Tuesday, 12 October 2010

"No More Kereta Buruk", kata Proton

Menjelang Bajet 2011 yang bakal dibentangkan oleh kerajaan pada 15 Oktober 2010, Proton berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan untuk melaksanakan semula dasar kenderaan tamat hayat (ELV) dalam bajet 2011 bagi menampung industri automotif negara. Hasrat Proton tersebut dapat difahami kerana pelaksaan dasar ELV sebelum ini menguntungkan Proton apabila jumlah jualan kenderaan Proton meningkat dengan mendadak kesan pelaksanaannya. Sama ada hasrat Proton itu akan diterima kerajaan atau tidak, kita akan mengetahuinya apabila Bajet 2011 dibentangkan di parlimen nanti.

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd. (Proton) berharap kerajaan menimbang melaksanakan dasar kenderaan tamat hayat (ELV) dalam Bajet 2011 bagi menampung industri automotif negara. Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, dasar ELV itu memberi impak segera terhadap keseluruhan ekosistem seperti yang dilaksanakan menerusi pakej rangsangan setahun yang lepas.
“Kami faham ia satu proses yang mahal dan kami bersedia berbincang dengan kerajaan untuk mencari kaedah bagaimana peserta industri dan kerajaan boleh memainkan peranan,” katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri Proton di sini semalam. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Proton, Datuk Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh.
Syed Zainal menjelaskan, kenderaan lama perlu ditamatkan hayatnya apabila jumlah industri automotif mencapai peringkat ketepuan. Beliau berkata, sudah sampai masanya untuk kerajaan menyediakan pakej dan insentif bagi memastikan kereta-kereta lama yang tidak selamat dan tidak mesra alam tidak berada di atas jalan raya.
“Ini boleh dilihat di negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Indonesia. “ELV membabitkan kereta dan trak ringan yang dianggapkan sampah dan perlu dilupuskan,” jelasnya. Selain itu, Syed Zainal menerangkan, kerajaan juga perlu menyediakan insentif untuk penggunaan teknologi hijau serta geran penyelidikan dan pembangunan (R & D) untuk mempromosikan inovasi sejajar dengan Model Baru Ekonomi.
Langkah itu kata beliau, akan menggalakkan aktiviti R & D dalam negara dengan harapan teknologi itu boleh dikomersialkan.
 Petikan dari akhbar harian Kosmo, 7 Oktober 2010, m/s 51

Bagi SRi dasar ELV yang pernah dilaksanakan kerajaan sebelum ini amat baik sekali dalam usaha mengurangkan kenderaan lama yang sudah uzur dan tidak mesra alam dari terus berada di atas jalan raya. Selain itu dasar tersebut juga dapat membantu syarikat automotif tempatan seperti Proton dengan peningkatan jumlah jualan kenderaan mereka.

Namun diharapkan dasar itu tidak akan membebankan pemilik-pemilik kereta lama, terutamanya bagi mereka yang tidak ada keperluan untuk bertukar ke kereta baru. Takrif kereta lama yang perlu ditamatkan hayat juga perlu diperhalusi oleh pihak kerajaan terlebih dahulu, seperti mengambil kira umur kenderaan dan keadaan kereta itu sendiri. Seelok-eloknya kereta lama yang perlu dilupuskan berusia 20 tahun ke atas, namun seandainya keadaan kereta tersebut masih baik, pemiliknya perlu diberi pengecualian khas (jika dasar tersebut adalah wajib).

Sama seperti Proton, SRi juga mengharapkan pihak kerajaan akan melaksanakan kembali dasar ELV dan berharap akan ada berita gembira berkenaan perkara tersebut dalam Bajet 2011 nanti.
SRi:Tak tahu nak cekaw duit dari mana nak beli kereta.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)