Friday, 18 December 2009

Salam Maal Hijrah


Satu muharam detik permulaan
....satu muharraaaam
perkiraan tahun Islam Hijrah
Islam hijraaaah...
perpindahan nabi dan umat Islam
uuuu uuuu wuuuuwuuuwuu...
dari kota Mekah ke kota Madinah
ila akhir~

Pernah dengar nasyid ala-koir sambil diiringi gersikan piano? Gegendang telinga warga Sek Keb Gombak Utara mungkin pernah bergetar menikmati keindahannya. Diajar langsung oleh The Master of Music, kami membina satu lembaran sejarah dalam industri lapang pendidikan negara. Bersama Teacher Nirmala yang bukan main bersungguh-sungguh cuba nak sebut Allah; sememangnya memori yang tak terlupakan.

Berapa ramai yang dah rasa berputus asa, tak mau join dah. belajar Setiap hari, ada ja yang meleleh air mata teresak-esak gara-gara diherdik!  Mulut tak bukalah, bibir tak lebarlah, senyum tak bagilah, semuanya jadi modalnya tuk ciptakan masalah dan timbulkan amarah. Namun semua itu akhirnya terbalaskan dengan pengalaman sememangnya manis tuk dikenangi. Nice.. Thank you very much Teacher for a very great experience! We Love You wherever You are and to all Seniors dekat Hillcrest, thanx coz always support and guide us to look not stupid when perform the choir!

97-99 sememangnya zaman kegemilangan seni suara bagi SKGU dan SRA Sg Chinchin. Jangankan cuma bidang nyanyian, debat dan alunan Quran juga tak kurang hebatnya. Cuma mungkin kerna masih belum kuat, tak pernah lagi kami jejakkan kaki ke peringkat tertinggi, KEBANGSAAN. Semuanya paling tinggi cuma takat negeri. Selalu juga kami bandingi dengan Perlis yang khabarnya mudah sekali menjengahkan diri ke darjat paling tinggi! sigh

Pernahkah SRi menipu ketika bertanding? Yups,pernah! Waktu itu pertandingan solat jemaah. SRi storykan di sini sedikit latar belakangnya. Skema pertandingan seperti biasa telah diberitahu awal-awal lagi iaitu pertandingan diuji berdasarkan mutu persembahan individu dan perkumpulan, bacaan tajwid tartil imam, ketepatan waktu nak masuk sembahyang; bila makmum kedua masuk, tepuk makmum pertama ajak masuk barisan ke belakang, makmum join solat waktu rukuk dll sampailah join ketika imam dah tahiyat akhir; seterusnya kualiti azan yang dilaungkan dan doa yang didendangkan.

Nak dijadikan cerita, SRi pun tak ingat siapa yang mastermind; mungkin SRi sendirilah kut yang tukang cadang *Well,bab2 keji nie memang I agak terkehadapan!* [tapi skali nie je kot kitorg buat cengginie sebab tak berape prepare mane..hehe] Kami tukar no giliran masing-masing. Kalau ikutkan tugasan asal, SRi kena jadi Imam, tapi sebab SRi tak hafal doa dan surah-surah yang cambest, SRi bagi dekat Ibrahim! SRi amek bahagian yang masbu' time rukuk tu. Yang paling best tu, kitorang bagi Sulaiman jadi Muazzin! Pergh, memang bergegar habislah Masjid As-Syakirin Batu 6 tuh! Terasa zou' kenikmatan kelunakan laungan azan yang digemakannya! Ustazah kami pun senyum bahagia bila mendengarkannya.

Alhamdulillah, dipendekkan cerita kami dapat Naib Johan. "Fuuh,syukuuur!"ujar SRi dalam hati. Nasib baik kawan SRi tu tak buat sujud sahwi sebab dia tak baca doa Qunut [tu laa, tak datang lagi training] kalau tak konpem dapat johan kemudian rasa cam bersalah dekat sekolah yang lain sebab untuk ke peringkat seterusnya, dorang hantar johan jah.. Baik kan saya?hehehehe

Tapi itu semua kisah lama, hari ini pun kita dah menjengah masuk ke tahun baru, mengulangi detik permulaan kegemilangan Islam secara terang-terangan ke 1431. Meskipun banyak pendapat yang mengatakan bahawa umat Islam bukanlah berhijrah pada 1 Muharram, namun yang pasti; kita sebagai hamba Allah yang menganuti ajaran yang telah disampaikan Rasulullah SAW haruslah sentiasa melihat ke hadapan, memajukan diri bukannya makin terkebelakangkan jatidiri. Bersamalah kita menjadi hambaNya yang hari ini jauh lebih lebih baik daripada hari semalam, dan hari esok sudah pasti kan lebih baik daripada apa yang kita kerjakan ketika ini. InsyaAllah~

