Wednesday 1 December 2010

Proton Saga Facelift R3 2011 Concept unveiled

Garang. Sporty. Stylo. Mungkin itu yang terlintas di kepala jejaka yang mula berfikirkan alternatif bagi menggantikan Satria yang mungkin sudah agak lama berlegar di pasaran dunia. Meskipun masih relevan hingga hari ini-tetapi umur Satria yang sudah semakin tua menjadikan mereka ingin mencari nafas baru

Proton Saga R3 Facelift Concept 2011 yang dipamerkan di Thai Motor Expo 2010 pasti membuatkan golongan ini menarik nafas lega. Bukannya apa--hendakkan Inspira tangan tak sampai. Mungkin Saga R3 ini mampu memberikan sedikit harapan buat mereka menikmati sentuhan Lotus

Menurut Abang Evo- bahagian permotoran ekstrem dari Proton iaitu R3 (Race, Rally, Research) kini telah mempunyai laman web rasmi di alamat http://r3.proton.com/. Namun laman web tersebut masih belum siap sepenuhnya---masih dalam peringkat percubaan. 

Nampaknya Proton semakin maju apabila mereka kini telah meletakkan satu penanda aras yang tinggi untuk bahagian R3--mungkin tarafnya nanti akan sama seperti Mugen untuk Honda atau Ralliart untuk Mitsubishi.

Tambahan berita menarik lagi setakat ini ialah R3 akan mengeluarkan turbo kit untuk enjin Campro CPS yang mampu meningkatkan prestasi enjin ke tahap yang lebih tinggi. Cayalah Proton R3! 

Akhirnya Proton makin serius bagi menampakkan "bahasa" mereka di pentas permotoran dunia. Cuma persoalannya adakah rakyat Malaysia akan kembali menaruh kepercayaan terhadap mereka? Kita tunggu dan lihat, hanya masa yang akan menentukan.
SRi:Harga petrol RON97 baru saja dinaikkan sebanyak 5 sen seliter pada 2 November 2010 yang lepas kepada RM2.15 seliter, kali ini naik lagi kepada harga baru RM2.30. Tetiba muncul persoalan kedua--mampukah rakyat Malaysia kembali menaruh kepercayaan terhadap kerajaan?! 
SRi:Kurangkan naik kereta atau motor. Banyakkan merangkak dan berjalan itik kerna baik untuk kesehatan. WHOA~
Kredit:Paul Tan n' Arena Kereta

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)