Saturday, 30 October 2010

Chu-rangs

Aku nak tanya korang, sebelum tidur, antara jaga dan lena, ke manakah fikiran korang melayang? Dan apakah perkara terakhir yang korang fikir sebelum tidur?

Sudah tentu fikiran korang akan melayan kepada perkara yang korang suka, ada yang terbayang sedang bersetubuh dengan kekasih hati, ada yang terbayang sedang menjadi kaya, ada yang terbayang tentang projek ribu ribu esok hari, ada yang terbayang tentang filem yang baru di tonton, atau ada yang sedang mendengar lagu memuji kekasih dunia.., dan dalam keadaan begitu, korangpun tertidur tanpa memberi sedikit ruang untuk bersyukur dan memuji Allah... terus tidur bersama ‘kekasih’ korang...

Dan aku nak tanya lagi, ketika bangkit dari tidur, antara lena dan jaga, ke manakah fikiran korang melayang? Dan apakah perkara pertama yang korang fikir selepas terjaga dari tidur?

Sudah tentu fikiran korang akan dilayankan kepada perkara yang korang suka, terus terkenang kekasih hati, terkenang tentang harta dunia, apa nak makan hari ini.. sedang subuh sudah semakin tinggi.. tahajjud sudah lama dilupai..

Korang boleh cakap, itu waktu luar kawalan, otak sedang letih.. jangan ukur cinta kami kepada tuhan dengan apa yang kami fikir waktu nak tidur dan waktu bangkit.. sekarang kami sedang berjuang, berdakwah melalui blog, lagu dan parti, jangan perasan bagus laa... cakap orang je lebih! dia tu betulnya pun tidak jugak

Oh, maafkan aku kepada mereka yang terasa, aku menulis blog ini adalah nota kepada diri sendiri, dan izinkan aku bertanya lagi, jika kamu beralasan bahawa otak letih lalu bertindak diluar kawalan buat kamu lupa pada tuhan, maka aku ingin bertanya lagi...

Dalam solat, antara ayat Al quran dan takbir, antara rukuk dan sujud, ke manakah fikiran kita melayang?

Sudah tentu fikiran akan melayan kepada perkara yang kita suka, ada yang terbayang kekasih hati, ada yang terbayang sedang menjadi kaya, ada yang terbayang tentang projek ribu ribu, ada yang terbayang tentang filem yang baru di tonton, atau sukan yang baru di tonton, dan dalam keadaan begitu, kita habiskan solat di depan Kekasih, dengan ingat pada “kekasih” yang lain..

Mungkin kerana kita ‘curang’ di dalam solat, maka Allah telah sediakan azab untuk mereka yang lalai dalam solatnya.. ooooh...

****

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….
Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku untuk mencintainya…

2 comments:

  1. kite sememang nye selalu churangs...
    isk3...sedeyh dgn diri sndiri...

    ReplyDelete
  2. jangankan ko.aku ni pun duk selalu jah fikiran melayang time sembahyang.isk isk isk

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)