Sunday, 6 December 2009

soup around d corner

Adakah anda pernah pening sebelum ini setelah menghirup kuah yang bergelar SUP? hah,malam ini perkara yang disebut orang yang selamani SRi tak percaya kebenarannya telahpun dan sedang berlaku pada SRi. Dalam kata lain, ketika SRi mencoretkan entry kali ni, SRi bukanlah dalam keadaan sihat walafiat seratus persen!hihi

Kita pendekkan cerita sebab SRi pun seperti dah tak larat nak tahan mata yang dari tadi terus menerus ajak berbaring menenangkan kepala yang sedang berpusing-pusinganni, di sini SRi sertakan bagi sesiapa yang berminat nak belajar dan mempelajari cara-cara nak memasak sup tulang yang simple ni!

Bahan-Bahan:
Bahan A :
1.5 kg tulang lembu (bahagian rusuk dsb)
- dicuci hingga bersih dan toskan
2 inci halia - diketuk
1 sd besar lada hitam - ditumbuk
1 sd teh garam
1 sd besar gula
5 liter air

Bahan B (Tumbuk bersama) :
1 labu bawang besar
7 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sd besar jintan manis
1 sd besar lada hitam
5 ulas bawang merah

Bahan C (Rempah Tumis):
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
7 biji cengkih
4 biji buah pelaga
1 labu bawang besar - dihiris halus

Bahan lain :
4 biji kentang - potong 2
2 btg lobak merah - hiris kasar
3 biji tomato besar - dibelah 4
¾ cawan minyak
2 bunjut rempah sup tulang
3 sd besar sos tiram
2 sd besar sos ikan
1 sd besar garam (atau secukup rasa)
1 biji limau nipis diambil jus

Prosedurnya
1. Masukkan tulang-tulang yang telah siap dibersihkan ke dalam periuk besar bersama bahan-bahan A yang lain dan didihkan dengan api yang kecil.
2. Jangan lupa buang minyak dan buih-buih yang terapung untuk mengurangkan kandungan rasa darah dan lemak di dalam sup.
3. Setelah agak mendidih dan daging pon dah mulai megempukkan diri,di atas pan lainnya, tumis bahan C sehingga agak garing. Kemudian dicampurkan dengan bahan B yang telah siap sedia ada dikisar atau ditumbuk dan tumis sehingga bau wangi semerbak.
4. Masukkan hasil tumisan tersebut ke dalam sup yang sedang menggelegak kepanasan. Godek-godek agar sebati
5. Masukkan bersama 2 sup bunjut
6. Lebih kurang 30 minit kemudian, masukkan sos tiram, sos ikan dan garam sambil mengacau agar serata. Jangan lupa rasa sekali.
7. Setelah sekian lama menanti, masukkan pula potongan kentang, tunggu sehingga empuk
8. Setelah empuk, masukkan hirisan lobak dan daun sup. Didihkan 10 minit, masukkan daduan tomato
9. Setelah berpuas hati dengan sup anda, tutup api.
10. Tuang jus limau rata-rata dan kacau agar sebati.
11. MAKAN!!

SRi:Gearbox memang bahagian yang paling TERBAIK! ~zZZ

4 comments:

  1. atokkkkkkkkk..*nada cute*

    buatkann..hehehe

    ReplyDelete
  2. ad kat dappow lagik,baru jerk tambah tulang tadi! x segan,mai r umah!! XP

    ReplyDelete
  3. woooooo!!!lemak..lemak....
    mau nye xpenin..BP nek sbb minom sup...
    say no tu gearbox!!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)

Recento Vizitores