Thursday 1 January 2009

Kisah Berdarah Tak Bernoktah..

Sabtu ,03/01/2009 -Ulama' terkenal Islam , Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menegaskan Jumaat lalu bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh."
Pejuang Jihad Islami sedang bersiap sedia melancarkan roket ke arah penempatan rejim Zionis.
Sabtu ,03/01/2009 -Untuk hari ketujuh, tentera udara rejim Zionis terus menggempur Semenanjung Gaza. Sumber-sumber Palestin melaporkan jet rejim Zionis telah mengsasarkan beberapa kediaman penduduk Palestin di beberapa bahagian Semenanjung Gaza. Antara sasaran ialah bengkel-bengkel, sekolah tempatan dan kenderaan awam."
Jumaat ,02/01/2009 -Sumber-sumber media Israel melaporkan pada hari Khamis , sekurang-kurangnya 20 buah roket buatan sendiri Qassam ditembak dari Gaza yang mana telah mencecah beberapa kawasan penempatan utara Israel." Khamis ,01/01/2009 -Brigade al Qassam menyatakan pihaknya telah melepaskan 58 roket ke arah bandar-bandar Israel. Sebanyak 14 roket jenis Grad. Antara bandar yang terlibat ialah Asdod, Ashkelon, Yabna dan Sderot. Serangan ini semua sebagai serang balas terhadap keganasan Zionis-Israel. "
Khamis ,01/01/2009 - Hospital utama Gaza, al-Shifa, kini sibuk melayan kemasukan ramai mangsa yang cedera dalam serangan udara Israel bermula 27 Disember lalu, menurut sumber hospital. Kakitangan dan para pesakit berasa takut kemungkinan Israel akan menyasarkan tempat berikutan pemimpin Hamas, pergerakan Islam yang mengawal wilayah tersebut melakukan sidang akhbar di situ
Rabu ,31/12/2008 -Satu bot bantuan kemanusiaan antarabangsa yang mengisi bekalan perubatan dan doktor-doktor bedah telah diserang oleh tentera laut rejim Zionis. Menurut pergerakan Free Gaza, bot yang dipanggil The Dignity itu telah ditembak pada jam 6:45 pagi Selasa tadi.
Rabu ,31/12/2008 -Sumber-sumber rejim Zionis melaporkan pada hari Selasa bahawa tentera rejim Zionis telah menculik sekurang-kurangnya 200 lelaki muda Penduduk Palestin daripada beberapa bahagian bandar raya Baitulmuqaddis sepanjang tempoh masa empat hari serangan bermula Sabtu lalu..membunuh lebih 363 rakyat Palestin.

SRi:Kita merayakan tahun baru penuh kemeriahan tetapi rakyat di Gaza meraikan dengan tangisan anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami dan sebaliknya.

*Untuk mklumat yang lebih lengkap dan terkini
sila rujuk http://www.palestine-info.co.uk/en/ dan http://www.palestinkini.info

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)