Saturday 8 January 2011

Malam Bulan Dipagari Bintang

Selamat berhujung minggu korangs!! Well-hari ni kena pagi-pagi skets kalau nak hapdets blog. Biasalah-bila matahari naik sudah-haruslah concentrate dengan buku pula. Exam weys EXAM!! Kenalah fokus-kalau bukan diri sendiri-sapa lah yang nak tolong lagi?

Well-tengah malam tadi cam biasa gua layan Era-nak buka THR lagu-lagu Hindi dah tutup kedai lah pula. Dah elok layan-tetiba terkumandanglah pula lagu Malam Bulan Dipagari Bintang by Awanband. Nice! Siyyes gua suka gila semua lagu-lagu dalam Konsert Tribute to P.Ramlee tu.


*****

Kelmarin, beberapa gambar Sam Shaheizy bersama seorang wanita yang amat cantik tersebar di internet, dan ramai yang berpendapat bahawa wanita tersebut adalah teman wanita istimewa milik Sam. Rasanya, tak keterlaluan untuk berkata begitu sebab wanita tersebut memang cukup padan dan "rapat" dengan Sam Shaheizy.
Tapi logik lah juga kan--sekarang ni dah jadi kebiasaan kalau bab-bab teman tapi mesra ni. Jadi kepada gadis-gadis di luar sana yang dah berair mata-berwajah panda gara-gara gambar-gambar kemesraan mereka berdua sebelum ni--kami dengan bahagianya mengumumkan Shaheizy Sam atau nama manja-manja kucingnya, Sam masih single dan available. Peluang anda kini sudah kembali cerah. All the best kepada anda yang mahu mengorat dan dingoratnya

Tapi betul benar sesungguhnya kah beliaw masih single and AVAILABLE?! WHOA
***
Tahniah kami ucapkan kepada pasangan Dr. Sheikh Muszaphar danDr Halina yang bakal bergelar ayah dan ibu bulan Julai ini. Jadi -- semoga perkhabaran berita gembira ini menjadi sesuatu yang positif untuk anda semua di pagi hari ini. **ke korang tak gembira sebab Dr Halina dengan cemerlangnya telah "merampas" Abang Pa daripada cengkaman korangs?! Ooopsss..
Dr Sheikh Muszaphar melalui pengumuman ringkas beliau menggelarkan bakal bayi mereka ini sebagai ‘tiny baby astronaut‘. Pasangan ini berkahwin pada 10 Oktober 2010 yang lalu dan semenjak itu jarang kita dengar akan kisah mereka.

So lepas ini jangan keluarkan cerita yang tak elok pasal orientasi seksual Dr Sheikh ye. Konon-kononnya dulu Sheikh Muzaphar tak terus kahwin sebab Dr Halina dah hilang selera kerna beliau terbermasalah dengan sistem peranakannya gara-gara pergi masuk angkasa lah -- hape kebendalah. Penat dah kami dengar cerita tak elok Dr Sheikh nie. Dah terbukti kejantanan dan kemachoannya. Dah terbunting dah hah Dr Halina tu. Nak infertile celah mana nya lah?!
Jika diikutkan Naegele's formula-dah lebih kurang dua bulan lah yea Dr Halina mengandung sudah. Tahniah kami ucapkan!Tetiba rasa tak sabar pula nak tengok baby comel pasangan langit negara ni pakai sut hangakasawans waktu first besdey dia.WHOA

***
farishh Farish Aziz, Pelakon Ponti Anak Remaja Bakal Berkahwin Tahun IniKalau anda tertanya-tanya siapakah Farish Aziz, kami boleh ringkaskannya sebagai seorang pelakon lelaki yang kacak dan agak comel -- pernah berlakon untuk drama Ponti Anak Remaja sebagai Farid dan sudah berpunya.

Syukur meskipun sudah menjalin hubungan kasih jiwa selama 14 tahun -- jodoh Farish Aziz dan Zahrah amat kuat lebih-lebih lagi selepas majlis pertunangan mereka sudah diadakan pada September 2010 yang lepas. Zahrah, merupakan seorang peguam dikatakan pernah melanjutkan pelajaran di luar negara.
Insyallah -- mereka akan melangsungkan perkahwinan sekitar tahun ini. Hapa-hapespun, kita nantikan saja komen Farish Aziz mengenai persiapan perkahwinannya nanti. Tahniah kami ucapkan!
****
14 Lagu Ke Anugerah Juara Lagu 25(AJL25) yang bakal dilagakan Ahad ini.
1. Hanyut – Faizal Tahir
2. Kebahagiaan Dalam Perpisahan – Shahir
3. Noktah Cinta – Hafiz
4. Drama King – Meet Uncle Hussein dan Black
5. Ku Ada Kamu – Adira
6. Cinta Sempurna – Yuna
7. Pelita – A.P.I
8. Berlari – Tomok
9. Sofea Jane – Black
10. Mencari Konklusi – Hujan
11. Selamat Malam – Faizal Tahir
12. Ekstravaganza – Bunkface
13. Jahat – Stacy
14. Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali
Siapakah yang bakalan merangkul gelaran Juara AJL-Vokal dan Persembahan Terbaik tahun ini? Sama-samalah kita [baca:exclude me-saya nak periksa!] saksikannya malam esok ni  hanya di TV3! Saluran 103 di dekoder ASTRO B'yond anda [baca:dan keputusannya internet]
Semoga Ana Raffali bakalan membawakan persembahan yang tersangat mantap terbaik esok malam. Kami mendoakan kegemilangan anda dari jauh. ***Jangan tanya kenapa mesti ada mama di situ-biarlah itu cuma jadi rahasia antara kami berdua.ahaks**
SRi:Jadual exam dipercepatkan - Rabu:MDE Neurobehaviour and Special Senses [NBSS] Khamis:SOOCA Respiratory dan NBSS.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)