Bagi yang mengikuti perkembangan otomotif nasional--mesti korang pernah terbaca mengenai hal nya Mitsubishi mengeluarkan kenyataan bahawa perkongsian rebadge mereka dengan Proton terhad kepada model Inspira-Lancer ini sahaja. Hal ini berkemungkinan besar atas dasar kekecewaan pemilik Lancer Rm12++++ sebelumnya. Iya lah-sudahlah lebih mahal, kualiti Inspira khabarnya lebih baik daripada model asal atas sentuhan tambahan oleh Lotus terhadap performa enjinnya. Jadi--bagi mereka yang bercita-cita berharapkan spekulatif bahawa Proton akan bangun rebadgekan Mitsubishi ASX dan Lancer Sportback--nampak gayanya tinggal harapan sahajalah ya.
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) telah memberikan penjelasan bahawa selain daripada Mitsubishi Lancer, yang kini dijadikan model Inspira oleh Proton, tidak akan terdapat kerjasama teknikal lain di masa hadapan. Jadi kepada semua rakyat Malaysia, jika anda membuat keputusan untuk tidak membeli model ASX dan Lancer Sportback sebelum ini, maka anda sudah boleh membelinya sekarang. Situasi yang dihadapi oleh pemilik Lancer EX dan Lancer GT sekarang tidak akan berlaku lagi terhadap pemilik model lain keluaran Mitsubishi pada masa hadapan. Inspira adalah model terakhir yang menyaksikan kerjasama antara kedua-dua syarikat automotif itu.
Tapi jangan salah sangka-ini cuma buat kenderaan Mitsubishi yang sudah dipasarkan di Malaysia. Jadi rasanya hal penjenamaan semula ni masih berlaku buat Projek Perdana R (Replacement). Berita yang dah lama berlegar mengatakan Perdana R mungkin berdasarkan kepada Mitsubishi 380. Tak pasti Mitsubishi 380 ini berdasarkan model apa-tapi model ini hanya dipasarkan di Australia semata-dan sambutannya sangat kurang memberangsangkan. Sebab apa?! Anda boleh lihat sendiri cuplikannya.
Namun ada khabar gembira yang lebih terbaru yang menyatakan bahawa Perdana R mungkin bakal dibangunkan berdasarkan model kereta mewah teknologi hibrid dari Nissan, Nissan Fuga Hybrid.
Sebelum ini, Proton terlebih dahulu menyatakan bahawa akan memperkenalkan teknologi hijau kereta hibrid. Kemudian, baru-baru ini Proton dikatakan sudah pun bersedia untuk mengambil alih 25% pegangan saham ekuiti Renault F1 Team.Dan melalui pegangan saham tersebut, Proton memandang lebih jauh lagi dengan menyatakan untuk menarik minat pelaburan dan perkongsian teknologi dengan Renault-Nissan.
Dan jika ianya berlakunya, Proton turut berharat untuk mendapatkan kerjasama strategik bagi pembangunan model kereta Hibridnya tersendiri iaitu Proton Emas.Dan selain itu, Proton juga masih mencari kerjasama untuk membangunkan model baru bagi menggantikan Proton Perdana dan ianya akan digunakan sebagai kereta Rasmi kerajaan Malaysia.
Namun bakalkah cita-cita Perdana berubah wajah menjadi Fuga menjadi kenyataan--sukar untuk dijelaskan. Soalnya model Nissan tersebut masih baru dipasaran. Dan bagi membentuk kesefahaman bersama terhadap sebuah model yang bertenaga dan punya gaya--agak sukar nak kata apa-apa.
Tapi jika benar Proton masih berkehendakkan 380 menjadi pengganti wajah Perdana-segmen mewahnya--kepakaran teknologi enjin pemanduannya wajar dikekalkan namun penampilan luaran dan hiasan dalamannya wajib dirubah total agak tampak lebih garang, futuristik dan ekslusif di mata pengusaha dan ahli-ahli politik negara (dan mungkin anak-anak muda juga).
SRi: Berjayakah DRB dalam perebutannya bagi memenangi tender kereta rasmi kerajaan Malaysia?! We'll see.
No comments:
Post a Comment