Thursday, 29 January 2009

TRiSOME??

Dun wory,post kali nie masih di bawah level "U".. Sesuai untuk TATAPAN UMUM.. Mm,Sri hari nie nak bawa kalian berkelana kejap, relax relax minda, tenangkan fikiran segala.. Korang semua mesti dah taw dah kan yang Proton nak bawa keluar kenderaan MPV (Multi-Purpose Vehicle) mereka yang pertama.. Gambar MPV tue pun dah tersiar dekat paper kelmarin! Gussip-gussipan yang sempat singgah d'telinga Sri bisik MPV ulung negara tue nama dia CHERY! [cam comel sangatlaa plaks..huhue] Sejauh mana kebenarannya, terpaksalah kita tunggu April nanti yea!! [harap-harap Proton tak plan April Fool dah laa..hihi]
Mitsubishi Grandis - 2006

MPV Pertama Proton "Cherry" -2009

Toyota Wish -2007

Mm, ramai yang kata anak emas Proton terbaru nie macam toyota Wish! Kalau tengok betul-betul pun memang mirip sangatlaa!! Kalau nak kate kembar pon, rasenya memang takdela keterlaluan sangat kot? Silap-silap baru keluar sebulan, dah ada orang gatal-gatal buang lambang Proton tue, ganti dengan Wish nye logo laks!hahahhaaha Mm,tapi apa kata anda pula?hihi [macam buat kuiz apa kata survey laks!huhue]

Jika kita renung-renungkan dengan cermat, rasanya cuma Saga zaman Tun Dr Mahathir ajelaa yang memang betul-betul Made In Malaysia designnya, tiada yang sama dengannya.. [tapi Sri tak taulaakan kalau korang penah jumpe dekat Jopun ke, Brazil design kereta macamtue] Sekarangnie, kereta-kereta buatan negara kita semuanya mesti ade yang celup-celup sana sikit, cicah-cicah sini sikit! Kekadang tu memang saling tak tumpah dengan kereta yang ditirunya tu! [mungkin sebab kontrek dengan syarikat asal tue memang nak macamtu gamaknya..huhue]

Korang masih ingat tak masa ujibakat Malaysian Idol dulu, Paul Moss pernah cakap yang orang Malaysia nie memang tiada originality, semuanya suka tiru sana sikit, cedok sini sikit, ubah ubah sikit, then dengan megah bangganya mengaku itu adalah ciptaan dia yang punya! Tapi yang gempaknya, hasil yang dipersembahkan tu memang betul-betul mantap laa! Itu yang kita hebat tue! Kira dalam kata lain, Malaysian is the Excellent Copierlaa!hahhahahhaa [macam mesin potostet COPA laks..hihi]

Apa-apa pun sesamalah kita menyokong produk keluaran negara yea adik-adik. IC kita pon dah tempatan, so kenape nak malu-malu laks dengan barangan tempatan? Sedangkan Tok Tok Arab tue suma dok bangga dengan Proton, kereta buatan Negara Islam, mengapa pula mesti kita yang katakan tidak? Mm, sendiri fikir laa yea... daa~

SRi: Dah lame sangat tak sentuh kete Volvo tuh!Mm,ade peluang lagi ke Kak Nurul?? hahhahahhaha

Sunday, 25 January 2009

Si Luncai Terjun dengan Labu-Labunya

1. Walaupun tanpa data statistik, pengamatan secara rambang yang dibuat atas terminal KLIA dan LCCT dapat kita rumuskan bahawa LCCT lebih sibuk serta aktif berbanding KLIA. Selaku airline tambang murah, Airasia seharusnya memerlukan kemudahan prasana yang boleh menjamin matlamat asas mereka berdasarkan 'tagline' syarikat, 'Now Everyone Can Fly'.

2. Pembangunan KLIA-East di Labu,N.Sembilan semestinya satu strategi syarikat jangka panjang bagi menampung trafik yang semakin tinggi. Pembesaran terminal LCCT sekarang sudah pasti tidak mungkin dapat membantu pertambahan trafik di masa akan datang. Malah secara umum, Airasia sememangnya memerlukan sebuah terminal LCCT yang baru.

3. Walaubagaimanapun, pemilihan lokasi di Labu bukanlah suatu yang strategik. Ini disebabkan oleh kedudukannya yang amat berdekatan dengan KLIA dan pengawasan serta pengurusan trafik udara akan menjadi sukar dan ianya hanya akan meningkatkan ‘prone level’ kepada kemalangan udara. Malah, pelan pembangunan KLIA yang boleh menampung sehingga 5 landasan serta 6 terminal satelit secara otomatik tidak memungkinkan pembangunan KLIA-East ini.

4. Selain itu, pembinaan KLIA-East ini akan memberi dampak yang besar kepada pencemaran udara negara. Pembangunannya juga akan menyebabkan ‘realignment of waterways’, suatu keadaan yang bakal menyumbangkan kesan serius terhadap aktiviti lainnya. Tidak saja pada indeks pencemaran sahaja, sektor peladangan seperti kelapa sawit pasti akan turut terjejas. Pengambilan tanah-tanah ini akan menambahkan lagi kemerosotan penghasilan industri pertanian negara.

5. Walaupun pembangunan KLIA-East secara keseluruhannya akan ditanggung oleh pihak swasta, tetapi operasinya secara tidak langsung akan ditanggung juga oleh kerajaan. Kerajaan perlu menempatkan agensinya seperti kastam, imigresen, polis, bomba, bebanan kawalan trafik udara dan sebagainya. Sekiranya, Airasia menanggung kos perbelanjaan keseluruhan operasi ini, sudah tentu tidak semua orang boleh terbang dengan Airasia lagi.

