Thursday, 4 November 2010

Limbad-Next Mbah Maridjan

Tetiba teringat dekat sepupu aku Alia-yang suka sangat nyanyi lagu Adira; Ku Ada Kamu bila buka Era pagi ni. Dan macam biasa-kehidupan awal pagiku memang kebanyakan dimulakan dengan benda lagha--ampon mama,satgi abang gi baca Quran eyh.

Memandangkan aku dengan bahagianya dah tak melanggan Indovision sekarang--makanya sah-sahlah aku akan berusaha mencari alternatif yang lain terutamanya pergi duduk lama-lama buka kedai gossip dengan tauke rumah makan!WOHA

Bagi yang tinggal dan peka dengan hal ehwal semasa Indonesia-mesti korang tahu kan yang Jurukunci Merapi dah pergi tinggalkan kita selama-lamanya. Aku pun bukan tahu sangat siapa Mbah Maridjan tu. Yang aku pernah sedar-dia jadi duta extraJoss Rossa tu. Yang lain gua tak tahu.

Bagi masyarakat Indonesia terutamanya warga Merapi Yogyakarta--sosok Mbah Marijdan ini sangat dikagumi dan penting dalam kelangsungan kehidupan mereka. Beliau dianggap sebagai perantara antara Merapi dan menjadi panutan masyarakat. Sejauh manakah kebenaran dan fungsinya-gua tak tahu.

Dan dalam kekalutan ketiadaan penerus jurubicara Merapi dan manusia, macam-macamlah khabar angin yang tersebar di seluruh negara siapa yang bakal mengisi tampuk kekuasaan Merapi tersebut. Berbeza dengan Melodi atau Galaksi(ni aku tak pernah tengok walaupun aku rasa cam Irma tu sangat cute.WOHA) yang hanya memaparkan seputar selebriti tanah air semata-industri gossip Indonesia yang memang tak tahulah aku nak cakap macamana-dorang akan liput segala semua jenis berita-tak kira yang jenis politik atau pun berkisarkan dunia hiburan-bila ada nilai sensasi dalam tu dorang akan kontroversikan. Kira lagi jahat daripada Melodi lah jawabnya sebab ayat-ayat dia haram gak selalunya. Banyak je berita yang dorang paparkan tu sebenarnya simple--tak bagi masalah kehidupan kat umat pun-tapi sebab dah dorang punya gaya punya cerita-tu dia mami jarum pun sakit kepala dibuatnya.

Alkisahnya-semalam tengah sedap-sedap makan, tertancaplah mata ni pada gossip yang sudah mashur di seantero Nusantara sekarang ni-Limbad bakal menggantikan kerusi Mbah Maridjan jadi Jurukunci Merapi. WOHA! Bagi korang yang tak sempat kenal Limbad ni siapa-dia adalah juara The Master 2nd Season tak silap gua-gameshow dunia magis tanpa mantera. Limbad ni memang sejak azali (since masuk The Master) tak reti bercakap-apatah lagi bila dah kena sign kontrak membisu dengan RCTi-lagilah makin jadi pendiam jawabnya- Makanya dia akan gunekan khidmat jurubicara-dan biasanya orang yang tukang cakap tu adalah daripada ahli keluarganya sendiri terutamanya bini dia sendiri. Dan kalau waktu tengah bertanding dulu-dia akan selalu bawa burung hantu dia -nama Burhan- yang besar tu sebagai teman.

Mengenai kelayakan Limbad sebagai jurukunci Merapi banyak yang persoalkan. Alasan paling popular kerana dia bukan asal muasal daripada kawasan Merapi- tapi dia ada darah Jawa. Namun kelebihan Limbad yang memang daripada awal lagi agak horror menjadikan faktor spiritualitasnya menjadi andalan. Mana tak nya-nak bercakap dengan gunung kot. Haruslah main "hati" ke "hati", bukannya kita boleh SMS je--gunung mana reti main i-Phone!

