Thursday 24 December 2009

MiMPi

*warning-please don't proceed your reading if you don't want to be spoiled when watching this megablockbuster movie*

Opening- 3.5 stars
Pembinaan Plot- 4.0stars
Teknik penceritaan- 4.5stars
Penstrukturan watak- 4.5stars
Closing- 3.5stars
Bonus- 3.5bentang
Konklusi- 3.91stars!


1. Sang Pemimpi, novel kedua daripada trilogi Andrea Hirata merupakan kesinambungan daripada Laskar Pelangi yang mungkin bakal diikuti rapat oleh Edensor tak lama lagi. 
2. Sejujurnya bagi penonton yang terlepas tonton Laskar Pelangi juga ga papa koq kerna sekuel ini tidak terlalu mengaitkan memori Laskar Pelangi di dalamnya, tiada lagi Lintang dan warna-warni pelangi yang lain
3. SRi cuma sempat membaca Laskar Pelangi sahaja. Mungkin gara-gara kerna SRi dah terbeli novel tersebut sebelum keluar filemnya membuatkan SRi ralat ketika menontonnya, makanya SRi mengambil pendekatan mudah hanya dengan menunggu saja filemnya keluar, dah tak beli lagi novelnya
4. Sang Pemimpi mengisahkan kehidupan Sekolah Menengah Ikal ['hero' Laskar Pelangi yang berambut kerintingtu], Aral Arai-saudara jauhnya Ikal yang akhirnya menjadi teman baik atau saudara angkatnya setelah kepergian ayahnya menemui Yang Esa dan Jimbron- anak yatim piatu muslim yang tinggal bersama pendeta, sangat obses dengan kuda dan akan gagap pabila tertarik oleh sesuatu perkara atau ketika gugup
5. Sama halnya seperti sekuel Ketika Cinta Bertasbih yang sangat banyak perbaikan mutunya, Sang Pemimpi juga tak kurang hebatnya menutupi cela cacatnya Laskar Pelangi. Sejujurnya SRi amat terhibur dengan apa yang cuba disampaikan.
6. Dengan latar belakang bukan asal keluarga kaya dan rambut keriting hebat lebatnya, membuatkan SRi terbuai dengan perwatakan yang dibawakan Ikal atau Ahmad Haikal. Banyak SRi lihat persamaan yang ada pada kami meskipun sebenarnya dari segi kegigihan dan kematangan, masih banyak SRi ketinggalan
7. Dengan senyum yang tak lekang daripada wajah ayahnya Ikal meskipun perih kehidupannya, langsung mengingatkan SRi kepada Bamuneif. 
I Miss U, Abah.. 
8. Jika pada Laskar Pelangi ada Lintang sebagai pendorong, di Sang Pemimpi-Arai pula yang memegang tampuk pemain utama dalam pembetukan kematangan pemikiran dan tingkah laku Ikal, 'jelmaan' Andrea Hirata
9. Arai-setelah ketiadaan bapanya yang tercinta, hanya tinggal keluarga Ikal saja yang masih terbau bacang-bacang persaudaraannya. Makanya dijemputlah beliau oleh Ikal dan bapanya, tinggal bersama mereka sebagai keluarga, membesar bersama-sama menikmati dunia. Dari segi kematangan fikiran dan daya imaginatif, tergambar benarlah Arai akan hakikat itu! Setiap perkara dilihatnya dari sudut positif semata. Sangat-sangat matang sehingga SRi yang sudah 22 tahun pun tak termampu bertingkah sedemikian.
10. Meskipun beliau cerdik dan rajin orangnya, kenakalan dan berkat kebijakannya; beliau, Ikal dan Jimbron seringkali membuat onar yang sering mengundang keberangan guru besarnya.
11. Filem ini amat sangat sesuai ditonton oleh anak-anak muda yang dah mulai kehilangan identiti, tujuan asal kehidupannya. Sangat terharu ketika melihatkan kegigihan tubuh kecil 17 tahun itu mengejarkan ayahnya yang berbasikal pulang setelah mengambil report cardnya tuk menyatakan keinsafannya.
12. Secara keseluruhan Sang Pemimpi sememangnya digarap dengan sangat baik. Meskipun ada beberapa kecacatan yang sempat SRi sedari, namun cara pengolahan, susun atur kamera, jalan ceritanya membuat kita tak ambil pusing itu semua. Latar belakang kehidupannya diperjelaskan satu persatu tanpa melompat-lompat. Mudah dihadam.
13. Taste kita berbeza. Mungkin akan ada ramai merasakan Sang Pemimpi ini membosankan. Mungkin.. SRi tak menafikan itu kerna  citarasa kita semua berbeza. Tapi bagi SRi Sang Pemimpi adalah filem Indonesia terbaik buat tahun ini. Sang Pemimpi sememangnya desert 2009 yang sangat menyelerakan.
14. Kehadiran Ariel Peterpan yang bersahaja, sememeh tak seperti biasa amat menepati kehendak yang digambarkan Andrea Hirata. SRi berharapkan mutu lakonannya di Paris kelak pada siri Edensor jauh lebih baik.
15. Sejujurnya SRi sempat malas menonton filem ini kerna melihatkan ketidakberapagilaan peminat nukilan Andrea Hirata ini. Tak seperti Laskar Pelangi, kalau dulu sampai minggu kedua pasti penuh saja theaternya. Tapi habis saja seminggu, Sang Pemimpi sudah menunjukkan kemerosotan daripada 4 theater yang menayangkannya kepada tinggal cuma dua atau satu sahaja. Mungkin kerna banyak filem lain yang beratur hendak masuk, jadi mereka kurangkan tayangannya. Tapi ini secara tak langsung menunjukkan bahawa filem ini kurang sambutan. Namun setelah menontonnya sendiri, WOW!! Nice~
SRi:Takde masalah jika ada yang ingin mengajak menontonnya buat kali kedua!


