Pagi ini SRi nampak kelibat Abah dalam dirinya. Dia yang mengajarkan pekerjanya acuan komposisi struktur bahan yang harus diaduk bersama,mengingatkan SRi pada Abah yang tak kenal jemu menunjukajarkan bawahannya dalam setiap kemahiran pekerjaan. Cuma dia bukan Abah. Tiada gelak tawa antara mereka, tiada sengehan lucunya pada riak mandur itu. Semuanya berlalu dalam suasana tegang dan serius.
Abah bukannya orang biasa. Dia sangat luar biasa. Ke mana saja dicampak pasti dia kan tiada berseorang. Pernah dulu ketika majlis tahunan Maahad Kak Nurul, dia duduk bersama golongan VVIP makan bergelaktawa bersama meskipun tiada seorang pun teman Abah di situ. Ke Kompleks Kerajaan mahupun Pembangkang, selalu saja ada yang menyapa dan disapanya.
Tak kurang juga di majlis keagamaan, jika mahu mencarinya, lihat sahaja di mana ada golongan Al-Fadhil Ustadz duduk bersila, pasti dia kan berada di kalangan mereka meskipun dia bukan sesiapa namun itulah Abah yang sangat senang berteman. Sambil menyalin, jika dia terlebih rajin, akan ada lakaran lukisan atas coretannya.
Abah, di mana saja dia berada; senyuman tak pernah lekang dari wajahnya. Meskipun penat lelah mengajarkan bawahannya menggodek ramuan rahasia, mengecat rumah; sengeh yang menampakkan gigi taringnya pasti kan tak luput dan SRi juga sudah lupa bagaimana kelibat seriusnya. Abah marah? Jauh panggang dari api. Dia memang gagal dalam hal ini. Akhirnya pasti kan jadi bahan ketawa kami sekeluarga. Terusnya dia merajukkan diri mencari teman dibawa belanja minum kopi..
Abang rindu Abah.. Moga hidup kita sekeluarga makin bahagia dan ceria selamanya~
SRi:Dah lama tak pow duet abah gi tengok movie!! XD