Wednesday 15 December 2010

EH! First Lady

Wanita Pertama Syria, Asma Al Assad jelita, langsing dan uhhh speechless. Menikmati keindahan Louvre Museum seraya mengenakan chain necklace dan berkaca mata hitam. Siapa percaya beliau ibu kepada dua orang anak? Anggun.

Isteri Presiden Uganda, Jana Mus tampak ringkas dengan motif Sseko, mungkin elok lebih bergaya dengan sash; sementara Azam Al Sadat Farahi, isteri Presiden Ahmadinejad tampil yakin, dengan fesyen 'berbungkus' tidak lemau terdedah. Dagunya ditutup mematuhi syariat. Cadur lambang busana wanita ingin ke syurga, two thumbs up!



Gursharan Kaur, isteri Perdana Menteri India tidak ragu mengenakan sari. Ravika biru bayi dengan nivi warna krim bersulam ala-ala dalam catan Raja Ravi Varma. Meski sudah berusia dan beruban, ia bukan halangan untuk tampil elegan. Gursharan Kaur membuktikan isteri Perdana Menteri boleh akrab dengan Puan Obama seraya kelihatan seksi tanpa perlu menyuntik botox, melakukan pembedahan hidung, liposuction dan mewarna rambut.

Isteri Emir Sheikh Hamad Bin Khalifa al-Thani, Sheikha Moza Binti Nasser al-Misnad bergaya melampau dan lantang dengan hijau daun, kelihatan sendat dan sesak nafas. Padah dilimpahi duit minyak. Sementara isteri Setiausaha Agung PBB Ban Ki-Moon iaitu Yoo Soon-Taek sedar diri sudah tua, muncul ringkas bagai wanita Korea aristoktrat. Wanita Pertama Mesir, Suzanne Mubarak, menyarung Prada dengan skirt warna cerah berserta blazer. Tidak ketinggalan rantai berurat besar, camisole gelap, skaf nipis membalut tengkuk dan tentu dark sunglasses untuk melindungi riak matanya yang berkaca mengenangkan penderitaan wanita Gaza. Di tengah bahang panas, Suzanne bijak berbusana, simple dan memilih aksesori 'that speak for themselves'. Bravo.

Siapa kata berhijab tidak stylo? Emine Erdogan meski berisi dan berlipat tetap berani dengan gaya kavakci couture, tidak hairanlah isteri jeneral-jeneral tentera sekular di Turki berasa tergugat. Mekap nipis disolek di wajah supaya kelihatan setanding dengan Puan Obama.

Ya, siapa tidak kenal Bruni-Sarzokzy sebagai ikon fesyen. Sebagai bekas model yang pernah berbogel tidak sukar untuk beliau menampakkan citarasanya. Tidak pasti mengapa beliau harus meliuk tubuh sedemikian tiap kali. Gaya wanita Perancis yang menggemari Dior. Tidak hairan suaminya mengharamkan burqa di Perancis.

Ini dia tête à tête buat Bruni-Sarzokzy. Gaya Wanita Pertama Amerika nan kulit hitam. Perhatikan faux pearls; tali pinggang pelbagai saiz menjadi ‘essentials’. Michelle bijak menggandingkan accessories sesuai dengan ketinggian dan bentuk tubuhnya. Mujur tubuh beliau tidak berbentuk nangka. Kini Puan Obama dikenal sebagai fashionista menyamai Jackie Kennedy Onassis. Sentiasa ceria berwarna warni.

Azam Al Sadat Farahi mengiringi Ibu Ani Yudhoyono, Wanita Pertama Indonesia yang tampil bersahaja, dengan selendang hitam dan kurung merah darah pekat. Sangat kental dengan jiwa tradisi kenusantaraannya. Tidak kekok membawa budaya negara untuk ditonjolkan kepada dunia

Kumpulan Wanita Pertama dari negara-negara G-20. Bukan kumpulan Wanita Pertama yang hadir di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dari kiri Ban Soon Taek, Chikako Aso, isteri Perdana Menteri Jepun, Laureen Harper, isteri Perdana Menteri Kanada, Gursharan Kaur, Michelle Obama, Wanita Pertama Korea Selatan Kim Yoon-ok, Sarah Brown, isteri (mantan) Perdana Menteri Britain, Margarita Zavala, Wanita Pertama Mexico, Svetlana Medvedeva, Wanita Pertama Rusia, Emine Erdogan, Margarida Barroso, isteri Presiden EU, Therese Rein, isteri (mantan) Perdana Menteri Australia Kevin Rudd, dan Dr. Pimpen Vejjajiva, isteri Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva, bergambar di Royal Opera House, Covent Garden pada April 2 2009 di London, England (sumber foto di sini). I know, i know, someone missing.hehe

Sadly, kita tiada Wanita Pertama untuk ditampilkan, tetapi berbanggalah kita mempunyai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Daulat Tuanku! Foto terpapar adalah mantan Raja Permaisuri Agong Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid dari Perlis Darussunnah, anggun! Daulat Tuanku.
SRi:Suka dengan tatacara selera berbusana Tuanku Nur Zahirah
Kredit:FT

No comments:

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)