Thursday 6 January 2011

Eenie Meenie Live in KL!

Alhamdulillah-selesai sudah minggu Exam Department-minggu depan bergelumang dengan Paper System pula. Dan juga SOOCA!WHOA

Terima kasih kepada kalian semua yang senantiasa mendoakan kejayaan sahabat-abang-adik-atok-ayah korang nih! Jutaan penghargaan tak terungkap dek kata-kata sahaja yang mampu saya ungkapkan di sini. Terharu gila noks.

Dah lama juga tak bercerita tentang dunia hiburan-berita terkini dekat Malaysia. Mananya tidak-post yang sebelum ni banyak harap yang dah set jah. Nak type cerita gossip terkini-tak tersempatlah pula. Budak medic---pepaham je lah kan?!Hahahaha

Berita terbaru-selepas pertengkaran Memey VS Abby dan alkisah hajat azam 2011 Fasha Sanda nak kurangkan keseksian dan Rozita Che Wan nak berhenti kerja tak kesampaian-sekarang bagi kanak-kanak yang dah terlebih bahagia dengan Justin Bieber-Sila bersedia untuk keterujaan lompat tinggi-tinggi sekarang-Taddaaaaaaaaaa!!! Surprise!!!!
Pergs-pasti tengah menggelidikdikdik kans korang kipasussamatti budak keciks neyh!! Bagi boyfie yang aweks dia memang gila sama ini JB-anda mempunyai masa 4 bulan untuk menghafal lagu-lagu hit Justin Bieber seperti Baby, Somebody To Love, One Time dan Eenie Meenie Miney Mo Lova . Ooops-terhafal sudah! WHOA

Gunakan hashtag #JustinBieberKL sebagai twitter trend rasmi. Siapa tahu Anda boleh kalahkan Khairul Fahmi pula hari ini!

 *****
Seperti semua sedia maklum, kisah bersejarah berjudul ‘Natrah’ ini telah dibawa ke televisyen. Kisah bersejarah sekitar tahun 1950-an ini sebelumnya dipentaskan sebagai satu teater dengan judul sama di bawah arahan Erma Fatima.

Untuk versi drama TV -- Natrah bakal diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin dan diterajui oleh Juliana Evans sebagai Natrah.

Menurut Juliana Evans adalah ketika beliau terpaksa melakonkan Natrah ketika berusia 13 tahun sedangkan beliau kini berusia 21 tahun.

Pasti anda pernah dengar tentang filem Crayon yang mula di’tayangkan 17 November lalu arahan A. Burhanuddin. Filem ini masuk dalam kategori gagal di pawagam tempatan setelah hanya berjaya mengutip RM53,000 sepanjang tempoh wajib tayang.

Namun filem ini pernah ditayangkan di Laemmle Theatres, LA, California selama tujuh hari sebelum masuk ke pasaran Malaysia — dan gagal. Hari ini, satu berita baik untuk anda yang masih percaya dengan filem Malaysia, Crayon tersenarai antara salah satu filem yang layak bertanding untuk Academy Awards edisi ke 83 tahun ini.

Academy Awards yang lebih sinonim dengan gelaran Oscar ini bakal berlangsung pada 27 Februari 2011 di Kodak Theatre, Hollywood.
***
Honda Accord milik Hafiz AF hancur teruk apabila terlibat dalam kemalangan selepas pulang daripada rehearsal Anugerah Juara Lagu 25 (AJL 25), kira-kira malam kelmarin. Menurut Hafiz, ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke Damansara dan mengakui memandu sangat laju kerana ini sampai ke rumah cepat. Ketika berada di lane kanan, tiba-tiba keretanya berdepan dengan sebuah kereta yang bergerak dengan sangat perlahan.
Bahagian leher Hafiz telah dibalut sebagai sokongan sebab kecederaan agak teruk di situ. Namun diharapkan Hafiz masih mampu membuat persembahan di malam AJL yang akan berlangsung pada 9 Januari ini
*****
Aidid Mua'ddib bukanlah nama yang asing apetah lagi buat para bloggers. Beliau merupakan blogger yang sangat hustler dalam bab-bab membongkar banyak kegiatan syarikat dengan sistem piramid atau multilevel marketing (MLM). Paling popular adalah pendedahan tentang syarikat penjualan gelang ajaib AC Mizal Konsortium yang sehingga kini masih belum dapat dijelaskan oleh AC Mizal sendiri.

Terkini, Aidid Mu’addib tanpa segan silu membongkar satu lagi kegiatan sistem piramid yang di’asaskan oleh selebriti Malaysia, Akhil Hayy.Menurut tulisan Aidid Mu’addib, Akhil Network merupakan sebuah syarikat trading skim piramid yang memasarkan produk wangian bebas alkohol dan produk kesihatan 100% keluaran yang bermutu tinggi daripada bumiputra yang terencat akal.

Namun sistem perniagaan yang diamalkan oleh Akhil Network ini tidak berubah langsung dari kebanyakkan modus operandi syarikat MLM yang lainnya. Anda boleh baca secara terperinci kupasan Aidid Mu’addib tentang syarikat Akhil Hayy bernama Akhil Network ini di blog beliaw. 

