Sunday, 25 January 2009

Si Luncai Terjun dengan Labu-Labunya

1. Walaupun tanpa data statistik, pengamatan secara rambang yang dibuat atas terminal KLIA dan LCCT dapat kita rumuskan bahawa LCCT lebih sibuk serta aktif berbanding KLIA. Selaku airline tambang murah, Airasia seharusnya memerlukan kemudahan prasana yang boleh menjamin matlamat asas mereka berdasarkan 'tagline' syarikat, 'Now Everyone Can Fly'.

2. Pembangunan KLIA-East di Labu,N.Sembilan semestinya satu strategi syarikat jangka panjang bagi menampung trafik yang semakin tinggi. Pembesaran terminal LCCT sekarang sudah pasti tidak mungkin dapat membantu pertambahan trafik di masa akan datang. Malah secara umum, Airasia sememangnya memerlukan sebuah terminal LCCT yang baru.

3. Walaubagaimanapun, pemilihan lokasi di Labu bukanlah suatu yang strategik. Ini disebabkan oleh kedudukannya yang amat berdekatan dengan KLIA dan pengawasan serta pengurusan trafik udara akan menjadi sukar dan ianya hanya akan meningkatkan ‘prone level’ kepada kemalangan udara. Malah, pelan pembangunan KLIA yang boleh menampung sehingga 5 landasan serta 6 terminal satelit secara otomatik tidak memungkinkan pembangunan KLIA-East ini.

4. Selain itu, pembinaan KLIA-East ini akan memberi dampak yang besar kepada pencemaran udara negara. Pembangunannya juga akan menyebabkan ‘realignment of waterways’, suatu keadaan yang bakal menyumbangkan kesan serius terhadap aktiviti lainnya. Tidak saja pada indeks pencemaran sahaja, sektor peladangan seperti kelapa sawit pasti akan turut terjejas. Pengambilan tanah-tanah ini akan menambahkan lagi kemerosotan penghasilan industri pertanian negara.

5. Walaupun pembangunan KLIA-East secara keseluruhannya akan ditanggung oleh pihak swasta, tetapi operasinya secara tidak langsung akan ditanggung juga oleh kerajaan. Kerajaan perlu menempatkan agensinya seperti kastam, imigresen, polis, bomba, bebanan kawalan trafik udara dan sebagainya. Sekiranya, Airasia menanggung kos perbelanjaan keseluruhan operasi ini, sudah tentu tidak semua orang boleh terbang dengan Airasia lagi.

6. Airasia perlu duduk serta berbincang dengan MAHB bagi mengekploitasi pelan perancangan KLIA. Tidak ada gunanya kita mempunyai kemudahan bertaraf dunia sekiranya trafik udara di KLIA amat sedikit sekali. Kita amat jauh ketinggalan dari jumlah penumpang dan trafik udara sekiranya dibandingkan dengan Changi Airport dan Suvarnabumi Bangkok. Sekiranya kos yang tinggi dikenakan kepada ‘airline’, maka trafik udara akan berkurangan dan pendapatan akan melebihi 'capex', maka wang rakyat yang banyak diperlukan lagi bagi menampung segala kerugian.

7. Malah, sebahagian dari pembangunan KLIA juga boleh di gunakan sebagai hub bagi penerbangan tambang murah di rantau ini dan secara langsung memangkin pertumbuhan KLIA itu sendiri. MAHB seharusnya bersedia menerima anjakan paradigma ini, sekurang-kurangnya bagi pelan jangka pendek bagi menampung kehilangan pendaratan syarikat penerbangan besar yang lain seperti British Airlines dan lain-lain.

Sri:The existing airport LCCT and KLIA should be fully utilized first before building a new one. KLIA should be more flexible with the leasing and licensing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)