Perdana Menteri mengingatkan semua wakil rakyat dari parti pemerintah supaya selalu mendekatkan diri dengan rakyat. Mendekatkan diri dengan rakyat tentunya bererti bersikap dan berkelakuan dan bertindak prorakyat, bukan prodiri sendiri, prowang, properniagaan atau sebagainya. Prorakyat bererti membela rakyat dalam segala hal yang menyangkut masalah dan kepentingan rakyat, bangsa dan negara, walaupun sikap atau tindakan ini tak digemari oleh Perdana Menteri atau kerajaan sendiri.
Di Malaysia kita seolah-olah mengamalkan prinsip atau peraturan bahawa wakil rakyat yang dipilih oleh parti yang memerintah mesti senantiasa patuh kepada dasar kerajaan, kalau tidak mereka akan dipecat atau ‘digantung’ dari parti. Memanglah prinsip atau peraturan ini ada baiknya misalnya tuk menjaga perpaduan parti atau kestabilan kerajaan. Tetapi syarat ini tentu ada batas harusnya. Jika dasar kerajaan dianggap tidak baik untuk rakyat atau negara atau dasar tersebut dibantah oleh parti-parti yang bersikap “neutral” dan orang-orang “bebas” yang prihatin, apakah wakil-wakil rakyat tersebut yang juga percaya dasar tersebut tidak baik harus terus diam dan berkata “mm,kami terpaksa patuh kepada kerajaan”?? Perubahan sikap dan fikiran rakyat juga perlu di ambil kira sama.
Kita dapat lihat perubahan sikap rakyat terhadap UMNO. Beberapa orang menteri dan timbalan menteri dan ahli parlimen UMNO kecundang dalam pilihanraya. Dikatakan generasi muda dari kalangan Melayu yang kebanyakannya terpelajar atau berfikir secara kritis memilih parti lain. Jika ini kebenarannya, apakah sebab asbabnya?
Apakah UMNO ‘sudah tua’, sudah tak mampu berubah, atau tidak baik berbanding parti-parti lain? Apakah ini disebabkan parti-parti lain itu lebih progresif, lebih prorakyat, lebih dinamik dan sebagainya? Apapun puncanya, 'bedah siasat' yang hendak dilakukan hendaklah berdasarkan fakta dan kajian yang rasional, yakni yang dapat dipertahankan dari segi bukti empirikalnya dan juga dari segi mesej yang lebih mendalam yang mungkin ada kaitannya dengan perubahan budaya, nilai dan mentaliti bangsa Melayu itu sendiri.
Dalam masyarakat yang sebahagian besar penduduknya sudah mula celik budaya ilmu,orang tak lagi mahu mendengar latahan, perbuatan mencarut dan memaki hamun, fitnah memfitnah. Orang mahu mengetahui kebenaran,isu,fakta dan bukti yang nyata. Orang juga tidak akan menyokong wakil rakyat yang perasuah, yang berakhlak buruk, bercakap lebih menggunakan perasaan daripada akal kebijaksanaan. Perkembangan ini berlaku di mana-mana,bukan cuma di Malaysia dan perlulah difahami oleh para pemimpin dan kerajaan.

No comments:
Post a Comment