9 comments:

  1. Sang Pemimpi.Sambungan Laskar Pelangi. From triologi novel: Laskar Pelangi. Sang Pemimpi. Edensor. Story tentang kegigihan anak-anak kecil Pulau Sumatera tuk mengejar mimpi. Really nice story to read and great movies to watch!
    *kalau dalam Laskar Pelangi ada lagu Seroja, Sang Pemimpi tampilkan Fatwa Pujangga yang mama duk nyanyi hari2 tue pula.. XD

    ReplyDelete
  2. oooooic...besh2!!!
    ni cite diorunk dh beshar yeah???
    nk tgk!!!nk tgk!!!
    mntak2 dpt m'harukan lg aku...
    mmg basah lenjun laaa aku nanges tgk Laskar Pelangi...huuuu(maluu)
    nk CD tau...tq

    ReplyDelete
  3. CD dorg x juai!hahhahaha
    *pirets citte hendon sussah nk dapat..dorg x cam kittew,summe tibai belasah jah!hahahha
    mm,xdeklaa besar sgt~sekolah menengah..nk tggu besar,Edensor laa jwbnya!dorang bercerita tentang mimpi mereka d'Paris~

    ReplyDelete
  4. alaaaaa...xkn aku nk kene g indon kot nk tgk cite ni??
    ko record laa nnT ms kt bioskop...hehe
    yelaaaa..skola menengah pon besar dh laa tu...
    haaaissy nk kene tgk ni...
    beli rrr cd ori punye..sape soh beli piret???

    ReplyDelete
  5. dorang x jual cd muvie indon!sape nk tgk muvie dia samada g layan kt bioskop@tggu kuaw kt tv! hahahhahaha

    ReplyDelete
  6. nk tipu aku laaa tu...
    mentang2 laaa ceq xdok sana...
    nk wat cane...
    xlayaak...
    hmmm..len laaaa hg...

    ReplyDelete
  7. mm,ko dh tgk kan laskar pelangi,so tggu ajelaa sang pemimpi tuh! konpem masook nye satg!hihi :D

    ReplyDelete
  8. xmo tggu...
    lmbt laaaa...
    laskar pelangi tu tgk kt utube...
    ko mmg kn??tgk sorunk2..b'libur sorunk...
    isk3 T_T (broken heart)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)