Sunday 21 June 2009

Sunat VS Sunnat VS Sunnah

Dalam Duniya Islam kini, yang mana maklumat tentang agama boleh diperolehi dengan mudah, adalah menyedihkan apabila masih ada penganut Islam yang menghina Sunnah Nabi. Mungkin disebabkan oleh kurangnya ilmu atau tersilap dalam pemahaman agama.

Paling popular penghinaan yang selalu kita dengar adalah berjanggut macam kambing. Hairan? Orang simpan janggut, dituduhnya macam kambing, yang kita lari cari tempat teduh waktu hujan turun tak pula cakap macam kambing!

Sebenarnya apabila SRi usul perkara ini kepada segolongan Umat Islam, rupa-rupanya mereka terkeliru di antara Sunnah dan Sunnat.

SRi rasa ramai yang dapat bezakan maksud sunat untuk lelaki yang pra baligh, manakala Sunnat pula adalah amalan yang jika buat dapat pahala, tak buat tak apa, seperti solat sebelum Subuh atau selepas Isyak atau puasa [shaum] Isnin Khamis.

Tapi kenapa masih ramai yang tak dapat bezakan antara Sunnat dan Sunnah?

Malahan ramai orang Islam yang dah banyak cukur bulu dan potong kuku sepanjang beragama Islam beranggapan bahawa Sunnah dan sunat adalah sama, iaitu, jika buat dapat pahala, tak buat tak apa, maka kerana kejahilan itu maka mereka yang dah 60 tahun beragama Islampun masih selamba tinggalkan solat berjemaah kerana anggap perkara itu Sunnat, selamba cukur janggut dan selamba hina orang yang berserban kerana anggap Sunnah itu Sunnat, tak buat tak apa…

Janganlah jadi mangkuk, dilambung tak pecah tapi jatuh pecah berderai, dalam Hadith Nabi dah siap bagitahu awal-awal, bahawa beliau telah tinggalkan dua perkara yang jika korang semua [termasuk SRi] berpegang padanya maka tidak akan sesat buat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan Sunnah, tak kan lah Sunnah di sini bermaksud Sunnat, buat dapat pahala, tak buat tak apa.., jadi sesat pula buat selamanyalah jika korang faham begitu..

Biar SRi betulkan balik offset kefahaman korang akan perbezaan antara Sunnah dan Sunnat.. insyaAllah

Dalam mengertikan Sunnat, ia termasuk dalam hukum Islam yang lima iaitu Wajib, Makruh, Haram, dan Harus. Kesemuanya bergantung kepada waktu dan tempat. Kita semua sedia maklum bahwa Sunnat adalah bermaksud, jika dibuat akan mendapat ganjaran yang banyak, jika ditinggalkan akan rugi tapi tidak pula mendatangkan dosa.

Adakah Sunnah bermaksud jika kita buat akan mendapat ganjaran yang banyak, jika di tinggalkan tidak pula berdosa? Bukan begitu kerana Sabda Nabi S.A.W, bahawa Baginda telah tinggalkan dua perkara kepada Ummatnya yang mana jika kita berpegang teguh maka tidak akan sesat buat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan As Sunnah.

Bermakna di sini, Al Quran dan As Sunnah adalah dua perkara yang diwariskan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada ummat dalam menjaga diri kita daripada kesesatan.

Apakah itu Al Quran?
Al Quran adalah kehendak-kalam Allah yang dizahirkan dalam bentuk kitab dan Allah telah berjanji untuk menjaga Al Quran sampai Hari Kiamat yang mana hari ini setiap perkataan dan susunan huruf masih kekal seperti asal walaupun sudah berusia 1400 tahun dahulu..

Apakah itu As Sunnah?
As Sunnah adalah kehendak Allah yang dizahirkan dalam bentuk akhlak manusia, yang mana Aisyah R.A, meriwayatkan bahawa Nabi Muhamad S.A.W adalah “al-Quran yang bergerak”. Dan tiada jaminan dari Allah untuk menjaga As Sunnah seperti mana Allah menjaga Al Quran, maka diberitakan bahawa barang siapa yang dapat menghidupkan walaupun hanya satu Sunnah, di akhir zaman ini, mereka akan mendapat ganjaran seratus pahala mati syahid..