6. Airasia perlu duduk serta berbincang dengan MAHB bagi mengekploitasi pelan perancangan KLIA. Tidak ada gunanya kita mempunyai kemudahan bertaraf dunia sekiranya trafik udara di KLIA amat sedikit sekali. Kita amat jauh ketinggalan dari jumlah penumpang dan trafik udara sekiranya dibandingkan dengan Changi Airport dan Suvarnabumi Bangkok. Sekiranya kos yang tinggi dikenakan kepada ‘airline’, maka trafik udara akan berkurangan dan pendapatan akan melebihi 'capex', maka wang rakyat yang banyak diperlukan lagi bagi menampung segala kerugian.

7. Malah, sebahagian dari pembangunan KLIA juga boleh di gunakan sebagai hub bagi penerbangan tambang murah di rantau ini dan secara langsung memangkin pertumbuhan KLIA itu sendiri. MAHB seharusnya bersedia menerima anjakan paradigma ini, sekurang-kurangnya bagi pelan jangka pendek bagi menampung kehilangan pendaratan syarikat penerbangan besar yang lain seperti British Airlines dan lain-lain.

Sri:The existing airport LCCT and KLIA should be fully utilized first before building a new one. KLIA should be more flexible with the leasing and licensing.
You Don't Have To Be Soldier To Love You Country
HEROES.08

Saturday, 24 January 2009

Who are the JEWS?

1. Christian Brog (1948) di dalam bukunya ‘ Who are the Jews?’, menerangkan bahwa istilah ‘Yahudi’ bukannya suatu bangsa kerana ada pengikut agama Yahudi berasal dari keturunan Semitik (Arab dan Bani Israel), Caucasian, Turks atau Mongol.

2. Kini, ada 2 kumpulan utama iaitu Sephardin yang pernah menjadi penduduk di Sepanyol dan Askenazim yang termasuk bangsa Rusia, Jerman, Baltik dan Polish yang berhijrah ke Barat Utara Khazaria.

3. Kebanyakan Yahudi Zionis yang berhijrah ke negara Israel bukannya daripada keturunan Semitik, tetapi keturunan Khazaria.

4. Gerakan Zionis bukanlah anjuran keturunan Semitik iaitu keturunan Nabi Ibrahim yang termasuk keturunan Arab melalui Nabi Ismail dan Bani Israel melalui Nabi Ishak.Sebaliknya mereka itu adalah daripada keturunan bangsa Mongol-Tarta yang memeluk agama Yahudi pada tahun 740 S.M

5. Yahudi Semitik adalah mereka berketurunan Arab dan mereka yang pernah tinggal di Sepanyol.Oleh itu dakwaan Zionis bagi tanah Palestin sebagai tanah lahir mereka adalah suatu tipu daya.

6. Menggelar penentang mereka sebagai anti-Semitik juga tidak kena kerana anti-Semitik membawa erti anti-Arab, sedangkan penentang utama Yahudi Zionis adalah orang Arab warganegara Palestin yang diusir secara paksa dan dizalimi mereka.

Wallahua’lam

Wednesday, 21 January 2009

Why Student shud SLEEP MORE??hihi

If anyone try to attempt an all-night study session, better just go to sleep. Research done by the University of Liege in Belgium suggests a good night’s sleep after solid study enhances recall.

Researchers asked volunteers to learn the layout of a virtual town adapted from a computer game. Brain scans of these volunteers during sleep after their study showed higher activity in the hippocampus - the brain learning center, higher than in a control group who had not studied.

The researchers then tested the learners' knowledge after the sleep session and found that there was a direct link between performance and the level of brain activity during sleep. The result provide critical evidence that hippocampal activity during sleep correlates with the improvement in memory performance.

So get enough sleep, they will improve your memory and give good memory recall to you. This could be a step to good result. Bye :)

SRi:nanaiteZz....

Hadiah Terulung...

Tangisan anak Abah memenuhi ruang rumah sakit itu sekali lagi. Menempati segenap ruangan pada Rabu yang sama cuma orang dan tahunnya saja yang berbeda. Sekali lagi jua hospital itu dikerumuni penerus generasi Nyang Man. Semua tak sabar menanti tuk melihat si kecil merah yang makin kuat meraungkan lagu syahdu itu. Mama dah tak larat memujuk agar dia diam seketika, menghormati jiran-jiran di sebelahnya. Ngaumannya makin kencang mendamba perhatian. Di suatu sudut lain, suara-suara tasbih jelas terucap dek Wan Omar. Menatap anak kesayangannya penuh kasih sayang, senyum manisnya tak lekang habis. Setia dia menanti duduk di situ memohon keselamatan ketenteraman hati buat anak dan cucunya tercinta.

Masuk satu persatu mengunjungi si comel bermulut merah itu. Tangan bertukar tangan, bibir bertukar bibir. Habis penuh mukanya dikuncup saudara sedarah sedagingnya. Pipinya tak lepas daripada cubitan nakal kakak-kakak sepupu yang dari tadi tak sabar menanti giliran. Teguran Mama Tua langsung tak dihiraukan, terus mereka mengomoli anak itu sepuasnya. Bersama makcik kesayangan mereka itu adalah satu nikmat yang tak terkata darjatnya. Sejak kecil lagi sudah mereka kenal erti budi wajah yang tersenyum puas di katil itu. Sejak bayi lagi sudah mereka rasakan limpahan kasih tak putus-putus dari tubuh terbujur kaku itu. Bersama beliau, mereka rasa aman dan tenteram.

