Wednesday, 22 December 2010

1000-Mission Accomplished!!

Aku tak pasti mulai tanggal berapakah Ketua Pengarah Projek; Saudari Hajjah Siti Nur Nabila M.Shidik dengan bahagianya melancarkan projek ulung 1000<2011-atau kepanjangannya 1000 komen sebelum Tahun Baru; 2011 -- Namun yang pastinya pada tanggal 22 Disember 2010-impian tersebut telah menjadi kenyataan.

Beliaw dengan sukacitanya menggambarkan wawasannya -- dikelilingi oleh pelbagai rupawan wartawan dalam dan luar negara menemuramah mengoreks rahasia kejayaannya membawakan gambar yang entah siapa-siapa kepada kepecahanan kerekodan yang tak pernah terciptakan sebelum ini.

**Mungkin sudah--tapi kami tak sedar dan tak pernah jumpa ada lebih 1000 komen pada satu gambar yang sama. Biasanya paling tinggi pernah terketemui hanya cuma setakat 5++ sahaja. Dan of courselah itu melibatkan artis pujaan--atau memana figures yang memang gah dahsyat di mata dunia.

Anda memang takda kerja!


Aku rasa itu memang ungkapan yang terbaik kepada golongan manusia-manusia yang berkecimpung dalam projek yang tak berapa nak bermunafaat ni. Bahkan ada pula cadangan untuk membawanya ke tahap yang lebih tinggi -- 10,000 komen pada satu masa nanti dengan harapan anak cucu kami turut sama gila mengomen di gambar ini. Aku pun dah naik konpius--siapa yang lebih gila sebenarnya ni? Pesakit dalam wad sakit jiwa tu kah?! Ataupun kekanak dalam FB nie?

Sedikit latar berlakang mengenai gambar ini--si cantik comey lotey yang tengah tersengih bahagia--yang mungkin dalam kepalanya tengah bangga sebab berjaya menjelessikan diri aku yang memang dah lama bercita-cita nak terjah Singapura ini nama nya Noradilah Jonit aka Jojo. Korang boleh check dalam nukilan skripsi aku--ada tertera namanya -- Jojo di situ. Beliau merupakan sahabat aku--merangkap ex-grup @ anakbuah @ classmate aku dekat Matriks Johor dulu. Dan manusia-hamba Allah yang lain ini adalah geng GGC -- alumni UKM-bebudaks rumahnya di Plaza Rah--rakan sahabat baiknya yang pastinya memang masih kamcing hingga kini. 

Ada Kak Nabs-Bummy-Cik Na-Nimengchangs-Dodol-Cik Wa dan Nirah. Dan of course-penyumbang utama kepada kegemilangan ini selain Tuan Rumah merangkap Exco Fenomena-wajiblah Ketua Pengarah sendiri-Kak Nabs. Mereka ini ada yang Audiologi, Gizi maupun Dietary Nutrisi. **Pepandai jah aku mereka!hahaha*
 Dan dalam keghairahan nak menyambut angka SERIBU tersebut--terselitlah pula makhluk Allah--Cik Fatihah ni. Mana beliau datang-saya pun tak tahu. Dalam hati--mungkin selama ni beliau memang duk perhatikan semua pergerakan kami--mungkin beliau sebenarnya adalah tali barut British - anak kesayangan Lee Kuan Yew - CIA - FBI maupun KGB -- dan bila tiba masa yang sesuai-dia pun BANZAAAAAAAAIIII!!! Paps-- bertobi tobi dia tembak. 999--1000!!! Nombor keramat yang dinanti selama ini beliau sebat dengan bangganya. Penat Jojo buat countdown syiox sendiri dari nombor 994--elok nak dapat 999-Cik Fatihah ni muncul. Syukur 1001 masih milik saya

Buat pengetahuan penonton sekalian--terdapat Perjanjian Kesefahaman antara kami bertiga-tonggak utama dalam menjayakan projek yang Bajet Best Cemerlang Gemilang Terbilang ni iaitu; No 999 akan diberikan kepada Toh Puan Noradilah Jonit--angka 1000 kepada Datin Seri Hajjah Nabilah Shidik dan 1001-Dr Hanif Siroh. Namun apakan daya--manusia cuma mampu merancang-Tuhan yang menentukan. Rezeki ayam tampak di telapak-rezeki manusia siapa yang tahu..? Betul tak Fatihah??!
 Tahniah kepada anda Cik Fatihah kerana telah berjaya memperoleh anugerah berprestij-angka penuh makna itu. Kami krew redaksi sidang Sripoernama mendoakan Anda sekeluarga selamat daripada amukan ablasa Kak Nabs hendaknya.
 Banyak perkara kami persoalkan sepanjang perjalanan sutera 1001 "malam" ini. Ada yang berbentuk ilmiah. Banyak juga yang meraban entah ke mana-mana. Tidak kecuali juga kisah peribadi--sejarah silam bersama digamit dikongsi kembali. Terkadang tu dah kalahkan Forum.com pula jadinya--gossip melimpah ruah bagai ke ladang gandum--maka jadilah Coco Crunch!!
Walaubagaimanasekalipun-dalam kemeriahan gegak gempita malam Khamis yang mulia ini-tetiba terasa kosong pula. Mana tidaknya-Pengarah Projek tidak hadir bersama kita pada malam penuh gemilang ini. Ada khabar angin puss pusss berbisiks Kak Nabs dah bawa lari Shahir AF8 pergi memana entah. Mungkin jauh ke Selatan Thai sudah ketika ini. Ada pula yang kata Kak Nabs pula yang melarikan diri gara-gara Shahir hilangkan diri tak diketemui. 
 Tidak kurang juga yang berprasangka SMS terakhir Juara AF8-- "Kebahagiaan dalam Perpisahan" -- ini ada kaitannya dengan Kak Nabs yang wujud dalam kehidupannya dikala beliau dirundum kecewa kasih tak berkesampaian. 

Entahlah--hanya Shahir dan Kak Nabs saja yang tahu jawapan sebenarnya. Kita tunggu sahaja penjelasan kehilangan mereka berdua ini.
 SRi:Jojo!Patut ke kita upah penyiasat persendirian juga gi cari Kak Nabs yang hilang ni?!

No comments:

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)