Tuesday 8 December 2009

Sekolah Dasar

Terkadang hidup di negara yang cukup serba serbi membuatkan kita lupa hakikat siapa kita dahulu kala. Adat ketimuran yang kita banggakan mulai ditinggalkan satu persatu. Sedar atau tidak jatidiri kita ketika masih kecil sudah jauh berbeza dengan diri kita hari ini. Bahkan ramai yang rindukan dirinya yang dulu. Namun apakan daya, cerita itu telah pun lama berlalu dan tak terkejarkan lagi, dan akhirnya terpaksa kita lepaskan pergi.

Kelmarin SRi mengajar di Sekolah Dasar (SD@Sekolah Rendah) Desa Ciluluk. Baharu melangkah setapak ke dalam teritori mereka, berduyun-duyun anak-anak kecil meluru menghulurkan salam. Beberapa minit kami di situ tak bergerak melayani tangan-tangan sopan memohon restu sang pengajarnya. Mungkin kerna jas almamater (Blazer Universiti) yang kami sarungkan menarik perhatian mereka atau apa, Sri pun tak pasti. Yang SRi tahu, mereka meluru tanpa dipinta sesiapa. Senyuman senantiasa diukir melepasi satu persatu sang guru. Mungkin sudah menjadi adat bersalaman dengan tetamu, itu tak pula SRi tahu.

Lain ceritanya pula dengan tanah air kita yang tercinta. Jangankan hendak menghulurkan tangan, LARI lagi adalah! Mungkin suasana kita yang terlampau banyak kes culik menyebabkan anak-anak hari ini lebih mudah mengambil jalan protektif membawa diri pergi. Bertemu orang asing ertinya mengundang bala. Kalau tak dibawa lari, pasti kan ditanya macam-macam lagi! Beza kan? Tambah menyebalkan adalah tindakan beberapa setan yang makin menyesatkan tetamunya pula. Hajat hendak bertemukan guru, akhirnya ke bilik air pula dihantarkan. Tak cukup dengan itu, siap diludahi lagi kepalanya dari atas. Kasihan

Seringkali kita mendengarkan istilah Tetamu Membawa Rahmat. Namun sediakah kita terima kalimah tersebut sebagai rahmah? Kebanyakan kita menganggap tetamu pasti kan bawa masalah. Mesti macam-macam nak dikerjakan. Mulai dari bancuh air panas sehinggalah terganggu program televisi. Adoilaa! Awatlah dia mesti datang harini?

Sungguh, hari ini dan semalam jauh sudah bezanya. Mungkin kerna terlalu lama di atas, kita sudah lupa rasa hidup di bawah sama sekali. Globalisasi mengurangi nilai komunikasi sehari-hari, buatkan kita rabun tuk menikmati erti komuniti, menciptakan monster selfish dalam diri. Mizan masing-masing, Kubur sendiri-sendiri dah jadi pegangan hati. Hurm, dah makin parahni. *sigh
SRi:Kagum dengan semangat anak-anak di sini!

6 comments:

  1. mak aku suke ckp yg tetamu bwk rahmat tu..
    tp selalu kalau kwn2 die dtg aku kne wat air pastu dlm hati aku 'rahmat mendenye dtg nk ngumpat hee nyampah nk tgk tv pon tak sng!'..hehehe

    ReplyDelete
  2. hahhahahaha...man2 jerk bal! u r not d only one who face those situations..sebbek kite blajaw sini, kalau dok asek ngadap dok kt umah jerk.. konpem saket jiwa jadinyaaa~~ngaaaaaaa...

    ReplyDelete
  3. nape mase sy bace ni kan, sy rase kamoo ttbe adelah sgt baek..tp sy rase cm tipu jek rasa itu..tp bagus jugak kalau betoi..heehee=P

    ReplyDelete
  4. waaaaaaa...bile saye jd org jahaawt??huhue

    ReplyDelete
  5. ehh..eh..mane ade saye kate kamoo jahat??takdew..mane adew..hik88

    ReplyDelete
  6. ngaaaaaaaaaaa.... maseh brani bsemaangat lg tuh nk mnegakkan benang yg basah~ simpan jelaaa tenage tuh utk bende laen.. huuuuuueee..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)