Azan abah menggegar konti empat segi itu. Terasakan zu’ rasa syukur dan kasih dalam laungan suci tadi. Berdiri tegak bulu roma, bergetar dada mengasyiki indahnya bait-bait puisi agung yang dilafazkan. Jelas satu persatu makhrajnya abah gemakan dari kotak suara. Penuh kesyahduan dan kemerduan sebutannya. Anak-anak yang berlari ke sana ke sini juga terhenti terkesima menikmati cantik indahnya ajakan ibadah istimewa yang dikarunia kepada Rasulullah SAW sewaktu Isra’ Mi’raj dulu. Di sisi lain, Wan Pa tak dapat lagi sembunyikan sebak, rasa terharu menantunya selamat membawa cahya kehidupan tuk terangi hari-hari tuanya. Tak henti-henti bibir tua itu menyabdakan tanda kasih ke hadrat Ilahi, ucapan syukur pada Sang Pencipta Azza Wajalla. Basah bajunya dilenjuni mutiara jernih tak dihiraukan lagi.

Abah bingkas dari duduknya berpelukkan kesatria kesayangannya menghampiri mama. Dipangku erat anak sulungnya itu. Dibisikkan sesuatu pada telinga anak itu. Sumpah, anak itu tak mengerti apa yang dibicara, cuma wajahnya saja bereaksi tanda geli. Bulu-bulu halus dagu abah jelas mengganggu konsentrasinya. Cermat abah tempatkan dia disisi anak perempuan itu. Jari jemari munggilnya jelas meraba-raba anak kecil itu. Mukanya jelas ganjil meminta jawapan siapakah dikirinya itu.

Pelan-pelan abah bisikkan sekali lagi, “Itulah bunga yang abah amanahkan abang tuk jaga semai”. Dia tiba-tiba senyap bagai mengamati erti disebaliknya. Ringkas tapi padat intinya. Amanat dan harapan yang maha besar tuk dipikul seorang anak yang masih belum kenal dunia. Namun itulah realiti. Tiada kata mimpi fantasi dalam kisah kali ini. Semuanya harus ditempuhi berhati-hati. Silap satu kali berarti menempah mati esok hari. Pelan-pelan dia lafazkan diam-diam, ”Abang akan lindungi adik agar kamu takkan pernah kenal apa rasa itu bahaya maupun air mata..”

“Uwaaaaaaaaaa…”, konti empat bersegi bergema lagi! Anak kecil itu menangis deras pinta disusui. Tak mahu terus berbaring kaku lagi. Mama tangkas dukung permata jiwanya itu dekat di hatinya. Jantungnya berdetak hebat apa tak terkata. Meski tampak lesu lemah tak bermaya, namun kasih sayang pada anak itu jelas terpancar dari perilaku dan wajahnya. Dinyanyikan mesra lagu kegemaran mama buat penenang peneman hidupnya itu...

Khas buat Kak Nurul, Hadiah Ulangtahunku yang Termegah..
Teman ketika Suka dan Duka. Sayang dari Abangmu yang tak terhingga…
Nurul Hayani Binti Abu Siroh
20 Januari 1988
SRi:Hargailah si dia sementara masih ada...

22

Berteleku dia sendirian dalam hujan air hangat itu. Dirapatkan saf-saf jari jemaarinya dia susun agar tak mudah goyah. Didekatkan kedua-dua lututnya sambil dipeluk erat ketat-ketat. Pertama kali dia berkelakuan sebegini. Tiada pernah dia berbuat sedemikian sepanjang jalan liku kehidupannya yang dilalui sehari-hari. Sandar dia pada dinding kamar, duduk sendiri, senyap dan sunyi sambil biarkan dibanjiri air panas itu. Melayan jiwanya yang kosong. Sekali sekali dia lihat lelangit namun kelam kosong yang dia nampak. Dipandang kiri kanan pula, juga masih tak punya apa-apa. Apakah hatinya sering sesifir ini? Tiada siapa yang mengerti.

Dia kerling lelangit itu lagi tuk cuba membaca apa yang tersirat dalam kotak fikirannya. Berharapkan ada jawapan yang dicari selama ini terselit di situ. Apakah selama ini dia cuma sekadar penghibur? Pelepas rindu? Sakit hatinya dibuat begitu. Namun dia rindu. Bencinya hati itu. Tapi dia rindu.

Didakap kakinya itu lebih erat. Pandangan beralih pada lantai yang mulai dibanjiri limpahan ‘waterfall geyser‘ dengan wajahnya yang gelap. Tiada apa-apa terbisik dek hatinya. Tiada kicauan burung yang menemaninya. Tiada lolongan anjing maupun jeritan manis si Oggy. Ibu juga tak berbicara keras hari ini. Yang terdengar cumalah deruan ‘geyser’itu tak henti-henti memuntahkan nikmat pemberian Ilahi.

Cuba diputarkan kisahnya 22 tahun lampau. Cuba merasakan saat-saat bahgia orang tuanya meraikan kelahirannya. Jelas gelak gempita tawa hilai tangis keluarga menerima cucu lelaki pertama. Tersambung jua ahirnya kisah lanjutan keturunan Wan Pa dan Wan Omar sebelum sempat memejam mata selamanya. Gembira bukan kepalang menyambut ibuku lahirkan anak laki-laki sihat lagi perkasa. Dipeluk erat-erat ibu-ibunya tercinta, baju dah tak terkata apa lenjunnya, cuma Tuhan saja yang tahu keadaannya. Tak seorang pun tersisa di hari penuh sejarah itu. Semuanya ambil bahgian memenuhi kamar, menempati setiap ruangan Hospital Besar Kangar itu. Esak-esak air mata jelas kedengaran di telinga abah. Abah tak henti-henti mengumat kamitkan bibirnya menuturkan syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat kurniaNya yang tak terhingga ini.

