Saturday, 18 December 2010

10 terkaya Indonesia

Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan rezeki semuanya dijamin Allah. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)
Surah Hud : 6.
 1. Robert Kuok, RM42.76 billion
2. Ananda Krishnan, RM27 billion
3. Tan Sri Lee Shin Cheng, RM11.92 billion
4. Tan Sri Teh Hong Piow, RM10.86 billion
5. Tan Sri Lim Kok Thay, 55. RM10.38 billion
6. Tan Sri Quek leng Chan, RM7.09 billion
7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, RM6.01 billion
8. Puan Sri Lee Kim Hua, RM4.4 billion
9. Tan Sri Tion Hiew King, RM3.5 billion
10. Tan Sri Vincent Tan, RM3.29 billion

Mengikut sebahagian Ulama Islam adalah menjadi kesalahan apabila manusia bekerja, berusaha atau berniaga dengan niat untuk MENCARI rezeki. Berdasar ayat 6 surah Hud telah nyata bahawa setiap rezeki manusia telah ditetapkan oleh Allah. Niat yang sebenar untuk setiap kerja dan usaha manusia adalah untuk MENGUNDANG rezeki.

Manusia perlu menyediakan diri menjadi seperti magnet yang mempunyai daya tarikan yang boleh mengundang bermacam benda untuk melekat kepadanya. Begitulah caranya bagaimana 10 orang terkaya di Malaysia terus menjadi kaya di kalangan warga Malaysia. Mereka berusaha siang dan malam bukan mencari rezeki tetapi mengundang rezeki yang memang sudah ada di keliling kita.

Antara cara untuk mengundang rezeki yang diamalkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang merupakan billionaire termuda di kalangan 10 adalah dengan terus banyak memberi. Hidup untuk memberi terutamanya kepada warga miskin daripada bentuk sosial-pendidikian-bantuan ekonomi telah beliau amalkan sejak sebelum beliau menjadi billionaire lagi. Hasil ketaatan kepada nasihat ibunya--sehingga kini dia masih bahagia menjadi semakin kaya.


Jangan kedekut untuk memberi. Ikhlaskan hati. Insyaallah Allah akan membalasnya nanti. Dan bila kita sebut soal ikhlas--jangan ada apa-apa terniat dalam hati menginginkan balasan nanti--buatlah semua ini kerana Allah SWT semata-bukan kerna yang lain. Tak pepasal sia-sia saja nanti kalau timbul rasa riak dalam diri.

 Selain mengamalkan kehidupan untuk memberi, Nabi SAW juga dah ajar kita supaya Solat Dhuha setiap pagi. Mengamalkan bacaan Surah Al Waqiah setiap hari juga mampu menambahkan lagi kekuatan daya magnet yang bakalan mengudang rezeki kita esok hari. 


Tidak mustahil langsung suatu hari nanti Anda akan tersenarai dikalangan 10 orang terkaya di Malaysia kerana Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary juga bermula dari seorang yang tiada apa-apa.

Senarai 10 terkaya Indonesia ini mengikut sumber majalah Forbes Asia keluaran Disember 2010.

1. R. Budi dan Micheal Hartono/Banking/$11Billion
2. Susilo Wonowidjojo/Tobacco/$8Billion
3. Eka Tjipta Widjaja/Palm Oil/$6Billion
4. Martua Sitorus/Palm Oil/$3.2Billion
5. Anthoni Salim/Diversified/$3Billion
6. Sri Prakash Lohia/Polyester/$2.65Billion
7. Low Tuck Kwong/Coal/$2.6Billion
8. Peter Sondakh/Investment/$2.4Billion
9. Putera Sampoerna/Investment/$2.3Billion
10. Aburizal Bakrie/Coal/$2.1Billion

Seperti juga Malaysia majoriti 10 terkaya Indonesia dikuasai oleh usahawan berketurunan Cina.
SRi:Pernah tonton perkahwinan anak Lakshmi Mittal.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)