Thursday 21 October 2010

Mistery Nusantara

Pada suatu malam yang menyeramkan, jam satu atau dua pagi lebih kurang, aku bangkit dari tidur kerana rasa pundi kencing aku sudah penuh dan meronta meminta dilepaskan hajat … lalu dalam kegelapan malam, dan kedinginan anggota peranakkan, aku terus keluar rumah lantas menyusur belakang rumah menuju jamban yang agak jauh dari rumah..

Jamban tidak berlampu,dan aku masuk ke dalam jambanpun hanya ditemani cahaya dari lampu jendela rumah.. akupun terus melepaskan hajat kecil dengan penuh kelegaan dan kesusilaan, namun, tiba-tiba..

Terdengar sesuatu dari luar jamban..

(masukkan elemen bunyi muzik menyeramkan disini)

Sambung balik, sedang asyik aku kencing.. tiba tiba bunyi binatang menegur sesuatu makhluk buat aku gelabah.., bak orang tua kata, binatang ni boleh nampak makhluk halus..

Dalam mode ‘Twilight Zone’ itu, aku memberanikan diri dengan mengintai ikut salah satu lubang-lubang kecil dari celah zink jamban itu dan alangkah terkejutnya aku… darah menyirap… jantung berdegup kencang!!!

Aku telah melihat dengan mata kepala aku akan wajah lembaga yang sangat hodoh… matanya bulat gelap, tiada warna putih, dan pipinya berkedut kedut dengan lemak yang tebal dan menggerutu..apatah lagi warna nya merah dan berbintik-bintik… makluk itu terus memandang aku siap dengan berkerdip mata..

Tak lama aku pandang dan aku terus tutup mata.. peluh jantan mengalir di badanku, degupan jantungku terdengar seperi orang sedang berlari, kesejukan malam, dan bau busuk jamban, menambahkan lagi keseraman yang mencengkam..

Sekarang, apa aku perlu buat? perlukah aku keluar dan berkenalan dengan makluk itu…? Kenapa dia juga mengintaiku? Adakan makhluk ini gay?

Bermacam macam lintasan yang menakutkan berunsur lucah terbayang di benakku..

Tapi aku beranikan diri untuk melihat sekali lagi… alang alang dah jumpa biar aku tengok bentuk badannya yang lain.. baru boleh cerita detail sebab tadi aku hanya nampak separuh dari mukanya..

Bila aku mengintai sekali lagi.. aku tengok balik matanya yang berkelip kelip itu.. sebab lubang zink jamban tu kecik sangat, aku kena gerak- gerakkan kan kepala aku untuk melihat bahagian lain makhluk itu.., aku tengok lagi betul-betul, tiba tiba makluk itu pula yang bergerak.., dan aku nampak, ya.., aku terlihat paruh seperti burung.., cis!! barulah aku tahu bahawa itu adalah ayam… tadi aku nampak separuh jer sebab screen yang kecik kat lubang zink tu..cis! dan cis!!

Ayam bertenggek di tepi para sebelah jamban daa…

Andaikanlah aku tidak melihat sekali lagi dan terus lari, maka tentu sampai sekarang aku akan cerita kisah ‘hantu bodoh’ tu pada anak cucu serta korang…oh!

Dan begitulah asal cerita hantu tersebar, korang nampak ‘kelibat’ jer terus lari sambil percaya apa yang korang nampak tu adalah hantu, padahal mungkin kain sembahyang nenek korang yang terbang dituip angin kerana korang lupa nak angkat petang tadi sebab asyik baca mastika.., apa daa..

Sama jugak kes kawan aku, belajar silat cekak Hanafi, malam akhir menuntut, lepas duduk bersila atas kain kuning, tok guru dia pesan, bila balik nanti.., jika ternampak benda pelik, jangan tegur, itu “cubaan”

Sekali jumpa dia malam tu, wajah pucat lesi, tanya: kenapa?

Katanya ternampak pocong dalam kereta Tok Ngah yang meninggal semalam..

