Tuesday, 15 February 2011

Jika Ditahan 'Polis' Di Kawasan Sunyi Dan Gelap - Cool! Jangan Gelabah!!

Benar, majoriti kita pernah ditahan polis terutama ketika mereka melakukan pelbagai operasi di jalan raya. Bahkan saya sendiri juga pernah melarikan diri daripada ditahan polis. First of all-saya ingin memohon maaf kepada teman-teman yang turut menumpang saya ketika itu. Saya terlupa untuk menyatakan penyesalan menyebabkan Anda semua tidak rasa tenang tengah hari itu. Maaf dipinta
Dan jika Anda memandu kereta pada waktu malam, sebelum tiba di sekatan, usah panik, nyalakan lampu di dalam kenderaan - memudahkan mereka melihat wajah kita.

Lazimnya, jika pemandu tidak memakai tali pinggang keledar, sila pakai dengan tenang. Jangan sentap-kerna tali pinggang keledar sememangnya direkacipta untuk "stuck" pabila disentap dengan kuat.

Sewaktu bahagian dalam kenderaan disuluh, jika pembaca dan polis bertugas beragama Islam, berikan salam dan senyum atau gunakan greeting bersesuaian. Mereka selalunya akan menyuluh menggunakan lampu suluh di bahagian kiri bawah cermin hadapan untuk melihat tarikh tempoh cukai jalan.

Jika gerak geri pemandu tidak mencurigakan dan cukai jalan sah digunakan, kenderaan akan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.

No problem, right? Kita tahu mereka polis sah dan mempunyai pegawai bertugas di lokasi sama.


Malangnya sebelum ini berlaku kes individu atau kumpulan menyamar anggota dan pegawai polis. Sebilangan mereka memberhentikan kenderaan orang awam dan menyamun barang berharga. 

Jadi ...

Jika kenderaan anda diberhentikan dek individu berseragam polis di lorong atau kawasan sunyi, apakah harus anda lakukan?

Pertama, jangan keluar dari kenderaan.

Polis tidak akan menjalankan sekatan jalanraya secara bersendirian. Perhatikan perawakannya terutama nombor badan di bajunya. Jika nombor terbabit bermula dengan 'SP', berkebarangkalian dia Police Volunteer Reserve, PVR atau sukarelawan polis.

Biar pun begitu, usah terlalu yakin berhubung identiti sebenar petugas terbabit, jangan buka tingkap sepenuhnya. Berkomunikasilah melalui ruang kecil bukaan tingkap dan jika memandu kenderaan automatik pastikan gear berada di posisi 'D' atau drive. Jika dia menggunakan motosikal, cuba lihat dan ingat nombor pendaftaran dan jenis kenderaan terbabit.

Pada masa sama, polis melakukan rondaan selalunya dibekalkan dengan walkie-talkie sebagai alat perhubungan.

"Selamat malam encik/cik/puan. Tolong keluarkan lesen memandu atau kad pengenalan"

Jika dia meminta begitu, katakan kepadanya ...

"Selamat malam, tolong keluarkan kad kuasa polis encik"

Meminta secara hormat untuk melihat kad kuasa polis, hak kita sebagai orang awam.

Ya! Ya! Majoriti kita tidak pernah melihat kad kuasa polis justeru bagaimanakah kita tahu samada kad terbabit asli atau tidak jika ditunjukkan?

Berserabut fikiran, kan?

Jadi kaedah paling mudah untuk menangani senario itu, begini ...

Jika ditahan polis bermotosikal di kawasan sunyi dan gelap, beri tahu dia ...

"Encik, jom ke balai polis berhampiran. Di sana saya akan serahkan dokumen pengenalan diri saya, silakan jalan dulu, saya ikut dari belakang atau encik boleh ikut kenderaan saya"

Andai dia berkeras, dail 999 dan anda akan disambungkan kepada pihak berkuasa. Jika dia bertindak ganas, sila tekan pedal minyak dan pandu ke arah balai polis berhampiran untuk membuat aduan.

Bukan apa, sekarang ini sukar untuk membezakan di antara polis sebenar berbanding mereka menyamar di dalam keadaan begitu.

Itu pandangan peribadi saya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)