Tak langsung difikirkan bagaimana kan dia didik anak itu dalam keadaannya yang sekadar secukup makan sahaja. Tak langsung terdetik bagaimana kan dia teruskan hidup selepas di hari muka. Tak langsung terdengar permasalahan-permasalahan di tempat kerjanya. Semua itu ditenggelami oleh kebahgiaan hati menyambut si buah hati penerang jiwa. Seusai Qamat, terus didakap erat-erat isteri tercinta yang terbujur layu sambil dibisikkan kata-kata cinta agungnya ke telinga. Mama senyum ceria bahgia memandang suami tersayang masih tetap setia di sisi sejak dari pagi hari. Tak terungkap dek kata-kata betapa gembiranya hati punya sang pujaan kekasih hati gagah berdiri terus menyokong dirinya tak kira apa jua situasinya.

Hasil cinta menebal antara mereka membuahkan dia melihat dunia. Diliputi kasih yang menyelimuti hidupnya membuatkan dirinya tak pernah rasa tak cukup. Dari muda hingga yang tua, semuanya ceria melihatnya lahir menginjak usia. Semua mengikuti alur arus hidupnya, dari mulai hanya mampu mengangkat kepala, tersipu-sipu senyum malu hingga tertak teh tak teh berjalan terkinja-kinja melompat menghentak bumi. Hari pertama dia tunggang ‘gerek’ juga tak dilepaskan. Dari berbantukan dua roda tambahan hingga pecut laju memecah kesunyian jalan raya, semuanya tak masih segar di ingatan. Mereka turuti dia rapat-rapat,tak terlepaskan walaupun satu saat.

Dia kerling sisi kirinya, jeling kanannya, sudah berapa lama dia di situ dia pun tak punya akal. Diluruskan kakinya, dirapatkan hingga ke hujung dinding. Baru dia tahu kamar itu cuma selebar pinggul hingga ke jemari kakinya sahaja. Terus dia mematung di situ tak bergerak. Sampai bila dia kan terus kaku begitu,dia sendiri tak tahu. Difikirnya cermat apa yang sudah dia usahakan selama ini. Benarkah dia di jalan yang tepat dengan jiwanya. Atau dia hanya sering membohongi dan menzalimi hatinya sendiri. Melihat dunia dengan hanya kepala nafsunya bukan norma manusia berjiwa merdeka. Mencari harta yang tak menjanjikan apa-apa bahgia di akhirnya.

Dia kembali memutar hikayat silamnya. Memikirkan dirinya yang dulu. Penuh cahaya berseri berwarna pelangi. Dilihat dirinya yang terlalu berbeda dengan yang sekarang ini. Sungguh sangat mulia dia teliti sejarah hidupnya yang dulu. Kemaruk dia rasa ingin mengalaminya sekali lagi. Ceritera zaman kecilnya dulu amat indah untuk dilupai begitu sahaja. Tak sanggup dia toleh ke depan lagi. Namun dia sedar semuanya itu hanya sebuah fantasi mimpi yang diciptanya sendiri. Tapi dalam hatinya tak henti-henti meronta ingin seperti dulu lagi, kembali menikmati zaman keemasan itu sekali lagi.

Tiba-tiba dia sedar kembali dari lamungan asyiknya itu. Kejutan listrik menyentap tubuh munggilnya itu. Dingin sungguh. Seperti lautan aisberg menyelimuti setiap inci badannya itu. Segera dia sentap helaian berbulu berbelang biru putih yang setia di gantungan itu. Berlari-lari anak kecil dia menuju kamarnya mencari hangat sesaat. Ditanya pada teman serumahnya lamakah dia di sana,dijawabnya penuh hati-hati sudah 4o menit dia tak keluar-keluar dari kamar mandi itu. Tiba-tiba hilai tawa memenuhi ruang ‘atmosphere’ Astana Presiden itu yang sekian lama sunyi bagai tak berpenghuni.

SRi:Kasih ibu bapa seringkali melimpahi segenap kehidupan kita, namun benarkah cara kita membalasnya?

Monday, 19 January 2009

How to tackle your date according to HER "sign" ?

Okay, because we still not yet in Aquarius mood, so we will start with Capricorn first ya!

How To Date a Capricorn Girl??
~22 Disember til 19 January~

If you are dating a Capricorn girl, take her to dinner at the best restaurant in town, arrive in a limousine (Camry pun no probleymo!i x kesah u..) with FLOWERS. Dress in your designer clothes, and be impeccable. Be successful at whatever you are undertaking. Let her know about it. It's ok, to tell her you made two million last year..hehe but don't be cheap. Tell her you have been saving yourself for the right woman, and that you have been working your buns off , to build your empire. Tell her you need someone to share this big business burden with, and that your thoughts are about expanding your business. Hint that a woman, would be perfect as a manager in your new expansion. She will be so intrigued, that she will offer you sound business suggestions. She is really SMART! So, be carefully in whatever had happen between two of you!

Capricorn women won't compete with you, they'll help climb the ladder. Don't forget about her. She loves expensive presents with thought behind them. Her little "black book" is filled with business appointments, not telephone numbers.

Capricorn girl are almost always successful in whatever they undertake. They don't take enough time to eat, so take her to lunch, dinner and your next corporate meeting. (If you are still a student,please change the situation by you own risk!hahaha) Business thrills them. She may seem cold emotionally, but don't be fooled. She has those sexual infernos, looking for a release! She does not trust men entirely, so don't give her the bums rush, or you will be part of the homeless. She would be a great wife to a success oriented man. She can entertain your clients, and friends. Capricorn females, can be boss in marriage too. Be prepared to be henpecked, if you are thinking marriage!hahhahahhaa (No heart feeling yaa Nad&Shikin!hihi)

Briefly, capricorn peoples (men&women) are often excellent in matters of business. Extremely protective of their loved ones and belongings, but have a tendency to overthink things and worry too much. They are very stubborn, especially when they think they know the best, but with this come a great passion for all things.

