Wednesday, 20 October 2010

Qiblatain

Sambil melayan Radio Malaysia Kedah yang tak habih-habih duk pokpek cari penyokong suh mai tengok bola malam ni--aku dengan rajinnya menggoogle cari qiblat finder--bukannya apa--dulu dah penah pakai kat Malaysia-tapi adik kesayangan saya lupa pula address beliau--makanya terpaksa lah cari balik

Perkara ni selalu terjadi bagi orang yang baru pindah rumah-cam aku juga-dulu dekat Jatinangor--sekarang dah mula tinggal dekat Bandung terpaksalah mengembek macam yang lain-lain kan. Takkan lah selamanya nak mengaum jek. Ikut kandang lah boss
*****
Nak dijadikan cerita sebelum cuti dulu Indonesia--negara yang aku duduk sekarang ni lah--jiran korang--diserang media katanya yang mesjid dekat sini kebanyakannya dah lari kiblat: gara-gara dilanda kejadian alam yang bertubi-tubi sangat. Harusnya ke kanan sedikit--aku tak ingat berapa darjah dia cakap--pendek kata ke Barat Laut lah [kot]--aku fail Geog--sebab tu aku selalu duk rumah sesenyap tak suka keluar--risau sesat. Dah, dah! Sambung balik-- nak dijadikan fatwa daripada Jakim dorang ni kata kiblat harus digeser ke kanan sedikit-dan dengan bangganya aku pun bergeserlah ke kanan sikit--sambil berdakwah pada teman yang tak berapa nak jadi--mungkin sebab tak berapa nak meyakinkan kut explenesen aku tuh--biasalah aku kan jahat--sapa nak dengar bila sentuh bab-bab agama ni! sob sob sob

Straight to the point--sambil tangan pencet tombol hp tukar radio-serabut sangat ah!-- dengan teknologi terkini mutakhir yang adik opah kepada makcik bapak tiri korang pun mampu memperaktikkan-apetah lagi Abang Angkasawan[tak sabar-sabar pula aku nak baca buku Sains anak aku-mesti ada nama dia nanti!]-tak payah susah-susah nak pergi cari Sijil Ilmu Falak Syariee [u noe who u r] maupun belajar baca kompas yang siyyes aku tak pernah sentuh time Pengakap dulu-- sekarang anda mampu mencari arah kiblat langsung daripada atap bumbung rumah korang!WOHA

Hah! Macamana tu ya adik-adik? Mai sini abang manis nak story dekat korang.  Huih-mai laa dekat sikit-korang bukannya cam Justin Bieber aku nak berselra sangat pun nak terkam!WOHA Serius,dah banyak aplikasi pencari kiblat diterapkan dekat laman sesawang ni-berkat orang kapir yang buat Google Earth Map segala tu--kita yang Muslim ni alhamdulillah lah boleh menyembahNya dengan hati yang makin tenang khusyu' tawadduk..

Ada banyak pilihan untuk korang pilih--antara nak tak nak je kan nak pergi buka-bukannya apa-banyak sangat peminat kat fb duk melayan lawan balas status-nanti pergi masuk web ni-lari pula mood-kan dah tak best! Takpa-takpa, abang manis ni faham. Pelan-pelan kayuh

Sungguh mudah-sangat mudah sesangat pokoknya-as long as korang tau korang tinggal kat mana [tipu la korang tak tau-Tok aku pun tau] atau dalam kata lain alamat rumah korang--kemudian tau lah sikit-sikit rupa bentuk topografi bumbung rumah korang dan 40 jiran korang-Cukup!WOHA
*****
1. QiblaLocator-siap ada jarak nak gi Mekah lagik!Tak sampai-sampai lagi ke seru tu?
Contoh kiblat rumah aku
Rumah Fared
Mesjid Sukagalih --nampak tak senget sikit?!WOHA

2.Qibla Direction-lebih besar dan jelas peta dia
Alpina--kalau tak salah lah--haha

3.AlHabib-sesuai untuk anak-anak korang yang bercita-cita nak sesat dalam hutan sebab dia ada Kompas! Turut disediakan dalam bahasa melayu dan english
Rumah Abah [Bait Qiblatain]
Makanya,kalau nak merasa dapat duit raya-set la Lintang Bujur tu dekat GPS korang - tulis situ Rumah Orang Kaya Pemurah!Lepas tu set date raya taun depan dekat kalender korang.hihi Semoga makin diberkati kehidupan kita sekeluarga dunia akherat.WOHA!
*****
Cara dia mudah saja-korang print atas selembar kertas gambar bumbung korang yang cantik ni kemudian korang masuk bilik solat-tengok arah mana seharusnya korang mengadap Tuhan lepas ni. Risau terbuat-buat lupa-korang ambil sekelumit selotep hitam tu-takkan aku nak suruh korang pow selotep sekolah anak korang yang tak seberapa tu kan-buat bentuk anak panah-lekat dekat karpet bilik tidur korang-senang sikit nak buat tahajut lepas ni! Nak bangkit gi bilik sembahyang jauh sangat lah pula kan? Aku paham. 

Tapi kalau korang memang dah keturunan terlebih rajin nak pergi kedai hardware apek Ah Chong tu gi beli plat arah Kiblat tu pun tak salah. Aiman tak kisah! Yang penting korang tak tinggal sembahyang sudah. Jangan korang gi frame gambar bumbung korang ni letak dekat sejadah sudah-kang tak khusyu' sapa nak jawab?!

Selain daripada laman sesawang ni-bagi yang ada iPhone-dorang ada buat aplikasi untuk cari kiblat juga--pakai GPS. Nokia Sony aku tak jumpa lagi..
SRi:Nak seribu daya

3 comments:

  1. Jap2,pening bace sebb byk peta.hahaha!sy rase cm kene masuk class geografi blk jek nak bace menatang neh..
    p/s taw x,syasya da start menulih diary,tajuk ke 3 dlm diary die adelah dato' angkasawan..muahahahah..

    ReplyDelete
  2. hahhahaha...nice!! tak sangka betul besaw gillaks pengaruh Dato' Angkasaawan tu dalam jiwa bebudak eyh! Perggh..kagom kagooomm!!

    ReplyDelete
  3. abg manis???woohaaa...goli den..nway nice entry..sgt b'gune..sbb nye kt hostel aku tu mcm2 kiblat semayang gwe nengok nye...

    .::zana::. awak nk kene rotan dgn cgu kalsom ke??penat beliau ajar geog..(rindu seyh..klas mcm tv pndidikan sbb bahase baku die..^_^)

    ~**abg sheikh nye gmba b'sepah dlm gobok adik aku..yg klaka ms die nk b'lepas tu..adik aku ajak kwn2 die kumpol kt luar nk tgk soyuz b'lepas..bajet cm dok kt russia..wakakaka

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)

Recento Vizitores