Jadi jika korang dah belajar agama sebelum ini tentang hukum dalam Islam yang terdiri daripada 5 hukum iaitu Hukum Wajib, Sunnat, Harus, Makruh dan Haram, lalu korang tak tahu nak letak Sunnah kat hukum yang mana dan akhirnya korang letak Sunnah dekat Sunnat maka di situlah kesesatan bermula, sebab masa tu korang akan selamba tinggal Sunnah sebab anggap Sunnah itu Sunnat, tak ke hampeh?

Padahal Sunnah ada dalam setiap hukum, ada Sunnah yang Wajib, seperti solat berjemaah [terasa sungguh] dan dakwah, ada Sunnah yang Sunnat seperti makan kurma, ada Sunnah yang harus seperti bercakap dalam bahasa arab, dan ada Sunnah yang haram, seperti kahwin sembilan serentak dan lain lain, dan kinilah masanya korang kena mengaji agama lagi, banyak yang korang tak faham, SRi pun sama..

Pendek kata,

Sunnat: buat dapat pahala banyak, tak buat rugi…
Sunnah: buat dapat pahala banyak, tak nak buat Nabi tak mengaku ummat! Nau’zubillah

Satu lagi:

Biasa Sunnah yang kita faham dan ikut adalah Surah dan Sirrah, iaitu penampilan dan cara hidup, kita berjanggut dan mengamalkan adab ketika makan, tidur dan sebagainya, akan tetapi lupakah kita untuk berfikir sebagaimana Nabi berfikir (sarirrah)?

SRi:Melalui berfikir seperti Bagindalah maka kita akan dapat hakikat ruh Sunnah iaitu amalan Surah serta Sirrah dapat dibuat dengan penuh rasa nikmat kemanisan X)

5 comments:

  1. wah..nice post..nice post..
    thankyou thankyou...

    Sunnat: buat dapat pahala banyak, tak buat rugi…
    Sunnah: buat dapat pahala banyak, tak nak buat Nabi tak mengaku ummat! Nau’zubillah

    jd gay pon nabi tak ngaku umat..
    igt tau..heheehehe

    ReplyDelete
  2. btol! jgn jd gay! hak3....

    gentleman mcm aku takpe. ngeh3~

    ReplyDelete
  3. hee,,assalamu'alaikum nepp..
    best2!!pinter tok guru cgc ni..kui2!!!

    ReplyDelete
  4. tabik spring same president utk post ini..

    berjanggut macam kambing..

    ni kalau orang2 biasa xpe la mungkin xtao..

    sy geram dgn budak sekolah agama sendiri y berkata sebegini..

    nak hina org laen xpe..

    jgn hina sunnah..

    maaf ye lepaskan geram kat sni..

    teringat peristiwa lama..

    ehee~

    ReplyDelete
  5. huih,betol sesangat tue cik bal! memang kena laknat lah orang-orang yang bperlakuan zaman kaum Sodom tuh!! nau'zubillah~
    semoga takdalah perkara sdemikian d'sekelilg kita ya~

    mm,gentle ke?? klu stakat masuk bakul angkat sdirik, x gune juga kawan! ahaks

    hambooih, tok guru hah skali dapat~tinggi sgt tue dik non ooui.. *btw,jika ada sbarg ksilapan dlm mana2 artikel especialy bab2 agam-tolong ssangatlah yea scepatnya khabarkan.. xppassal kna cop jd Lia Adein laks - Jakarta, 21 Januari [no "surah" yg palg ku ingati!]

    mm,kkadang ketidakpandaian memperhatikan yg mana yg harus dpandang kseriusannya mnyebabkan hati kita buta utk melihat.. mgkin pd kita, kita cuma anggap itu semua cuma ajukan senda gurau semata, ttapi mungkin pd pandangan Yang Maha Melihat lain pula ceritanya. hati2 dlm pkataan dan perbuatan kerana banyak orang tak sedar apa yg dperbuatnya tlh mjebaknya k dlm kmurkaan Sang Pencipta =)
    *chills jijou~btw,I Love ur concern thadap ksucian iman - ramai org xrasa apa2 bila ada yg bkata sdmikian kpd mereka.. semoga iman kita makin hari dteguhkanNya dan jatuh merudum..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)