Capricorn also a hardworking, reliable, trustworthy,managed and focused person..

SRi:Tapi hangpa janganla duk ngengada pi ber"tuhan"kan natang2 neyh!Syirik tuh..ini semua cumalah sebagai pembantu pemberi "clue" shj.Segala yang terjadi adalah atas kehendakNya jua akhirnya!


Saturday, 17 January 2009

Bagaimana RAKYAT AMERIKA terHUTANG kepada ISRAEL?

1. Bagaimanakah kerajaan Amerika Syarikat boleh jadi terhutang kepada Institut FED dengan jumlah wang yang sangat besar?
2. Institut FED telah dikuasai oleh pemodal-pemodal elit Judaisme antarabangsa sejak 1913.
3. Menurut US News dan World Report, pada 28 Jun 1982, Amerika Syarikat telah terhutang sebanyak SATU TRILION dan faedah yang perlu dibayar atasnya setiap tahun ialah 115 BILION!Pada tahun 1990, jumlah hutang tersebut menjadi 5 TRILION!!
4. Menurut Des Griffin, caranya ialah institut FED mencetak wang yang diperlukan untuk dipinjamkan kepada kerajaan dan kerajaan membayar faedah ke atasnya.
5. Umpamanya, kerajaan memerlukan 1 bilion dolar. Maka, diarahkan FED mencetak wang bernilai 1 bilion dolar. Dalam pada itu, Kongres mengarah Jabatan Kewangan mencetak bon-bon (surat-surat perjanjian) Kerajaan Amerika bernilai 1 bilion untuk diserahkan kepada FED.
6. Untuk mencetak wang senilai 1 bilion dolar itu mungkin kosnya kurang daripada 500 dolar. Namun,FED menukarkan satu billion wang ‘Federal Reserve Notes’ yang dicetaknya dengan syarat kerajaan perlu membayar balik kepada institute FED wang bernilai satu billion dolar (harga bon) campur dengan faedah di atasnya.
7. Katakanlah faedah ke atas satu billion dolar bon-bon itu adalah 1%, bersamaan 10juta dolar setiap tahun. Maka kerajaan terpaksa meminta FED mencetak 10 juta dolar itu untuk membayar FED.
8. Tetapi kerajaan akan memerlukan wang tambahan bagi tahun hadapan. Maka, akan diarahkan lagi FED mencetak 1 bilion dolar lagi. Bermakna sekurang-sekurangnya kerajaan akan mencetak 1bilion tambahan dan 10 juta dolar untuk membayar faedah atas pinjaman tahun lepas.
9. Dengan cara demikian kerajaan Amerika tidak akan pernah lepas daripada belenggu hutangnya kepada institut FED, bahkan akan bertambah banyak lagi!
10. Sebaliknya bagi institute FED, ia telah memperoleh satu billion dolar dalam bentuk BON Amerika Syarikat sebagai harta.
11. Oleh kerana undang-undang Bank Amerika memerlukan hanya 10% simpanan (reserve), FED boleh meminjamkan 10 bilion dolar kepada pelanggan-pelanggannya serta mengenakan riba atasnya.
12. Dengan hanya bermodalkan 500 dolar bagi kos mencetak wang, FED boleh mengaut keuntungan daripada riba pinjaman 10 bilion dolar ke atas.

Wallahua’lam..

KERAJAAN dalam KERAJAAN

1. Menurut Des Griffin dalam bukunya “Descent into Slavery” (1980), yang berkuasa di England adalah sebenarnya kumpulan pemodal elit Yahudi antarabangsa yang memiliki 12 hingga 14 orang yang mentadbir Bandar London.

2. Jawatankuasa inilah yang menguasai perbendaharaan dan kerajaan Britain.

3. Keluarga Rothschild yang berketurunan Yahudi telah berjaya memiliki Bank of England pada 1815 dan seterusnya menguasai ekonomi Britain.

4. Melalui cawangan-cawangan banknya telah menguasai Negara-negara Eropah yang lain pada 1818.

5. Des Griffin juga menunjukkan bagaimana melalui tipu helah yang cekap, pemodal-pemodal Bank Yahudi Antarabangsa pada 23 Dis 1913 telah berjaya menubuhkan “The Federal Reserve Bank of Amerika” (Bank Simpanan Persekutuan Amerika) dan melaluinya menguasai ekonomi Amerika Syarikat.

6. Dengan menjadi unsur yang penting di dalam ekonomi, mereka berjaya menguasai politik kerajaan di dalam dan di luar Amerika

7. Seterusnya mereka memberi kesan yang buruk kepada perhubungan politik antarabangsa.

Sri:Am I a medic student or FISIP's committee?huhue

Friday, 16 January 2009

Menikmati Mayat

Pernah suatu ketika, seorang doktor membawa anak-anak muridnya ke bilik forensik bagi melihat teknik bedah siasat mayat. Beliau berkata kepada anak-anak muridnya, jika kamu mahu menjadi seorang doktor yang berjaya, kamu mesti memiliki dua kriteria yang penting.

Pertama…,” doktor tersebut menjolokkan jarinya ke mulut mayat tersebut. Kemudian dia menjilat jarinya sambil mengarahkan anak-anak muridnya melakukan perkara yang sama. Semua anak muridnya terpinga-pinga dan ada yang sudah berubah warna mukanya menjadi biru seperti mayat kerana menahan loya.

Selepas didesak berkali, akhirnya pelajar-pelajar tersebut melakukan perkara tersebut dan ada di kalangan mereka yang termuntah di sinki.

