Wednesday 27 May 2009

Post-Mortem

Post-mortem dalam dunia perubatan dilakukan atas orang yang sudah mati. UMNO belum mati lagi!! Yang harus dilakukan bukannya post-mortem badan tetapi post-mortem muhasabah budaya dan nilai! Dalam hal ini objek kajian tidak seharusnya tertumpu kepada UMNO sebagai suatu badan fizikal sahaja, lebih penting lagi ialah, budaya orang UMNO itu yang harus dikaji sedalam-dalamnya. Rakyat melihat UMNO (parti mana-mana pun sekali) berdasarkan wakil rakyatnya. Pasti buruk buahnya jika akarnya sendiri dah rosak dimamah sakit.

Jangan kita salah sangka bahawa kemajuan hanya akan tercapai jikalau kita mengantikan nilai lama dengan nilai baharu. Yang penting adalah orang yang diberi kuasa oleh rakyat (tentunya dengan izin Tuhan) mestilah jujur , amanah, bertanggungjawab kepada bangsa,rakyat dan bukan kepada pihak-pihak yang tidak mempedulikan kepentingan negara ini!

Yang harus diutamakan adalah tanggungjawab kepada rakyat kerna rakyatlah yang memilih mereka. Tanggungjawab kepada parti atau kerajaan tidak seharusnya mengatasi tanggungjawab kepada rakyat. Jika perubahan konsep dan amalan ini dapat dilakukan, kita kira semua wakil rakyat daripada parti pemerintah maupun parti pembangkang akan dapat mengubah imej mereka dan menjadikan makin dihormati rakyat sebagai wakil rakyat dalam arti kata yang sebenar-benarnya.

Jikalau wakil rakyat hanya mementingkan politik dan kepentingan dirinya sahaja, dia akan turun padang hanya pabila untuk berkempen memujuk rakyat untuk memilihnya semula sebagai wakil rakyat dalam pilihan raya. Kalau dia kalah, dia akan menyalahkan orang lain, menyalahkan pengundi dan parti lawan. Jikalau rakyat mahu perubahan dan kemajuan,mereka takkan memilih orang seperti itu lagi. Wallahualam~

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)