Friday 4 June 2010

Lagenda Budak Setan II

Tips bagi cerita yang diadaptasi daripada novel atau buku - JANGAN sesekali pergi baca novel tu sebelum Anda menonton filemnya. Tapi kalau dah terlanjur nak buat macamana kan? Nasi dah jadi bubur lah jawabnya.

Bagi yang ingin mengetahui jalan ceritanya-sila baca post sebelum ini. Tapi jangan bandingkannya dengan jalan cerita asalnya terutamanya bila korang tengah layan filem tu. Jika Anda masih ingat, pasti banyak yang bercanggah. Kemudian korang berharap yang filem pertama ni - cuma dibuat untuk buku pertama sahaja - bukannya sampai perabih semua 1018 mukasurat novel tu dalam masa kurang 2 jam.

Permulaan cerita dimulakan di Notingham Universiti aka Kolej Mutiara yang dulu SRi bayangkan dekat MRSM Mahsuri yang memang lawa nak mati tu! Peristiwa pertemuan mereka terciptakan dengan insiden "coca cicak". Mungkin sebab filem ni dah mula dengan cerita zaman IPT bukan sekolah-makanya dah jadi sangat kureng lah kot kalau nak dibuat ikut susur galur idea asal Ahadiat - yang mereka bertemu sebab insiden Kasyah "permainkan" Ayu kate takde duit kecik waktu Ayu datang kelas dia bawa tabung derma tu.

Sapi-teman baik Kasyah yang memang susah gila nak mati - mencuri untuk menghidupi kehidupan dia bersama adik-adiknya pun tidak didiskusi dalam filem ini. Jadi jika Anda berharapkan jalan cerita yang lebih tenang tak melompat - buta tuli ikut novelnya - lupa kan saja lah. Baca novel pun dah bermalam-berbulan bulan-inikan pula tetiba ko nak perabihkan dalam 2 jam. Harapan sajalah.
Bagi yang baca buku ini 10 tahun dulu - rasanya takda masalah sangat sebab ramai dah  mula lupa-lupa. Tapi bagi yang pernah berharap untuk jadi Kasyah [like me], hafal setiap inci sudut novel tu dan manusia yang baru je baca baru-baru ni- takziah lah SRi ucapkan dekat korang - nasiblah kalau korang rasa cerita ni tak ikut imaginasi korang sangat - sebab fokus utama filem ni memang bertumpu utamakan kepada kisah cinta antara Kasyah dan Ayu - kehidupan lain di antara mereka sangat sedikit diketengahkan. 
p/s:Lagenda Budak Setan disambung dengan Katerina dan Lagenda Kasyah Berakhir

Jika Anda bertanyakan - sesuaikah gandingan Farid Kamil dan Lisa Surihani bagi menghidupi wajah Kasyah dan Ayu - rasanya memang takda lagi kut pasangan yang lebih serasi atau sweet- tapi.... Perlu sangat ke Si Farid tu dendan rambut sedemikian rupa? Urg! Cukuplah Fasha Sanda buat rambut cenggitue. Hadoihlaa, merosakkan imej Kasyah betul! Lakonan Lisa takdelah nak tepuk sangat - lagi suka tengok dia dalam I'm Not Single.

Tapi serius memang tak puas tengok Ayu versi Lisa-sekejap sangat kut-semuanya, gara-gara cerita ni tak sabar-sabar nak habis cepat. Tapi terkadang bersyukur juga-sebab tetiba rasa cam sangat meluat pula tengok dia berlakon kali ni-cam tak berapa nak menjiwai. Lemah sangat mutunya. Tak tahulah kenapa banyak pula review surat khabar hari ni puji gandingan pelakon sangat hebat - maybe sebab risau kena saman kut nanti - sebabkan filemni jadi tak laris - Nasibkaulahlabuuu..

Skrip-hurm, macam cerita Ketika Cinta Bertasbih. I prefer expression with soundtract than when they are bercengkeramaberkata-kata. Gelly khalleey.. Mungkin disebabkan kelemahan daripada segi jalan cerita yang ditampilkan-sehingga tidak menimbulkan mood ingin bercinta dalam diri penonton-sebabkan SRi tak rasa apa-apa bahkan meluat bila tengok saling berdialoging. Tapi serius rasanya jauh lebih bagus mereka ambil saja buta-buta dialog daripada novel daripada buat sendiri ayatnya. Jadi serba tak kena pula.