Tapi itulah hakikatnya Indonesia. Masih terbelenggu dengan kejahiliahannya. Waktu ramai-ramai artis diwawancara mengenai kepergian Mbah Marijan dan peletusan Gunung Merapi-bagi aku Sule yang paling bijak berkata-kata beragama jawapannya;Kun Fayakunn--Allah kata jadi-maka jadilah! Yang lain-Subhanallah. Sedih rasanya duk dengar. Sebab tu aku tak berapa nak minat dengan TV Indon ni--tak membina langsung isi kupasannya.
Aku tak tahulah apa gunanya Jurukunci Merapi ni. Nak kata dia boleh pujuk gunung tu supaya tak meletus-entahlah-aktif jah aku tengok. Makin berkepul-kepol adalah. Nak kata dia yang tolong jaga jalan-aku tak pernah lah pula dengar Mbah Marijan ni pergi buat cantikkan jalan Merapi tu nak bagi orang semua mudah nak naik pergi. Nak kata Jurukunci ni  boleh ramal-aku rasa banyak lagi teknologi luar sana yang jauh lebih akurat boleh ramal dan tafsir kesehatan gunung berapi tu

Namun inilah uniknya Indonesia--kekentalan seni kekhurafatan kejahiliahannya menjadi tarikan orang luar untuk datang menjengah. Setiap tempat pasti ada sejarah mistisnya. Sedih bila dengar sampai orang muslim sendiri yang memuja-muja--syirik tak bertempat - tak bergantung pada yang Esa lagi akhirnya. Sanggup bermohon kepada setan, batu nesan untuk kesejahteraannya. Nauzubillah~

Entahlah labu--aku pun tak tahu apa yang aku rapikkan pepagi ni. Sebelum ayat makin tunggang langgang dan makin jauh meracau--baik aku chow pergi dapur telan Coco Crunch dulu. Wassalam...
SRi:Limbad ni "bisu".Kalau dia jadi jurukunci-confirm ke apa yang ditafsirkan tu betul-betul daripada kepalanya-tak bercampur baur dengan pemikiran sang transltornya.gulp karot betul!

10 comments:

  1. Hahahahah...orang baru dengar cite ni smalam dr Pak ARief..hengatkan die auta jek cite men blasah tipu sebb orang xmo tolong die smalam..upenye wujud manusia neh..adoyaii..

    ReplyDelete
  2. hahahhaha.x bek bsangke burouks kat orang. X)
    btw-yg pak arif citer tu limbad ke mbah maridjan tu??hahhahahaa

    ReplyDelete
  3. limbad m'ingat kn aku pd simbad...hehe
    (ade ketan kah??) ttbe jek...

    ReplyDelete
  4. hohohoooe..sangat!!ko xtaw ke yg simbad tu sebenarnye limbad di donia yg nyata ni?hahahha

    ReplyDelete
  5. ko jgn tipu aku muhd anip...
    simbad pd aku adelah sorunk yg hensem..
    bkn nye rambot ketak2 mcm limbad...hehe

    ReplyDelete
  6. hahaha..dah2,sy dh mintak maaf dah..ikutkan dlm sehari selang sejam kene minta maaf ngan die sebb bergadoh sepanjang ari ngan org tua tuh...Ntah..org xpay attention lgsg kat cite die..watak2 dalam cite pon den tak layan..simbad ke maridjan kew..lantakk..

    ReplyDelete
  7. helloow--rambot ketak cam abg nass melodi tue howkeyh!!hahahha

    haha.tu laa orang kate suh carikk sorang jadi ur su-tukang jurubicara xmaw dengar.kalu x-mesti xsah tetiap hari haruss mdengar bliaw membebel spnjang hari.haha

    ReplyDelete
  8. haaalaaah...
    tu mmg abg rambot ketak pon..
    eleh kate org ko tu..str8 sgt rr rmbot ko???
    ketak jugak kn?? HAHAHAHAHAHAHA .::evil grin::.

    ReplyDelete
  9. sape kate rambott aku straight??haha

    ReplyDelete
  10. sape yg kate??xde sape...
    org buta pon xkn kate rmbot ko straight...pffftt!!
    ^_^

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)