“Bagus! Itu kriteria pertama. Jangan takut, taat, dan kena kuat semangat!” kata doktor berkenaan.

Kedua…,” doktor tersebut menunjukkan kepada pelajar tersebut jari manisnya yang bersarung cincin.

“Saya menjilat jari manis saya, tetapi saya menjolok mulut mayat ini dengan jari telunjuk saya! Kamu tiada kriteria kedua, iaitu cermat meneliti perincian!” kata doktor tersebut sambil tersenyum melihat telatah anak muridnya.

Makanya, berhati-hatilah dalam sesuatu tindakan sebelum bertindak. Kan dah betul-betul ternikmat mayat tersebut.

Kredit Penulisan kepada : Saiful Islam

Janji A!!

Alangkah bahagianya hati ibu jika melihat transkrip keputusan exam anaknya semuanya A berderet. Mm,kapankah saat itu kan tiba yaa? [sambil melihat lelangit bilik] Haih,terlena dibuai angan-angan pula,berbalik pada tujuan utama "post" kalini,"Janji A" yang tertera di atas tu tiada apa-apa kaitan dengan akademik tapi...tapi apa ya??[teruskan pembacaan anda jika ingin tahu!hihi]

Tanggal 10 Januari yang lepas, dengan rasminya cukup genap setahun Sri melaksanakan aktiviti gila bercekang mata di bioskop-bioskop seantero dunia. [helleeh,Mesia&Indon je pon]

Alkisahnya begini, pada akhir 2007, Sri memasang angan-angan ingin mengumpul 100 tiket wayang sepanjang tahun 2008 [asal letak 50 jerk,tapi cam teroverkonfiden : tpasela dinaekkan] dan mulai 10 Januari 2008, aksi-aksi peperangan mulai dilaksanakan dan berikut adalah data-data hasil perjuangan yang telah dilancarkan ["houh,lg baek klu mung sedeqah duet tue dka' pelesting nue",bisik Syeikh]

Setelah 10 Jan berlalu,makanya dengan semangatnya Sri mengira pungutan karcis-karcis yang emang gue tempek di dinding almari buku dan hasilnya jumlah voting yang terkumpul adelah 83 [tak tau la kalau ade yang hilang] dengan Bedtime Stories mengakhiri senarai tersebut! Walau cita-cita untuk peroleh 100 keping tak tercapai, rasanya apa yang dah diperoleh sudah memberi kepuasan kepada diri ini.

Secara keseluruhan, filem-filem berbahasa Inggeris mengungguli carta dengan 42 voting, diikuti rapat oleh cerita-cerita dramaswasta Indonesia dan Malaysia dengan 37 keping dan lain-lain genre sastra dengan cuma 4 termasuk filem yang penuh warna warni, Om Shanti Om!

Dengan sebanyak 52 hari [1/7 tahun 2008 habeh dalam wayang?hihi] Sri tercongok depan layar lebar tue membawa kepada purata 1.60 filem dihabiskan setiap kali pergi menjenguk cinema tersebut! Bilangan ini banyak disumbangkan oleh hari-hari marathon dilaksanakan iaitu 3 filem berturut-berturut dalam satu hari. [still tak bleyh kalahkan rekod Kak Na layan 6 movie straight!] Jumlah 100 tersebut mungkin tak tercapai oleh kerna mengenangkan nasib yang menimpa saudara-saudara kita di Gaza sana tak terkecuali juga kedudukan kewangan yang goyah disamping faktor kemasukan filem-filem ke Indonesia yang hanya lebih tertumpu kepada bioskop-bioskop di Jakarta.

Iron Man mencatatkan sejarahnya tersendiri iaitu satu-satunya filem yang ditonton sebanyak 2 kali pada Premiernya di 2 bioskop yang berbeza [Yes!Sri jadi orang pertama tengok cerita nie!]Maka,cerita terbaik sepanjang tahun 2008 pastilah milik Iron Man!Tengok banyak kali pun Sri tak menyesal! Filem muzikal dimenangi oleh Om Shanti Om, animasi Madagascar 2 dan romansa horor Let the Right One In. Film religus pula dianugerahkan kepada Kun Fayakun manakala Sepi mengungguli carta movie from Malaysia. Penggarapan jalan cerita yang sangat baik! [akhirnya dapat juga tengok Lisa Surihani berlakon mubi!]

Kesimpulannya,bersamalah kita memartabatkan nusantara di mata dunia dengan menghasilkan kisah-kisah yang lebih berkualiti dan berwawasan. Penonton kini sudah mulai bijak menilai mutu sesebuah ceritera tersebut. Makanya,jangan cuma hasilkan cerita yang "boleh jual" tapi kualiti haprak!

SRi:Terkenang zaman KU dulu suka suki reramai buat marathon 5 movie dkat MidValley

Thursday, 15 January 2009

Break Forever


Syarikat penyiaran, Fox TV tidak mempunyai pilihan terpaksa menamatkan siaran drama bersiri popular di Amerika Syarikat, Prison Break, selepas drama itu disiarkan selama empat musim.

Rangkaian televisyen itu, semalam berkata, drama tersebut yang dibintangi oleh Wentworth Miller dan Dominic Purcell akan memulakan siaran episod terakhirnya pada musim bunga ini.

Siri itu diberhentikan siarannya seketika pada musim Disember dan akan ditamatkan sebaik-baik episod terakhir disambung semula dengan kira-kira setengah dozen episod ditayangkan bermula 17 April ini.

Ia merupakan keputusan yang baik untuk Prison Break dan juga peminat-peminatnya, kata Presiden Fox Entertainment, Kevin Reilly.

