Thursday, 2 December 2010

EH! Astana

Hugo Chávez, Venezuela, tampil menarik dan bergaya dengan fesyen Gorila Rojo (Red Guerrilla) sebagai dedikasi buat Simón Bolívar. Merah juga untuk menonjolkan ideologinya.


Fidel dan Raúl Castro, dari Cuba, mereka kelihatan menawan dengan gaya guerrillas-turned-autocrats. Klasik dengan hijau zaitun dan uniform tentera. Kadang Castro selesa mengenakan track suit ala Olympian (klik sini).




Kolonel Muammar al-Qaddafi, dari Libya, adalah fesyen ikon yang menggamamkan. Gemar mengenakan dashikis (fesyen etnik Afrika Utara). Kadang dia berlagak gaya diktator, siap dengan epaulets dan beret. Jangan lupa fesyen layered milk-chocolate-colored satin (lengkap dengan beret hitam dan pin bayang-bayang Africa) ketika beliau berucap di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu baru-baru ini (klik sini), Priceless!.


Kim Jong-il, Korea Utara sering bergaya dengan two-piece army suit. Gaya rambut bouffant beliau tiada tandingan (mengingatkan kita kepada seorang wanita pertama), tidak lengkap jika tidak bercermin mata hitam RayBan, dan kasut platform (sekali lagi, teringat tak pasal-pasal).

Dr Ahmadinejad dari Iran lazim mengenakan seluar warna gelap, fesyen gaya 'minimalist aesthetica' dengan kolar terbuka, tentu trademark beliau jaket khaki berharga 30 dolar, sejenis windbreaker buatan Cina yang dibeli dari bazar Selatan Tehran. Foto keempat ialah ketika beliau berada di Malaysia untuk menemui Tun Dr Mahathir. 

Tun Dr Mahathir lebih selesa mengenakan kemeja bewarna gelap-kolar terbuka dengan dua poket segitiga bersama tanda nama tersemat megah di dada pada awal pemerintahannya,. Mulai awal millennium beliau mula bertukar citarasa kepada bentuk jas almamater ala paderi atau Japanese high school uniform. Segak kemas senantiasa menjadi motonya. Wonder who is he wearing!
Kredit:FT

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)

Recento Vizitores