Wednesday 16 December 2009

Dunia Kita Beza

Alhamdulillah, hari ini selesai sudah Ujian "Akhir Semester" [UAS] KKN. Semuanya ada 10 soalan dan sejujurnya cuma satu soalan sahaja yang SRi pasti itu adalah jawapannya. Yang lain, macam biasa~ GORENG saja! Nama pun Esei. SRi taram habis dua muka. Moga DPL mengertilah apa yang SRi karangkan. Malas nak menulis dalam bahasa Inggeris pula kerna soalnya juga berbahasa Indonesia.

Ini adalah kali pertama SRi berada di dalam ruangan ujian tanpa teman Malaysia di sisi. Asal DPL keluar saja, terus riuh rendah biliktu mereka berbincang cari jawapan. Mungkin kerna DPL pun tak anggap ujian ini terlalu penting, makanya dibuat tak tahu saja apa yang berlaku. Tapi tak tahulah bagaimana dengan rupa ketika ujian yang sebenar. Mungkin tak jauh beza juga gamaknya! Wallahua'lam~

Masih berkaitan dengan ujian, nak dijadikan cerita betapa sungguh genius sangatlah hamba-hamba Allah ini, nak diperbuatkan "party" 9 Januari nanti di Ciateur! Adoilah, kekanak nie.. Sabar sajalah! Mungkin bagi mereka UAS ini terlampau mudah, jadi satu malam cukup untuk buat bekalan pasti peroleh nilai A esok hari. SRi tak tahulah nak kata apa. Terkadang keputusan yang mereka tetapkan agak tidak matang dan mengguris jiwa sensitif ini

Teman dan suka ria mungkin itu yang mereka prioritaskan ketika ini. Ga ada loe ga' rame! Makanya mereka sanggup ketepikan perkara yang lebih penting demi dua perkara ini. Program yang mereka rancangkan itu sebenarnya berada si tengah-tengah ujian! *UAS mulai 4-14 Jan 2010 bagi kebanyakan fakulti* Sejujurnya SRi masih belum pasti mampukah ikut mereka bersama 9hb nanti! Kita lihat saja apa yang bakal terjadi

Satu yang SRi nampak ketara pada mereka. Suka bebenorlah BUANG MASA! Sanggup berlama-lamaan menantikan sesuatu yang belum pasti jadinya. Duduk borak kosong tak bermanfaat. Sejujurnya, SRi juga begitu kebiasaannya, tapi taklah sampai suka buang masa begitu sahaja, tak buat apa-apa.  Sudah habis program atau hajatnya, masih di situ tak reti nak bergerak-gerak! Tungguuu saja. Entah dan sampai bila hendak jadi tunggul di situ, SRi pun tak tahu! Mujurlah SRi bukan tuan rumahnya, jika tak; tak tahulah bagaimana hendak menghalau mereka keluar! Parah ini orang

SRi:Adab bertamu->Jangan sebelum Subuh, sebelum Zuhur dan ketika Maghrib.. Balik-baliklaa weyh!!

9 comments:

  1. haha...lawak..fikiran kita sama tentang mereka.. genetic kot :p

    ReplyDelete
  2. ssH bile ade d kalangan golongan t'seboT..
    jgn t'pengaroh sudeyh...huhu

    ReplyDelete
  3. nnt dh rase ape, cmne n ape2 la br leh nk komen kot..
    papepon tahniah aa dh abs..huhu

    ReplyDelete
  4. alhamdullilah sri ada kesedaran harap2 kekal selamanya

    ReplyDelete
  5. aameeeiiinn~~
    *ngaaaaaa..siapakah yg berani bkata2 sdemikian kpd beta hah??hahhahahaa

    ReplyDelete
  6. @yah:kenyataan kut..ssapa pon mgkin bakal bkata yg sama, yah.. tpi kite memg byk psamaan kan yah, kan? *xleh nk tagged naqi kt cni ke hah?haha

    @tora:yg elok,kite ambel sbg plajaran..yg burok, kite bt sbg pngajaran~ dlm standan pisang pon,xdek smuanye buruk kan tora?hihihihhihi

    @bal:hihihihhii..tpi kna konpemkan dlue kot yg aQ kna bt laporan ke x?tpi hrap2 panca dh tolg btkan dh laa!maleh laks nk mnaepnyea.. dh laa b.indonesia laks tuh!ngeeee~

    ReplyDelete
  7. jd motif nye???
    yg elok tu???
    boley laaa wat cekodok pisang...ahaaaaks2
    bg2 kn???

    ReplyDelete
  8. huih!yg buruk org bt cekodok! yg elok enak dmakan bgitu sajja! :D

    ReplyDelete
  9. klu burok sgt xley laaa nk wat cekodok...
    t'pakse buang jek....
    waaaargh!!sedap nye cekodok!!!huuuu

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)