Salam Maal Hijrah ke-1431 daripada kru produksi kerabatASTANA. Semoga kita makin dekat kepadaNya, dirahmati segala tindak tanduk dan dipermudahkan segala pekerjaan kita sehari-hari. Selamat Tahun Baru, Maaf Zahir Batin =)

Hijrah Itu Pengorbanan *Pengorbanaaaan
Hijrah Itu Perjuangan *Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan  *Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan *aa aaaa aaaaan

Oleh Itu Mari Semua [sambil buat marching]
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zammaaaaannn....
HIJRAH!! *creeeeeennnnggggg..munyik drum* [nasyid kitorang hebat kan?hihi]


SRi: Ulangtahun bukanlah tuk kita raikan berhuhahoohasukaria gila-gila. Tapi seharusnya sebagai peringatan bahwa betapa banyak bebanan dosa yang dah kita hangkot bersama dan betapa tipis masa tuk kita kembali menebusnya~ 
Renung-renungkanlah dan Selamat beramal!

5 comments:

  1. nasyid la penyelamat aku masa sekolah rendah agama dulu..
    die tanya apa maksud hijrah..
    aku tulis lirik ni panjang2..
    bijak tak aku? dpt full mark tu..keh3..

    selamat tahun baru..=)

    ReplyDelete
  2. full mark??gilaaks r loe! perg,msti padat betol kow nyew jokpan tuh! tahniah3~

    *apsal aQ xdek org pnah tanye soklan camtue hah exam?hahahah

    ReplyDelete
  3. waaargh...
    t'kenang zaman skolah rendah...
    pg p'tandingan smpena maal hijrah...
    tiap2 thn team nasyid skolah akn nyanyi..

    **maal hijrah..
    mnyingkap sejarah..
    kisah p'pndahan nabi muhammad..
    dr kota mekah..
    mnuju..ke kota madinah...
    untuk mnyelamatkn....
    islamm...dr d tindas...

    d tgh mlm..
    rasul b'jln..b'sama abu bakar mnjd teman
    d dlm gua tsur..
    mereka b'sembunyi..
    musuh mncarinya..tiada b'jumpa...

    tibaaaa..d madinah..
    d sambut..dgn meriah...
    seluruh mukmin b'syukur..dan gmbira..
    selamat lah islam dr kekejaman..

    ~**walaaaaa..aku boleyh ingt..ahaaaks2
    tp ms drjah 6 dh bkn team nasyid...
    den kene msk kuiz...uhuk
    knangan t'indah smpai pringakt negeri..
    lawan laak kt skolah mak aku...
    segan sunggoh...
    xdpt g kebangsaan sbb dpt 2nd..huhu

    alaaaaa..rindunye zmn dlu..isk3
    btapa aku dh besar...

    ReplyDelete
  4. pergh...nice~ aQ pon x bley nak hewngat lagu2 yg aQ duk happay dulue! stakat nk tibai korus jah bley laa kowt.. tpi klu full?? ngaaaaaaaa

    kan,dah 10 tahun dh hah blaluuu~ sebbek kkanak sek ren aQ stil ramai g yg kontek! xde lost sgt klu blk gombak cuti2!

    btw,takziah laa tok kow eyh tora atas bende yg blaku tadi.. moge2 ko dpt blajar ssuatu yg leh bg impak lbih luarbiasa tuk keselamatan d masa depan..
    *mgkin tue carenye Allah nk hapuskan dose2 kitew kowt.. :D take care yaa dear~

    ReplyDelete
  5. lagu tu aku ingat sbb tiap2 taon kot bawak...
    ahaaaaks2
    tau xpe..dh 10thn b'lalu..
    rindu nye..
    same laa kite..
    still contact tp...stil xdpt jmpe..
    pas ni lg laaa xjmpe bile family den dh pndah baling...

    thanx ji..
    aku masih memekirkn ape yg dpt aku blaja dr musibah t'sebot..huhu
    mudah2an mcm ape yg ko ckp tu...
    aku dh jd t'lampau alert skang..
    dgn brg2 aku n brg2 org len jugek..
    (nk p luah perasaan kt blog jap)hihi...
    thanx again!!u 2 take care eyh jii**

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)