Saturday, 19 February 2011

FROZEnFRUST!!!

Aku tak pernah frust masa bercinta, tapi aku banyak kali  kena rejek orang yang tak nak bercinta. Adalah dalam 3-4 kali. Pada aku banyak lah tu kot. Tapi aku tak tahulah boleh dikategorikan dalam golongan Hot ke belum?! *abaikan** Jadi, sebab ada orang tanya, camne nak mengubat hati frust bercinta, aku tak reti nak tulis macam mana tapi aku tulis aje la secara generalnya macam mana nak recover hati daripada perasaan frust ni...

1. Jangan biarkan diri anda berseorangan
Bila anda berseorangan, anda akan mudah terkenang kembali benda-benda yang pernah berlaku

2. Buat sesuatu yang mengisi masa anda
Kritikal sewaktu sedang frust  adalah memastikan anda mempunyai sesuatu yang mampu mengisi masa anda. Tengok TV, tengok movie, kumpul setem dan sebagainya.

3. Fokus kepada kerja/study
Ini adalah salah satu cara yang paling banyak dipraktikkan ramai. Fokuskan kepada kemajuan kerja anda. Jika sebelum ini anda tidak gila pangkat atau kuasa,j adikan diri anda gilakan kuasa. Stayback dekat ofis. Masuk pilihanraya kampus. Hidup GIPANG!!

4. Ubah cara hidup
Selepas bercinta dalam satu tempoh yang agak panjang, ada kemungkinan timeline hidup anda dah terbentuk rutin dia. Kalau selalunya pukul 11 malam anda telefon awek/boifren anda, apa kata tiap-tiap pukul 11 malam anda pegi merempit. Best wooo--dibelai angin bayu lalu

5. Sorok semua benda yang bisa menggamit memori
Ada gambar dalam wallet? Dekat dinding? Dekat pintu? Dalam bilik air? Cabut semua, sorok--bakar. Ada nota-nota cinta atau log chat dekat Facebook? Copy masuk notepad, sorok. Takpun delete jah mudah

6. UnFriend Dia Daripada Facebook-Unfollow from Twitter
Susah nak melupakan seseorang bila tiap-tiap hari anda akan terbaca status update dia. Jadi,buang dia daripada friend list anda. Add balik dia sebagai friend bila anda dah dapat boifren atau gelfren untuk menunjuk-nunjuk.

7. Ubah Identiti Lelaki/Wanita Idaman Anda
Jika sebelum ini anda mencari lelaki ala-ala Remy Ishak atau wanita macam Nora Danish, mungkin tiba waktunya anda menurunkan benchmark anda atau mungkin juga anda perlu sedar diri yang anda tidaklah sehebat mana seperti yang anda jangkakan.

8. Kurangkan membaca/tengok cerita cinta
Pegi tengok kedai buku, ada berapa ribu judul buku cinta. Masyarakat kita sangat-sangat menyukai benda macam tu. Jika anda salah seorang daripada mereka yang suka dibuai mimpi itu, hentikan!

9. Dekatkan diri dengan keluarga dan Tuhan
Aku rasa aku tak perlu explain benda ni.

10 . Tengok "How I Met Your Mother"
Tengok lah sitcom tu. Ingat senang ke nak dapat isteri? Tak semestinya kekasih first anda adalah si dia walaupun dia terbaik untuk anda.

11. Ingat ayat ni, Tuhan Dah Tetapkan Jodoh Kita
Ingat dan yakin.
SRi:Tak lari gunung dikejar

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)