Tuesday, 11 January 2011

Apabila Isteri Mendakwa Suami Curang [Tips Khusus Untuk Pembaca LELAKI]

Saya tahu -- apabila dicatatkan di tajuk tampalan ini 'khusus untuk pembaca lelaki' maka ramai pembaca wanita teransang untuk mengetahui kandungan tampalan ini. 

Kan?

Tindakan itu lumrah - memang wanita gemar untuk mengetahui rahsia lelaki kerana boyfriend atau suami mereka berjantina sama.

Maka bacalah ...

Hemat saya, sebilangan wanita kurang memahami jiwa lelaki biarpun telah hidup bersama mereka bertahun lamanya. Mereka fikir - memarahi, menuduh  lelaki secara emosi dan kasar mampu mengubah perlakuan manusia berlainan jantina terbabit.

Tidak kisah samada lelaki itu boyfriend atau pun suami.

Hakikatnya, jika dimarahi, keegoaan majoriti lelaki mudah tercabar dan sekaligus mereka bertindak balas, samada secara kasar atau lembut biarpun hakikatnya mereka bersalah.

Itu fitrah.

Semalam kenalan saya berkongsi cerita berhubung masalah didepaninya sejak 2 minggu lalu. Sewaktu pulang bekerja, isterinya berusia 38 tahun, tercegat di muka pintu dengan wajah menyinga.

"Ada kawan saya cakap, awak ada girlfriend. Dah tua, masih tak sedar diri!  Curang! Saya seorang tak cukup ke bagi awak? Kalau dah gatal sangat nak ada girlfriend, awak tinggalkan saya! " jerkah  isteri.

Sebilangan isteri masa kini, tidak ambil kisah jika suami pemabuk atau kaki judi tetapi amat sensitif mendengar perkhabaran jika suami mereka mempunyai hubungan dengan perempuan lain.

Saya lontarkan pandangan peribadi kepadanya.

Lelaki bijak tidak akan membuat sebarang pengakuan, jika dakwaan itu sekali pun benar. Mengapa? Sekali mereka mengaku, lazimnya wanita akan terus berprasangka dan menganggap pasangan mereka tidak jujur sehingga ke akhir hayat biarpun hubungan suami  dengan teman wanitanya dinoktahkan. 

Jika suami menidakkan dakwaan itu - saya yakin isteri tetap tidak menerima kenyataan malah berasa lebih tercabar. Justeru, andai dakwaan terbabit tidak berasas, sebilangan suami bertindak mendiamkan diri atau sekadar menguntum senyuman sinis.

Namun perlakuan itu kerap kali mencabar kesabaran wanita. Mahu atau tidak, suami terus didesak sehingga pengakuan didengar.

Maksudnya dalam kes ini, isteri ingin benar jika dia berkata ...

"Ya, saya ada girlfriend"

Namun jika kenyataan sebegitu diluahkan - saya yakin, isterinya tidak akan berpuas hati. Maka pasti tercetus pertelingkahan, berakhir dengan sikap bermasam muka atau senario lebih buruk berlaku. 

"Hanep, terus terang saya katakan, saya tak ada girlfriend. Kawan perempuan ramai tetapi tak ada special"

Lelaki jarang berbohong mengenai perhubungan 'luar' mereka sesama lelaki kerana menganggap kaum sejantina lebih dipercayai berbanding segelintir wanita, kekadang mempunyai mulut murai menandingi kehebatan syarikat penyiaan elektronik dan cetak, CNN, CNBC dan Reuters.

"Kalau saya cakap kepada dia, tidak! Saya tak ada girlfriend, macam dia nak percaya, dia tetap tidak akan berpuas hati," ujarnya kepada saya.

Saya katakan kepadanya - sebilangan wanita gemar mendengar kenyataan suami memperakui dakwaan mereka sekalipun dia terpaksa berbohong.

"Kalau saya kata, ya! Saya ada girlfriend, sedangkan itu tidak benar, saya menipu diri sendiri dan isteri saya," sambungnya lagi.

Hakikatnya, kekadang wanita membuatkan lelaki berada di dalam keadaan serba salah.

Lalu saya cadangkan kepadanya untuk membuat kenyataan berikut dan melihat reaksi isteri seterusnya.

"Dalam negara kita, ada mahkamah sivil. Jika seseorang dituduh melakukan kesalahan, dia harus dibicarakan manakala mereka membuat pertuduhan harus mengemukanan bukti nyata dan hujah sahih bagi membuktikan tertuduh bersalah. Cakap kepada dia, usah menjadi hakim, menghukum awak sebelum perkara sebenar disiasat dan diselidiki secara teliti. Kalau benar dakwaan itu tidak berasas, awak minta isteri untuk membuktikan dakwaannya"

Dia terdiam.

"Satu kaedah efektif, tanya dia, siapa kawan memberitahu dia, awak ada girlfriend? Katakan awak ingin bersemuka dengannya. Lazimnya, isteri tidak akan expose sumber dakwaan itu. Dia akan kata, "kawan lah", " sambung saya lagi.

Saya kongsikan hujah seterusnya.

"Kalau dia tak nak beritahu, siapa kawannya itu, awak tanya dia satu soalan cepu emas, " ujar saya.

Pantas dia bersuara.

"Apa dia?"

"Tanya dia, apa tujuan kawannya itu memberitahu dia, kononnya awak ada girlfriend? Supaya awak lebih disayangi isteri? Supaya isteri awak gembira? Supaya tidak timbul sengketa di antara awak berdua?," soal saya.

"Tidak," katanya.

"Jadi jelaskan kepada isteri, jika rumah tangga awak berdua bergolak, menjadi porak poranda berikutan dakwaan dilontarkan, adakah 'kawan' nya itu akan turut berduka? Atau gembira, bertepuk tangan melihat sengketa berlaku?," hujah saya.

Kepada isteri yang mampu berfikir secara bijak - pastinya kenyataan itu dapat dicerna sebaik mungkin sekaligus memberhentikan dakwaan tersebut. Semoga kalian senantiasa berbahagia hingga ke penghujung nyawa. ahaks
SRi:Tak sangka masih banyak kes cinta tak kesampaian kerna keluarga tak suka
    All the best to En Hanif [baca:saya] dan kekawans yang lain yang turut ber'exam'an minggu ini
  Rabu:MDE Neuro[NBSS] Khamis:SOOCA NBSS dan Respiratory System

No comments:

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)