender (tajuk awal; Avatar -- tapi sebab risau disalahertikan dengan filem syaitan biru tu, setuju ditukarkan kepada The Last Airbender saja)
Mulai dari castingnya-semuanya haru biru. Sudahlah rupa langsung tak sama-yang Fire Nation buta-buta Cina terus tukar jadi India. Elok-elok Katara gelap jadi cerah bak puteri salju pula dah. Susah sangatkah nak cari sorang pelakon Cina Asia terutamanya yang berperut buncit untuk dijadikan Iroh? Ini nya tidak--yang duk berlakon jadi terorrist juga di castingnya. Aktor akteres semuanya sama sahaja kelihatan tak bersemangat , tak bermotivasi nak berlakon. Narator pun hampagas petala ke lapan lapisan langit. Berterabur semua. Bagaikan cukup cuma saja melepas batuk di tangga--semuanya boleh pulang dengan poket yang bahagia
Untuk cerita semegah ini rasanya memang kesilapan besar untuk memilih kroni--wajah baru di layar perak. Selain daripada Dev Patel (Prince Zuko yang GELAP dan mengecewakan) tiada satu pun watak dalam filem ini pernah memegang watak utama dalam filem atau drama mereka. Bahkan buat Noah Ringer : Sang Aang, ini merupakan lakonan pertamanya. Tapi SRi tak tahulah pula kalau beliau pernah menang mana-mana drama sekolah sebelum ini.
Plot cerita memang dah boleh diagaklah. Kalau dah nama pun diadaptasi daripada komik atau novel dll; sudah pastilah semuanya bakalan melompat-lompat, tak ikut plot yang sebenar. Makanya, bersiapsedialah untuk menerima kenyataannya. Cuma yang jadi rasanya bersyukurnya--sang pengarah tak tamak haloba sangat nak habis selesai rangkumkan semua buku-buku ni buat satu kali sahaja. Kalau tak.. Silaplah gua kutuk macam Lagenda Budak Setan!
Skrip--SRi memang ada banyak masalah dengan Encik M Night Shyamalan ni. Sudahlah berterabur, tak berpuitis--bila diucapkan terasa pula dah kepoyoannya bermaharajalela penuh sesak dalam gedung panggung wayang tu. Nasib baiklah kiri kanan depan belakang penuh berisi orang--kalau tak dah termuntah dah waktu tu juga tak fikir kali kedua dah.
Grafik--dari segi arsitektur rekaan bangunan-ketelitiannya bolehlah dibanggakan terutamanya indah reka rupa negara North Water Bender. Tapi kalau dari segi animasi, rumput dan fauna sekeliling terutamanya ketika pada adegan bernaga-nagaan; fuuuh.. tarik nafas panjang sekejap. Aksi seni pertahanan diri--tak payah buka mata pun Aiman tak kisah mana.
3D? Rasa-rasanya buat masa ketika ini 3D cukuplah saja anda habiskan duit fama tu dekat filem-filem animasi sahaja rasanya. Mungkin untuk yang berbentuk figur manusia beneran--dunia perfileman masih belum menemui formula yang sebenar untuk mengoptimaksimumkan penggunaannya. Bahkan sampai satu tahap punya bersungguh-sungguh sang grafis nak bagi 3D juga- beliau cuma mengtigadimensikan rambut Prince Zuka dan Jenderal Iroh sahaja--dan makanya terlihatlah seperti kepala korang yang ditempek secebis kertas warna hitam. Sadis sungguh saya rasanya untuk menikmati filem tersebut sebentar tadi. Cuma rasanya untung 3D ini (Baca:Mungkin) gambarnya lebih sharp yang menyebabkan anda dapat melihatnya dengan lebih teliti setiap detailnya. Yang lain-yang timbul hanyalah sarikatanya sahaja. Bagi yang duduk dekat oversea yang tak disediakan subtitle-selamatlah menikmati kertas hitam yang ditempek dibelakang kepala Zukaodan Iroh itu.
Kesimpulannya; sila tukar semua manusia yang terlibat untuk Book Two nanti. SRi sebenarnya berharapkan versi filem ini dapat menutupi kecacatan plot dalam versi kartunnya, namun malangnya makin teruk pula jadinya. Sudahlah dulu cuma berlubang kecil saja, kini pecah tembelang pula tempayannya.
SRi: They messed up everything...
HAHAHAHAHA...konklusinye..jgn t'lalu b'harap kt cite adptasi..msT kuciwa kn??
ReplyDeletemase aku tgk d making pon pelik gak tgk fire nation tu cm hero filem hindi ghopenye..rs nye klu aku tgk kartun die mate sepet...ni laaa klu xkaji cite btol2...
xpelaaa..den pg tgk jugak laaa..
nk dating ngn cik mint jek sbenanye...b;jimba kt penang..hohoi
hallaaah..pelakon slumdog milionnaire tuh~ M Night tue duk berharapkan laki tu bleyh bt kejutan hangkot oscar ke dia laa tuh gamaknyaa.. pliss deyh~ kalau jalan cerita skrip cam harraaavmmm.. mimpikan sajjoerklaa weyh..haha
ReplyDeletetau knk2 slumdog tu yg blakon..mmg slum abeh laaa..hoho
ReplyDeletesabaq naaa..nnT hg tulih skrip sndiri..direct sndiri..kita nk tgk..kui3
hehehhee..cam sangat teramatan kehahaharapanan jerk perkara sedemikian nak berlaku.. tak trasse terhingin sangat r diri nih nak jadi dr "jusmate" kedua..maleeh kowt~ takde masa r.. anak ramai! hahhahhaha
ReplyDeletedr jusmate tu sbb die bnyk duit..pas2 ntah??ngarot2 jelaaa beliau tu..org FINAS pon bsg..nk wat filem tp xmo ikot rules..
ReplyDeleteramai laaa sgt ank mu!!!!ank sape ntah kutip??hoho
hurm..biasalah tue~orang kaya baru nak kenal industri filem negara.banyaklah songehnya.
ReplyDeletebtw-kes ahmad idham join finass tue dah selesai belom tora?hahahahhaa
~**baek die sedekah duit die tu..hihi
ReplyDelete~** u ingt i ni slh sorunk lmbaga FINAS ke??hehe..ntah??kes tu xsettle2 lg..org ni ckp..org tu ckp..b'tekak sane sini...david teo ckp cm2..shumi ckp cmni..xtau mn ending die...
waaaaaaa...dua halams 230k jerk.isk isk issskkk
ReplyDelete