Friday 10 December 2010

Ngangkung Pecah Rekod!!

fa poster ngangkung Filem Ngangkung Pecah Rekod RM10 Juta, Wow!

Sesiapa yang mengikuti perkembangan filem Ngangkung--especially adik SRi yg bongsu tue -- pasti akan berbangga dengan kejayaan filem ini yang berjaya memecah rekod kutipan paling tinggi dalam sejarah Malaysia, RM10 juta! 

Tanpa promosi angkat bakul atau terlampau optimis seperti filem ‘orang itu’--- pengarahnya mesti tengah tersenyum lebar sampai ke telinga dengan kejayaan ini--membayangkan bonus berupa kereta atau banglo daripada David Teo nanti.

Sebelum ini-- kutipan tertinggi dibuat oleh filem Adnan Sempit dengan kutipan berjumlah RM 7.66 juta, juga produksi Metroweatlh dan turut menampilkan pelakon utama yang sama, Sam Shaheizy. Entah apa sebabnya, mungkin ini rezeki Sam, lagi pun lakonannya pun layan.So, orang pun suka.

Ini tandanya--rakyat Malaysia dah kembali dapat menerima filem-filem ciptaan negara. Jadi dah semua orang dah mulai suka--janganlah nak ngengada buat hal yang boleh mematikan selera orang pula lepas ini.
SRi:Berdoa semoga David Teo diberikan hidayah masuk Islam tak lama lagi.Aameein

***

Tahniah buat Sarah Raisudeen dan Shuib Kumpulan Sepah Raja Lawak yang khabarnya sudah pun mengikat tali pertunangan pada 16 November lalu. Semoga cepat-cepatlah yea ke jinjang pelamin. Kisah yang lama usah dikenang -- cuma jadikannya pengajaran untuk menutupi segala kelemahan. Semoga berbahagia doa kami panjatkan

****

Bersempena dengan janji Rebecca Nur Islam untuk mengadakan press statement; siang tadi telah berlangsungnya sidang media majlis pengumuman perkahwinan selebriti seksiss Rebecca Nur Islam dengan pasangannya --- Nor Azam Bin Datuk Ismail di butik Chopard, KLCC. 

Rebecca, 24 dan Azam, 42 berhasrat untuk mengikat tali perkahwinan mereka pada 14 Januari 2011 --- juga sempena genap 3 tahun usia perkenalan mereka berdua. Azam merupakan seorang duda beranak dua. Jadi moga-moga takdalah isu siapa berebut siapa--kes jadi orang ketiga selepas ini.

Majlis resepsi yang khabarnya ditaja sepenuhnya oleh Chopard akan berlangsung selama 3 hari berturut-turut di 3 tempat berlainan. Tetapi yang paling eksklusif akan berlangsung di Menara Kuala Lumpur pada 16 Januari 2011.Untung badan~
Kredit:OhBulans
Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)