SRi:Tak sabar-sabar nak tonton kelanjutan kisah Reaper&Heroes..

ZIONISME dan KOMUNISME

1. Melalui rancangan yang teliti mereka membolehkan revolusi Rusia dan gerakan Zionis diwujudkan pada masa yang sama untuk mencapai tujuan Judaisme.

2. Pergerakan Zionisme bertujuan untuk mengumpulkan umat yang berselerak di satu daerah yang dijanjikan oleh Tuhan Jehovah.

3. Gerakan kedua; Komunisme bertujuan untuk memusnahkan kedaulatan negara . Dari segi definisinya, Zionisme adalah satu gerakan untuk membentuk suatu negara Yahudi di Palestin.

4. Di Kongres Gerakan Zionis Pertama, 1897 di Basel,Switz, Theodor Herzl mengemukakan pandangan-pandangannya. Antaranya ialah penolakan asimilasi; membentuk sebuah Negara Yahudi dan mewujudkan pertubuhan-pertubuhan Zionis di Negara-negara yang mempunyai penduduk Yahudi yang banyak.
5. Melalui perbelanjaan wang yang banyak dan penipuan, pemodal elit antarabangsa yang kebanyakannya Judaisme menguasai system kewangan England dan Eropah.
6. Meyer Rothschild telah menguasai Bank of England pada tahun 1814.
7. Melalui Bank of England, lima orang anaknya menguasai Bank-Bank di Jerman, Perancis, Itali dan Empayar Austro Hungari.
8. 1913, Reserve Bank of United States telah dikuasai oleh pemodal-pemodal elit Judaism antarabangsa.
9. Dengan penguasaan system kewangan Negara Amerika Syarikat, Britain, Eropah dan Rusia, penganut Judaism sangat berpengaruh dalam hal ehwal politik antarabangsa, media massa serta PBB.
10. Kerajaan British melalui James Balfour telah menulis surat kepada Rothschild pada 2 Nov 1917 menyatakan British member sokongan penubuhan Negara Israel.
11. Oleh kerana kekuasaan mereka itu,pemimpin Zionisme berjaya merancang secara zalim pembunuhan beribu penduduk Arab Palestin untuk merampas tanah dan harta mereka.
12. 14 Mei 1948, Negara Republik Israel diisytiharkan serta mendapata sokongan daripada ketua Negara Amerika dan Rusia.
13. Presiden Truman di US telah mengiktiraf penubuhan Israel selepas 14 minit deklarasi dibuat Israel
14. Kesatuan Soviet mengiktiraf 3 hari kemudiannya
15. Sudah mengertikah anda apa yang bakal berlaku jika Amerika Syarikat mulai menampakkan “taringnya” kepada kekejaman Israel di kala system kewangan mereka dicengkam Israel? Siapa juga yang menduduki takhta Presiden Amerika pasti kan tunduk kepada kehendak Zionis jua
Wallahua’lam…


Anjali - Sach to yeh hai ki tum sirf cheating kar ke jeet sakte ho.
Rahul - Anjali, cheater nahi…
Anjali - That’s what you are… Cheater, cheater, cheater!
Rahul - Eh, don’t call me cheater, ok!
Anjali - Rahul is a cheater! Rahul is a cheater!
Rahul - Anjali... Nahi!
Anjali~Rahul - We will see! - We will see!!

[Kuch Kuch Hota Hai]

SRi:Dah lama tak tengok cite legend nie..hihi MM,stil ingat scene mana satu?

Tuesday, 13 January 2009

January"n"Personality


Ramai di antara kita yang tertanya-tanya;

"Aku ni orang macamana ya sebenarnya?Apa lebih kurangnya aku?"
"Takde pape "clue" ke nak berkenalan dengan si dia?"
"Mm,dia tu garang ke?ke manis?Ish,entah-entah sensitip sangat?"
"Haih,kalau nk diikutkan,muke comey sengoty doh,selame nie dok jeling2 jah memang sda' do'oouh matanyea mlihat.Tapi,camne "dalam" dia yang sebenarnya ha?Ko kenal dia?" [huh,sumpah ngusya jerk kijenyea..hehe]

Makanya di kesempatan ini Sri menyelitkan sedikit cuplikan info tentang apakah gerangan jiwa orang-orang yang paling cepat sekali TUA nie..

Ingin mengetahuinya,teruskan membaca!















p
/s:kriteria di bawah ini tidaklah termaktub mutlak kepada semua individu. Sebarang kekeliruan harap difahami

JANUARI

* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
* Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
* Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
* Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
* Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
* Pandai mengambil hati orang lain.

* Pendiam kecuali telah dirangsang.
* Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan
* Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
* Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
* Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
* Cukup sayang pada kanak-kanak.
* Suka duduk di rumah.
* Setia pada segala-galanya.
* Perlu belajar kemahiran bersosial.
* Sifat cemburu yang sangat tinggi

Ingin tahu kelanjutan alkisah personality ini bagaimana akhirnya?Mm,tu terpaksalah tunggu edisi bulan depannya!!

SRi:Tetiba rasa orang January ni sesuai dijadikan pasangan hati..hihi

Saturday, 10 January 2009

Harry Potter Gets PG Rating!



Harry Potter and the Half-Blood Prince has some of the scariest moments of any of the books-- the Inferi! The return of Bane the werewolf! And, a certain high-profile death that you probably know about but I won't spoil anyway..hehe But despite all the potential for terror in the sixth movie, the latest Potter film has been given a PG rating, a rating it hasn't had since The Prisoner of Azkaban in 2004.

