Sunday, 26 December 2010

Naza Forte, Toyota Camry, Toyota Corolla Altis, Kia Sportage::NEXT Generation PDRM's Eagles

Anda mesti kagum apabila menonton filem-filem antarabangsa terutama keluaran Hollywood yang menampilkan kehebatan Polis mereka dalam menangani jenayah. Kini kegagahan tersebut tidak lagi hanya di sana semata. Mereka akan dibawa ke Malaysia untuk menguatkan lagi jentera PDRM selepas ini. Dan jangan terkejut jika suatu ketika nanti para Abang Polis Peronda menjadi golongan terhangat di mata wanita-wanita di luar sana. Gigit jari sajalah nampak gayanya Dr, Ir, Lawyer yang baharu grad nanti. "Muscle" mereka jauh lebih besar daripada Kancil Anda.


Gambar-gambar ini saya percaya diambil di sebuah Ibu Pejabat Polis di Langkawi. Hallaaaa--yang atas bukit tuh. Bagi mereka yang baharu pulang daripada festival Langkawi-mungkin tahu lokasi yang saya maksudkan.

Namun begitu, disebalik kegagahan jentera-jentera baru yang bakal diterapkan dalam keluarga PDRM, saya sedikit hairan kenapa PDRM berminat dengan Kia Forte atau Naza Forte untuk dijadikan kereta peronda mereka bagi menggantikan generasi Waja -- sedangkan mereka sudah ada Evo 10. Lagi pun Forte tidak dibangunkan sebagai sebuah kereta berprestasi tinggi - jauh sekali menyamai prestasi Evo 10.



Bukan setakat model Forte, malah Toyota Camry, Corolla Altis dan Kia Sportage juga telah diubahsuai untuk menjadi kereta peronda PDRM. Di manakah kewibawaan Inspira sebagai kebanggaan negara-saya kurang tahu di sini. Mungkin mobil-mobil ini jauh lebih berkaliber dalam membawa Jalur Gemilang melintasi jalan raya.

Tak kisahlah pakai kereta apa pun tapi sila pastikan pemandu yang memandunya berkelayakan. Tak semua orang ada ‘jiwa perlumbaan’ dalam diri, sebab itulah Highway Eagle terlibat dalam banyak kemalangan. Diharapkan pihak PDRM akan tampil membuat penjelasan apakah kewajarannya semua ini, kita tidak mahu wang rakyat dileburkan begitu saja demi keuntungan mana-mana pihak berkepentingan.



Negara luar seperti UK pun mempercayai kemampuan produk kereta keluaran Proton sehingga menjadikannya sebagai salah satu model ahli keluarga kereta polis mereka di sana. Mengapa kita sendiri pula yang perlu memperlekehkan model keluaran tempatan padahal jika kita sah-sah sudah diiktiraf di mata dunia?!

 Kredit:Evo AK dan Prodas
SRi:Ataupun ini cumalah gimik Gerak Khas The Movie?!

No comments:

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)