Bila pergi menyiasat, memang nampak macam pocong duduk dalam kereta, tapi bila pergi dekat kereta, pocongpun hilang, pergi jauh ada balik, rupanya biasan cahaya.. hahaha.. illusionist semata mata..

Jadi moralnya, jika korang nampak hantu atau benda mistik, jangan terus lari, selidik dulu, jangan penakut sangat.., kalau ada bunyi pelik, pergi cari, jejak.., best apa jumpa hantu secara live? boleh cerita kat orang lain dengan penuh riak sebab berjaya jumpa hantu hidup-hidup…

Tapi cerita setakat yang aku dengar hari ni, hanyalah imbasan, asap, bunyi pelik dan setakat itulah.., itupun dah ‘perasan mistik’ konon.. lalu cerita kat orang dengan penuh riak yang korang telah nampak hantu yang sekali imbas korang tengok tapi boleh pulak ceita detail, siap dengan bilangan gigi, saiz lidah, warna tengkuk dan jenis anak mata..

Nasihat aku, Lepas ni jika nampak hantu, jangan lari, terus pergi jumpa, malulah sikit kat budak kecik dalam detective conan tu.. mana ada hantu pun.. betul tak Conan Edogawa?

Dan jika betul Hantupun, apa salahnya? tanya dia buat apa kat sini, kalau boleh dakwah sikit kehebatan Allah, kalau dia kapir, ajak masuk islam..arggh..lantak koranglah nak buat apa-apapun

Aku! kalau orang cerita hantu yang dia nampak terus lari, aku tak percaya, malahan aku cakap, suruh hantu yang kau jumpa tu jumpa aku, sebab aku nak suruh hantu tu cekik kau kerana gagal cekik kau malam tadi hahaha!!!!!!!

Sama jugak kes mistik yang lain, tengok sejadah lepek atau sejadah berdiri terus perasan mistik lalu sebarkan pada ‘pak pander moden’ yang lain sambil karang cerita mengarut, merapu dan menghina persatuan penulis skrip dunia… boleh buat mereka sertai ‘Writer's Strike’ jika cerita korang terus tersebar.. kesian..

Aku jugak tengok sejadah lepek tu, dan tak perlu aku kagum tengok benda yang dah jadi, yang dah lepek, lainlah jika depan mata aku sejadah itu bergerak gerak lalu duduk mencangkung, kalau bergerak gerakpun, aku akan buat kajian dulu baru sebarkan.. jangan cepat perasan mistik..

Habis sampai situ.

SRi: jangan biarkan diri anda diselubungi ‘perasan mistik’…

3 comments:

  1. bak kate lecturer niger aku "mana ada hentu" (bace slang omputih).."hentu etu cell or particles that combine together n become 1 entity or lembage" -->>sgt xley lupe ms klas cells n genetics...
    ~**tp kn..aku pnah nmpak..bnde putih..terbang dlm blk kt uma tok aku..hohoi..n juga cakaran kt tgkap alaa2 iklan adabi tu..lalu aku pon b'kate.."Dgn nama Allah tuhan sekelian alam...aku xkaco ko..ko pon jgn laaaa kaco aku..aku nk tido ni!!!"-->>pas2 xde lg gangguan...
    misteri kn???ehe...=P (ntah2 kucingyg cakar tgkap..yee dok??)

    ReplyDelete
  2. erm..cmne klu tgh2 drive2 kat kg batu, tiba tang selekoh tepi surau, ttbe nampak satu lembaga putih yang berpakaian jubah and serban tutup seme nampak muke ie..pastu xde muke tp nampak gigi jerrr..phuhh!!mistic gilerr kowtt =P hahahahahahahaha...
    p/s ooo, patot r hang lepak giler aritu,sy sket nyer tekezut,die bwat muke rilekss..cits,cits..and cehhhhh..terus masuk mimpi kowt pakcik tu pd malam kejadian..hahahaha!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)