Wednesday, 22 December 2010

Couple [yg entah ke berapa]

Dulu-Jika ada (girl) yang letak SINGLE balik dekat Fb--aku mesti jadi antara yang pertama tekan butang LIKE -- and of course-gua tak perlu susah-susah nak tanya sebab apa break atau sebagainya-sebab tunggu jah lagi 4 jam 5 minit-Insyaallah ada punya explenesen dia kejap lagi.

Tapi tu DULU--sekarang aku dah malas nak tekan Like atau apa dah-sebab?! Selang seminggu- In a Relationship balik dah. Malas aku nak layan


Yups-aku masih single -- of course aku lagi bahagia macamnie dan serius walaupun aku berharap korang juga jadi macam aku--be a single-tapi tetap aku tak boleh harapkan realiti nya semudah itu. Kerna aku tau korang bukan aku. Sebab tu aku tak pernah ngamok tengking korang yang tak pernah nak reti-reti buat kerja ikut jalan kerja aku--kerna aku tau korang memang bukan aku dan aku pun tak expect korang boleh jadi macam aku

Sebab apa aku suka korang jadi single sekarangni?! 
  1. Korang tengah belajar lagi
  2. Pakwe korang pun duk belajar lagi
  3. Pakwe korang tak kerja lagi--takpun duk tengah tanam kurma--maupun kejap tanam kurma; esok lusa tanam anggur balik
  4. Korang duduk jauh-jauh; Long Distance Relationship
  5. Serius korang muda lagi--umur dah lah sebaya---sistem reproduksi saja yang dah matang-tapi otak?!hee


Jarang aku lihat orang yang punya kriteria di atas bahagia sepanjang masa. Akhir-akhir nanti gaduh-esok lusa cerai berai-minggu depan rujuk balik. Ngaaa -- Happe nie derr?! Aku tak suka situasi macamni. Nampak macam korang tak hargai kesucian nilai cinta tu sendiri. Korang banyak main-main tak serius dalam perhubungan. 

Aku boleh terima--kalau korang break--kemudian 6 bulan kemudian korang couple balik-with another guy. Tapi kalau selang 3 minggu-dalam 2 bulan 3 kali duk putus-nyambung-putus-nyambung; Haih--something wrong here laa adik manisss.

Ni belum kahwin--dah bergaduh. Belum berumah tangga-dah maki hamun. Tapak nak buat masjid pun belum ada lagi--dah taufan gempa bumi tsunami segala. Apa talak rujuk ni dah jadi mainan korang eyh?! Aku tak taulah macamana rupa korang ni bila dah berumahtangga. Serius--aku risau bila ada anak perempuan nanti. Baru umur 15 tahun-gaya cam orang dah kawin 5 tahun-majuk sikit balik rumah. Bergaduh sikit gi senggiang kat mak!

Tu belum campur lagi kes-kes "perkahwinan" di luar nikah. Aku bukan tak tahu apa yang bersarang dalam jiwa seorang lelaki tu bila dia keluar dengan memana wanita. Hurmm--makin bertambah kuat kerisauan aku nak beranakkan perempuan ni. Bukan aku nak merendahkan memana martabat wanita atau apa--tapi yang frust menonggeng-tertimpa dampaknya dalam sesuatu perhubungan perempuanlah! Lelaki?! Korang lebih tahu apa yang bersarang dalam kepala otak aku.

Jam pun dah pukul 12(WiB)--niat aku sebenarnya nak buat LI--tapi sebab aku tengok FB dua tiga menjak ni banyak sangat mengamuk tak percaya lelaki lah happe lah-sebab break-up; aku jadi terlebih minat pula nak bercerita benda ni dengan korang daripada mengadap Betahistine tue. Tak tambah lagi dengan dunia hiburan negara yang tak habis-habis bising pasal hubungan terlarang--anak luar nikah dan sebagainya. Makin bertambah gembira aku melayan blog tengah malam buta ni.

Konklusinya-tolonglah jangan couple waktu korang tengah belajar-apetah lagi dengan orang yang sebaya-tak kerja lagi--jauh-jauh pula tu. Walaupun aku suke je layan korang bercerita pasal masalah percintaan korang--tapi tolonglah jangan jolok tangan dalam kepala buaya apetahlagi bila korang tahu Anda masih belum bersedia untuk ke jinjang pelamin lagi.


Sebelum aku pergi ngadap Betahistine tue-aku nak tanya kenapa orang sekarang kahwin lambat? Itu aje. Aku cuma nak tanya itu aje. Kenapa umur kita kahwin makin lambat?

Dulu 16 tahun,dah kawin. Sekarang 16 tahun nak kawin? Gatal. Adakah sebab perubahan dunia? Atau perubahan mentaliti? Perubahan cara hidup?  Ataupun, orang zaman sekarang ni, tempoh dia nak jadi matang lagi lambat? Kita ni sebenarnya makin lama, makin open minded, ke makin kebudak-budakkan sebenarnya?
SRi:Bila sayang; Hai Baby -- Bila dah buang; Hoih BABI!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)

Recento Vizitores