Sunday, 3 May 2009

X-Men Origins

Walaupun baru ditayangkan di panggung wayang, sudah ada yang berani melabelkan filem X-Men Origins: Wolverine sebagai filem terbaik 2009.

Filem X-Men diangkat daripada sebuah komik yang telah pun diterbitkan 40 tahun yang lalu oleh Stan Lee dan Jack Kirby mengenai superhero. Karakter Wolverine pula diwujudkan selepas tahun 1974 yang dihasilkan oleh Len Wein dan Johh Romita Sr. dan akhirnya menjadi watak utama X-Men dalam siri komik seterusnya.

X-Men Origins: Wolverine kembali menyorot kisah sebelum bermulanya X-Men trilogy membawa penonton kepada kisah hidup Wolverine yang dilakonkan oleh Hugh Jackman. Juga tentang hubungan yang sangat kompleks dengan Victor Creed yang kemudiannya menjadi Sabertooth dan juga menyorot kisah bagaimana Wolverine diperkasakan dengan Weapon X dan ingatannya dihapuskan. Tak dilupakan juga, kisah Gambit yang turut menjadi antara tulang belakang utama plot X-Men kali ini.

X-Men Origins: Wolverine mengisahkan tentang dua beradik yang hidup sebagai mutan. Meskipun mempunyai kuasa yang luar biasa tetapi mereka masih lagi sama seperti manusia yang lain. Hidup seperti biasa dalam komuniti manusia yang tiada apa-apa kuasa.

Prologue filem menceritakan perjalanan kehidupan dua beradik ini merentasi zaman. Bermula dengan Perang Dunia Pertama(maybe), sedutan Saving Private Ryan sehinggalah ke Perang Vietnam. Dan kehidupan mereka berubah setelah diserap menyertai Team X (ditubuhkan oleh Stryker) yang menjadi tempat berkumpulnya segala mutan yang ada-yang juga mempunyai kehebatan masing-masing.

Stryker sememangnya mempunyai misi untuk membangunkan mutan yang baru bagi mengusai dunia. Bagaimana mutan baru ini diciptakan? Cari jawapannya di pawagam-pawagam berdekatan. Filem yang diarahkan oleh Gavin Hood ini turut dilakonkan oleh Liev Schreiber, Danny Huston, Will.I.Am, Lynn Collins, Kevin Durand dan ramai lagi.

Jika anda benar-benar kipas susah mati X-Men,Wolverine terutamanya, filem ini sememangnya sekuel yang harus anda tonton! Di bawah sutradara baru, cara penggarapan bermula dari awal cerita sehingga ditutupnya projector sememangnya berbeza daripada trilogy sebelumnya.

Bahkan ada yang menyarankan agar trilogy X-Men ini dilakon semula di bawah pengarah yang baru ini. Sememangnya X-Men Origins: Wolverine merupakan filem yang berbaloi dinantikan oleh peminat-peminat setianya.

Sri:Lebih suka scene terakhir Knowing di'delete' dan dibiarkan berakhir ketika Nicholas Cage sedang berpelukan bersama keluarganya.

6 comments:

  1. kawan aku kate tak best..
    die kate bosan..
    die kate die bg 3 out of 5..
    hahaha~

    bkn die sorg je lak tu~

    humm..
    takpe2..nnt tgk br komen

    ReplyDelete
  2. mm,best x best tue kan subjektif
    =)

    i'll wait ur comment~

    ReplyDelete
  3. humm..aku pon wonder la bl aku nk komen..
    di tgh2 kesibukan..
    reports, jurnal, labs...
    bl ntah nk tgk wyg..hahahaha

    tp kesibukan ini tak berlaku kalu ko nk blnje mkn tau..kah3

    ReplyDelete
  4. hahahhahaa..boleyh plaks mcmtue
    dah2,p siapkan kije2 nue~
    bdak2 cikuda!!sapa nak makan,aku nk belanje!!!hahahhahahahaa

    ReplyDelete
  5. mm,xdeklaa sgt kut~
    sesekali kenalaa saling memberi bila kita ada kemampuan...itulah baru namanya persaudaraan~

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)

Recento Vizitores