Mengapa perempuan lebih cemburu berbanding lelaki?
Melalui pengamatan, kita terpaksa akur majoriti perempuan sejak mula bergelar gadis mula bersifat cemburu. Jika berpacaran, mereka bimbang teman lelaki dirampas dek gadis lain.
Begitu lazimnya.
Sebaik mendengar desas-desus berhubung kewujudan orang ketiga dalam perhubungan samada berita diterima berbentuk fakta atau sekadar telahan, selalunya mereka bingkas melatah dan melontarkan pelbagai soalan kepada pasangan.
"You ada girl selain I ke?"
"You ni nak buat hal dengan I ke?"
"Siapa girl selalu saya tengok duk 'like' status you kat Facebook tu?"
Maka terkedu teman lelaki diterjah soalan sebegitu andai dia insan jujur dan setia. Benar, bukan semua lelaki bersifat sama tetapi kita harus menerima kenyataan masih ramai lelaki hanya ingin memiliki satu pasangan sehingga ke akhir hayat.
Majoriti gadis sedang dilamun cinta sebenarnya tidak yakin dengan keupayaan diri sendiri? Barangkali benar. Mereka tidak yakin dengan kebolehan menjaga hati dan perasaan pasangan. Mereka bimbang sikap buruk dipamerkan sebelum ini sedikit sebanyak mengguris peraasaan teman lelaki lalu berkemungkinan membuka ruang untuk dia memilih gadis lebih baik dan mampu melayan secara lebih sempuna.
Sesetengah gadis mengambil pendekatan berbeza, apabila berasa cemburu kerana mengesyaki teman lelaki mempunyai hubungan dengan gadis lain, mereka merajuk.
Enggan menjawab panggilan telefon biarpun dihubungi berulang kali atau mengelak untuk bertemu biarpun hasrat itu disampaikan kepadanya melalui kenalan.
Hello! Majoriti lelaki tidak begitu berminat dalam acara pujuk memujuk. Sebilangan juga meluat dengan sikap sebegitu. Jadi jangan terlopong jika diri ditinggalkan begitu sahaja.
Lelaki kan ...
Mengungkap kembali lirik lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ...
Enggan menjawab panggilan telefon biarpun dihubungi berulang kali atau mengelak untuk bertemu biarpun hasrat itu disampaikan kepadanya melalui kenalan.
Hello! Majoriti lelaki tidak begitu berminat dalam acara pujuk memujuk. Sebilangan juga meluat dengan sikap sebegitu. Jadi jangan terlopong jika diri ditinggalkan begitu sahaja.
Lelaki kan ...
Mengungkap kembali lirik lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee ...
'Kalau dua-dua merajuk, ana kahwin tiga'
Ya! Sebilangan lelaki bukan meninggalkan kekasih mereka berikutan kehadiran orang ketiga tetapi akibat sikap kekasih berulangkali melontarkan tohmahan tidak berasas. Alang kepalang dituduh secara semberono ditambah perasaan muak berikutan sifat cemburu keterlaluan, mengapa tidak mengambil peluang itu untuk dijadikan penyebab perpisahan?
Lelaki, sampai ke tua masih laku lagi.
Konklusinya, kepada semua wanita bergelar kekasih mahu pun isteri, pesanan saya ringkas. Perasaan cemburu hanya kerap menghantui perempuan tidak bijak membelai perasaan dan fizikal pasangan mereka. Justeru khuatir, perempuan lain menandingi mereka dari aspek itu.
SRi:Belaian fizikal hanya untuk pasangan telah diijab kabulkan secara sah.ahaks
No comments:
Post a Comment