Monday, 11 October 2010

WAJA Lancer maen Roller Coster@Genting

Ini ada berita baik buat semua yang masih sabar menantikan Proton Waja Lancer terbaru dilancarkan. Ingatkan selepas hari raya aidifitri tempoh hari akan ada pra-pelancaran, malangnya sampai hari ini sunyi sepi je. Tapi penantian tersebut rasanya terubat sikit apabila ada sahabat kita yang sudi berkongsi foto terbaru Proton Waja Lancer yang beliau bernasib baik terjumpa di Genting Highland. Khabarnya itu adalah ‘ujian jalan raya terakhir’ yang sedang dilakukan oleh Proton sebelum dilancarkan nanti. Kalau dilihat di dalam foto, terdapat dua buah Proton Waja Lancer iaitu yang berwarna merah dan putih. Sayangnya foto kurang cantik dan agak jauh.
Menurutnya yang sempat menginterview staf Proton yang sedang melepak di situ setelah penat memandu dari bawah ke atas, terdapat dua varian iaitu 1.8 dan 2.0, seperti kita semua sudah sedia maklum. Paling menarik ialah model 2.0 apabila sahabat kita tu diberitahu oleh staf Proton bahawa ianya akan mempunyai paddle-shift, auto cruise dan spoiler kecil yang sporty seperti model Persona. Versi 2.0 juga mempunyai kusyen berbalut kulit.
Dikatakan lagi bahawa Proton mengambil model Lancer EX untuk menggantikan Waja, dengan enjinnya masih sama cuma mereka menggantikannya dengan suspensi baru dan rim bersaiz 16 inci. Menurut maklumat itu lagi, division permotoran Proton iaitu R3 juga sedang membina model Waja Lancer R3. WOHA! Memang hebat, semoga model naik taraf R3 akan turut dijual selepas ini. Menurut sahabat kita tu lagi, Proton menangguhkan dulu pelancaran Waja terbaru ini kerana mereka mahu kereta itu berada dalam keadaan sempurna apabila dipandu oleh pelanggan nanti.
Proton Waja Lancer dikilangkan di Shah Alam dan akan mula dijual bermula Disember 2010. Harganya dalam lingkungan RM60k-70k untuk versi 1.8 dan versi 2.0 berharga antara RM80-RM90k. Itu kata sahabat kita tu seperti apa yang diberitahu kepadanya. Rasa murah sangat dengan harga tu, tak mungkin. Antara RM70k-RM80k untuk versi 1.8 adalah lebih logik, dan versi 2.0 pula antara RM90k-RM100k, itu baru betul rasanya. Apa-apa pun kita akan tahu jugak bila tiba hari pelancaran nanti.
Sumber : Lowyat.net
SRi:Penat tunggu launching since raya hari tu.

1 comment:

  1. eleeh..mcm laaa pas launching nk tros beli...penat tggu kunun...pffffftttt!!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)