Sebut tentang Akhil Hayy-sekitar 31 hb, kami dikejutkan dengan cerita Maizawati yang terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia. Memang mengejutkan, sebab tiada akhbar yang melaporkan apa-apa berkenaan dengan Maizawati. 

Nasib baik - tidak lama kemudian Abang Nara melaporkan bahawa Maizawati cuma patah tangan, dan kandungannya yang 5 bulan itu selamat walaupun mengalami sedikit pendarahan. Blog yang tulis tentang kisah khabar anginni pun nasib baik terus delete post khabar anginnya tu. Fuhh-bahaya!!
maizawatitidakmeninggaldunia Maizawati Patah Tangan, Kandungan 5 Bulan Selamat, Gosip Mati Tidak Betul!
Dia selamat menjalani pembedahan, besi dimasukkan ke tangan kiri. Kemalangan tersebut berlaku apabila kereta yang dipandu oleh Maizawati terbabas melanggar sebuah kereta apabila sebuah Proton Wira membelok ke selekoh secara tiba-tiba
***
Lupakan pada kisahnya terkantoi berbikini di Bali sambut tahun baru. Kini kami ada terdengar sayup sayup berita yang Fasha Sandha bakal membuka sebuah salon sendiri tidak lama lagi sebagai langkah pertama dalam bidang perniagaan.

Salon yang bakal digelar nama ‘Chinta Hair'n'Beauty’ itu dikatakan bakal dibuka di Wangsa Maju tidak lama lagi. Mungkin lokasinya di kawasan yang sedang berkembang "pusat"; Wangsa Walk Mall.
Tahniah dari kami dan selamat maju jaya buat Fasha Sandha jika berita ini benar belaka. Tidak salah mempelbagaikan cabang pendapatan kita. Rebut sahaja semua peluang yang ada selagi muda dan termampu nak mengerjakannya. Orang lain pun boleh tumpang rasa tempias kesenangannya. Ada kerja kosong kots!WHOA

Terbaru Fasha Sandha juga menyatakan hasratnya yang teringin untuk mengambil anak angkat. Kami salute dengan sikap prihatin Fasha Sandha. Nama bakal anak angkat beliaw tu adalah Khairunisa. 11 bulan. Ditinggalkan oleh bapanya-dalam kata lain cuma tinggal dengan ibunya yang masih berumur 19 tahun. Sukalah Jejai nanti nak tunjuk dekat Mama dia -- Inilah Fasha Sanda pilihan Jejai. Mulia kan hati dia?! Ahaks
*****

Tahniah kami kepada Lan Typewriter atau lebih pernah dikenali dengan Lan MUH yang telah melangsungkan perkahwinannya bersama Normala Hassan pada 1.1.2011 dalam suasana majlis penuh meriah. Normala, menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta hantaran bernilai RM11,700 sebagai simbolik tarikh lahir Normala yang jatuh pada 7 November 1982.

Sebut tentang masjid-sekalung Tahniah juga diucapkan kepada Pihak ASTRO yang telah kembali dengan semangat baru membawakan program realiti kegemaran seluruh rakyat Malaysia terutamanya geng Mak-mak yang ada beranak Dara. Imam Muda bakal kembali tidak lama lagi. Gelombang fenomena baharu yang membawakan rakyat Malaysia ke satu dimensi yang berbeza daripada dunia hiburan televisi negara sebelumnya. Anjakan paradigma yang lebih berakal dan mapan pengisiannya.
 Sebut mengenai ASTRO-Datuk Siti Nurhaliza juga tidak lama lagi akan berketrampilan di layar kaca televisi Program yang diberi nama “Siti” ini bakal diudarakan di Astro. Nampaknya Datuk Siti dah maju setapak lagi. Dari bidang nyanyian ke bidang perniagaan dan kini ke bidang pengacaraan. Nampak macam Oprah Winfrey la pulak. Dan tetamu pertama untuk talk show Datuk Siti ini tak lain tak bukan ialah Tun Mahathir.Ganas!!
***
Tiga hari selepas khabar hangits tentang kepergian Maizawati menemui Sang Pencipta-kami dikejutkan dengan kisah kontroversi rumahtangga yang selebriti  hangats tak hengats dunia yang tak berpenghujung.

Kitorang hengatkan tahun baru ini Memey Suhaiza adalah niat di hati untuk insaf sedikit. Tapi nampaknya harapan hanya tinggal harapan. Awal-awal lagi dah dikantoikan oleh Abby yang Memey dan Norman tinggal serumah. Apa sangap kejadahbenarnya budak ni? Kami baru rasa nak cambest layan drama dia dekat televisi yang cam sengal-sengal ubi tu.

Senang cerita, 2011 nie kami cadangkan Memey dan Norman nikah ajerlah. Susah-susah sangat buat majlis nikah je dulu. Ambil yang wajib. Kasik halal. Tak ada la orang nak mengata. Tak gitu? Kena sumbat dalam jail 5 tahun-denda RM 85,000 macam Ariel Peterpan nanti baru taws. NanaiteZz
Kredit:OhBulan, RotiKaya, Beautifulnara
SRi:Suka dengan wajah-wajah ranggi Umie Aida dalam majalah GLAM!

No comments:

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)