What gives? Most Potter fans were expecting the films to get increasingly darker and more adult as they went along, keeping pace with the development of the books themselves. The MPAA ratings report posted at Rope of Silicon gives no explanation for the rating beyond "scary images, some violence, language and mild sensuality." Ha! Mild sensuality! You mean that one kiss between Ginny and Harry and Ron and Hermoine's ongoing sexual tension?huhuuuue~



I'm still looking forward to this movie but I'm perplexed by this rating. And if they're setting a precedent with a PG-rated sixth movie, how on earth are they going to deal with the seventh one, which is legitimately terrifying from beginning to end?

SRi:Can't wait this movie anymore...

Let the Right One In: A Much DARKER ROMANCE Than Twilight

*amaran:sila jangan teruskan pembacaan anda jika anda tidak mahu di"spoil"kan ketika menonton filem ini.

Vampire amour knows no bounds -- languages, locations, media -- and no universal paradigm.


Edward Cullen of Twilight is a model vampire. One whose face you could proudly put on a poster or pick as a vice presidential running mate. A golden boy who disproves the bad press that the children of the night have endured over the centuries. Daylight's not a problem. A photo of him kissing your baby? Sure. Human bloodshed? Not necessary -- vampires can be "vegetarian." It's no surprise then that his love (and his vamp-mortal romance with Bella) is equally ideal. A thing of radiant passion and noble restraint. A romance that illuminates and defines the Twilight saga.



Eli and Oskar, however, live in a different world. Framed in a wintry Stockholm suburb in the '80s, 12-year-old Oskar's human existence is fraught with fear and hostility. Frequently bullied at school, he has few friends and spends his free time indulging in violent revenge fantasies. Until young vampire Eli and her "father" move into their apartment block. The fragile, pale Eli befriends Oskar, encouraging him to fight his tormentors. If the perspective so far doesn't seem dark and disturbing, take a closer look at the view from the Let the Right One In film trailer. Glimpse Eli's caretaker harvesting blood for her -- from suspended victims. Or gory shots of the thirsty tween Nosferatu draining ambushed strangers. Eli, Oskar and their troubled love story looks to be told in tense, haunting tones of despair and dread. No sparkly meadow scenes (Eli shuns the sunlight) or prom night comedy. And no politically correct dietary alternatives to dining on humans.



Adapted for the screen (from his own award-winning novel) by John Lindqvist, Let the Right One In is not only a truly excellent horror movie, but it's also a bizarrely touching and personal little movie. It's clear that Lindqvist and director Tomas Alfredson are using vampirism as an accessible metaphor for the myriad problems that face today's teens -- but the movie also feels a lot like a smart horror flick combined with a slice of one of John Hughes' better movies. Whether the film is focusing on the carnage, the puppy-love romance, or a few side-stories with the local townsfolk, Alfredson presents the movie with an appreciable sense of humor, confidence, and sincerity. And while I was initially a bit skeptical about the flick's 114-minute running time, once it had ended I found myself wishing it had been just a little bit longer. Surely that's the sign of a successful movie.

SRi: Please don't forget to try find this movie with English subtitle version because it is originally in Swedish language. =)

Tuesday, 6 January 2009

Mr M=23juta??


Mr Misterius Arab Saudi mendermakan 25 juta riyal (sekitar RM 23juta) untuk membantu warga Gaza yang menderita akibat serangan brutal Israel. Pengusaha yang menolak disebutkan namanya itu memberikan wang tersebut kepada yayasan Gaza yang didirikan oleh pihak kerajaan. Beliau memberikan sumbangan setelah mendengar yayasan tersebut mengumpulkan hampir US$ 32 juta, termasuk sumbangan US$ 8 juta daripada Raja Abdullah dan US$ 2.6 juta daripada Putra Mahkota Sultan.

Sebelum sumbangan daripada Mr M ini diterima, yayasan kerajaan untuk Gaza tersebut telah mengumpulkan sekitar US$ 35.2 juta...

Banyak warga Arab Saudi yang memberikan sumbangan untuk yayasan ini. Mereka memberikan harta benda yang dimiliki, termasuk perhiasan. Salah seorang di antaranya telah menjual sekandang biri-biri miliknya untuk disumbangkan. Sungguh indah nilai persaudaraan yang tersemat di dada kita semua.

Kerajaan Arab Saudi juga telah mengirimkan beberapa penerbangan yang membawa bekalan perubatan dan keperluan peribadi ke Gaza. Dalam perjalanan pulang, pesawat tersebut membawa warga Palestin yang terluka untuk dirawat di hospital-hospital Arab Saudi..

SRi:Mereka berlumba-lumba membantu saudara-saudara seagama kita dengan segala apa yang ada.Kita bila lagi???

I'm The Best!! [Phir Bhi Dil Hai Hindustani]


Bollywood’s Baadshah Shah Rukh Khan has found place for himself among the 50 Most Powerful People of the World selected by American news magazine, Newsweek!


The magazine says Shah Rukh Khan - who is No. 41 on the list - is the ‘King of Bollywood’.


Khan began his career by appearing in several television serials in the late 1980s. He made his film debut with the commercially successful Deewana (1992). Khan has won thirteen Filmfare Awards, seven of which are in the Best Actor category.


Some of Khan's best-known films include Dilwale Dulhaniye Le Janyenge (1995), Kuch Kuch Hota Hai (1998), Chak De India (2007), Om Shanti Om (2007). He also starred in a number of Bollywood's biggest hits such as Kabhi Kushi Kabhi Gham (2001), Kal Ho Naa Ho (2003), Veer Zaraa (2004) and Kabhi Alvida Naa Kehna (2006).


Other known people who have made it to the list include US President-elect Barack Obama, Congress President Sonia Gandhi, French President Nicolas Sarkozy, American television host Oprah Winfrey and a surprise entry…Osama bin Laden, the global hero!

SRi:KipasSusahMatiSRK!!

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)