Sambutan di India juga dilaporkan kurang meriah kerana serangan di Mumbai, November 2008 menyebabkan 172 terbunuh dengan kawalan keselamatan dipertingkatkan.
Keadaan juga sama di Pakistan dengan kebanyakan hotel di Karachi tidak merancang sambutan besar, walaupun ramai warga kota dijangka berkumpul di tepi pantai.
Selain isu keganasan, masalah kewangan dunia juga faktor kedua menjejaskan sambutan Tahun Baru. Di Tokyo, misalnya, pekerja yang diberhentikan akan berkhemah di Taman Hibiya, manakala aktivis antikemiskinan mengedarkan makanan kepada penduduk memerlukan.
Di Hong Kong, pasar raya Times Square sudah merancang pesta besar, manakala di Korea Selatan, polis berkawal selepas ada laman web menggesa bantahan antikerajaan diadakan di tengah Seoul. Kemeriahan sambutan Tahun Baru dilaporkan di Singapura, Filipina dan China.
Keadaan berbeza di negara Arab. Di Mesir, konsert penyanyinya, Mohamed Mounir ditangguhkan hingga lewat Januari selepas penyanyi itu menyatakan kesedihannya terhadap apa yang berlaku di Gaza
Walau apa jua bentuk sambutannya,semoga kedatangan tahun baru ini akan memberikan kita lebih kekuatan dan semangat untuk memperbaiki diri kita. Insya'allah usaha yang mulia diberkati Allah subhanawata'ala.
-credit to bHarian&tOkdEt-
No comments:
Post a Comment