Salah satu dialog yang sangat mengganggu otakni waktu layan cerita tue-waktu Kasyah nak minta kerja dekat syarikat Emilia [Ayu selepas pembedahan plastik lakonan Shiqin Kamal]- Owh, Kasyah yang awak selalu ceritakan itu ya? [tanya Emilia kepada Suzana] Sedangkan waktu tu- Kasyah bukannya ada dalam bilik tu pun - dan Suzana bukannya tak tahu yang Emilia tu Ayu- makanya,tak perlulah kut dialog nak berbasabasi bajet tak kenal Kasyah tu sape kut. Haih, mengucap panjang SRi dalam wayang tu semalam. Orang sebelah pun tumpang istigfar juga.

Soundtract? Pertama kali mendengarnya-layan lah juga-erti kalimatnya susun atur liriknya takdalah sampah mana - tapi kalau dah sebijik tu saja dari mula sampai akhir-beza dia laki atau perempuan jek yang nyanyi-menyampah lah juga kut.
p/s:nie yang tetiba rasa cam nak gi tengok Rajneeti nih-kut kut boleh berjoget dalam CapSquare tue

SRi kecewa sangat gerak persembahan kamera yang kerap menggunakan 'tight shot' nak bagi jelaskan ekspresi wajah watak. Sumpah gila cacat. Beberapa aksi dan gerak wajah pelakon pun jadi terbatas sebab eksperimen yang cuba dilakukan tu - sebab kamera duk hanya sibuk merakam satu-satu watak terlalu dekat. Macam Iron Man 2 - ramai juga yang komen komplen tak suka kamera terlampau fokus sangat - untuk waktu yang lama-sekejap sekejap takpe lah. Lagi satu- duk suka sangatlah bergerak kiri kanan atas bawah kamera tu - macam takda stand pula.

Kehadiran muka-muka baru bagi SRi tidaklah terlampau menguatkan jalan cerita. Watak yang paling sesuai secara fizikalnya-rasanya Kate-cuma mungkin Katerina mungkin lebih tinggi daripada Fazura- mm,Maya Karin cambest juga - dan kedua sesuai, Farid Kamil [without rambut tocang-tocang]-sebab rambut Ahadiat Akashah [yang mungkin watak sebenar Kasyah dalam Budak Setan] pun panjang dan lurus. Lisa kurang sikit-sebab Ayu dalam novel lebih menyerupai Shiqin Kamil atau Raja Farah-kecil, rambut panjang lurus mengurai-tapi gambaran Lisa rasanya lebih tepat untuk Emilia kut dengan rambutnya yang bergelombang berombak.

Paling tak sesuai; Hisyam-sebab dalam tu seharusnya Hisyam kelihatan sangat tegap dan macho bukan seperti... Lagi sorang Sheila Mambo yang jadi Mak Leha-tak naif langsung pun pastu nampak cam sangat kaya pula-sayang pula bila memikirkan pelakon senior pun camni rupa acting dia.

Azmi lakonan Que Haidar-tak terlalu boleh dibanggakan-tapi tidak mengecewakan yang lain-sebab dia sangat-sangat menjiwai watak Azmi. But I taught Azmi is supposed to look like a Malay-Pakistan kind of guy. If my memory serves me well la. Betul tak? Mm, tetiba terfikir kalau Hans Isaac yang jadi Kasyah, smart juga eyh!

Kesimpulannya- sangat kecewa dengan apa yang ditampilkan. Lain dengan apa yang diimaginasikan. Mungkin jika Ahmad Idham apetah lagi Kabir Bathia atau pun paling musoux pun Prof Razak Mohaiden yang mengarah menggarap filem ini-hasilnya mungkin bakal jauh lebih dapat dibanggakan.


SRi:Baru tahu Lisa tak boleh sebut R..hahaha

3 comments:

  1. 2stgh bintang? byk lagi transformers..hahaha

    ReplyDelete
  2. hahhahaha.kecewe sgt kut.arg!tetibe trasse tsangat amat mau mnonton rajneeti pulaks daa.tapi aQ dop pnah dngar lagu dia-cemane nak boget dalam tue nanti klu tak hapal lagik?haha

    ReplyDelete
  3. p/s:aQ memang kedekut bintang skrg nie!hahahahha

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)