3. Puasa
Mama kata Nabi SAW puasa 3 hari sebulan. Isnin, Khamis dan hari-hari pertengahan-lebih kurang 15hb. Jadi aku rasa selain menghidupkan kembali sunnah Nabi SAW-secara tak langsung korang pun dapat kurus sekali. Tapi harus niat ikhlas kerana Allah lah-kalau korang memang niat semata-mata puasa nak kurus; memang kurus sajalah yang korang dapat nanti. Nol di mataNya.
Innamal a'malu binniyat, wa innama likullimri in maanawa
Aku memula pun takdalah perasan sangat tentang hal ni-tetiba aku entah macamana kawan aku kata-aku kurus sebab duk selalu berpuasa. Mm,logik lah juga. Bukannya apa-bagi seorang yang agak penyegan cam aku nih-rasanya puasa adalah ibadah yang paling mudah sekali. Korang tak payah nak buat apa-apa. Jaga mata-tak payah buka televisi. Jaga lidah-tak payah susah-susah nak gi bercakap dengan orang. Mudah kan?! Duduk buat kerja macam biasa saja.
Masa dan tenaga pun tak habis -- nak fikir bila nak lunch time-nak lunch dekat mana pula ini hari?! Lain-lain lagi lah. Serius tak serabut kepala. Bahgia sungguh saya rasa ibadah puasa ni. Kalau ada geng yang ikut puasa sama lagi best! Tak payah nak tunggu kena masak sama-sama, beli dekat luar-tapi buka sama-sama mesti bertambah-tambah superdupergilaks best.
Mama tambah lagi-Nabi suka Solat Dhuha dan Witir setiap hari. Bagi kekanak sekolah dan yang dah bekerja mungkinlah susah sikit ku bab Dhuha ni. Tapi cuba amalkan Witir selepas Isya' tu setiap hari. Nabi SAW lebih prefer buat Witir daripada sunat ba'diah Isya'. Bukannya banyak-cukup bangkit satu rakaat saja. Sebab Witir maksudnya ganjil. Mudah kan?! Lepas bagi salam-tak sampai 3 minit-korang dah bagi salam lagi. Senyum malaikat nak catit.
4. Air 8 Gelas
Jika Anda rujuk gambarajah piramid di post Diet I - mesti korang perasan kita memerlukan sekurang-kurangnya LAPAN gelas air putih setiap hari. Ini bagi memenuhi keperluan badan Anda. Sama seperti bumi yang diliputi oleh kandungan air yang tinggi-badan juga memerlukan air yang mencukupi untuk berfungsi sebaiknya.
Tapi sejujurnya aku bukanlah peminat air kosong yang kipasgilasusamatti sangat setiap hari. Apetah lagi bila dah puasa-bila je lah masanya nak mentekedarah sekali 8 gelas tu-ye tak?! Jadi caranya-jika aku beli botol mineral 500ml tuh-aku akan cepat-cepat bagi habis. Sebab kalau tak habiskan cepat-cepat. Nanti aku dah tak minum dah. Dan kalau aku jumpa air-means selepas makan - aku akan minum sekurang-sekurangnya tiga atau empat sekali terus dalam satu masa.
Sebut tentang makan-aku pernah hadiri satu ceramah ni; dia kata tak elok makan disertai dengan minuman. Maksudnya-sebelum makan korang minum, tengah makan korang minum, lepas makan pun korang minum lagi! Reason dia-bila kita minum banyak sangat air waktu makan ni-dia akan mengganggu kepekatan [mol] asid hidroklorik [baca:asam lambung] dalam perut kita! Korang belajar kan dalam kelas kimia dulu.
Bila mol dia berkurang-makanan dah ditelan tak dapat terselimuti oleh kepekatan asid yang optimum. Alhasilnya-korang nye makanan dah jadi sia-sia. Dah lah korangnya metabolism dah tinggi-ini pula ditambah lagi zat-zat makan tak terserap. Nak datang celah manalah tenaga pembentukan otot baru dan perbaikan sel-sel yang rosak macam tu?! Jadi jangan fikir aku kedekut nak simpan duit tak beli air bila makan. Selalunya bila dah kuar kedai-baru korang akan nampak aku terhegeh-hegeh pergi supermaket cari air! *memang takde kerjaan**
Walaupun aku memang penyegan nak gi minum air-tapi sekurang-kurangnya aku akan berusaha untuk perabihkan satu liter air setiap hari. Atau 4@5 gelas air putih setiap hari.
Tips untuk jejaka yang dah berumah tangga-jika Anda berkeinginan berjumlahan air mani yang lebat murah meriah dan hewbats-sila minum air banyak-banyak! Mana lah nak datang limpahan bergelen-gelen tu kan kalau korang cuma minum dua tiga gelas air jah sehari?! Think smart.
SRi:Selamat berbuka..
- Niwatori (チキン) adalah Bahasa Jepun untuk Ayam
- Niwat0ri juga adalah pembuat komik Chicken Strip
No comments:
New comments are not allowed.