Berat aku paling tinggi rasanya 50kg. Tu pun dah tercungap-cungap aku nak capai! Bila naik atas penimbang tu dan lihat jarum tersebut di atas angka 50-aku rasa macam nak peluk saja semua manusia yang ada. Senyum gembira bukan kepalang. Namun panas tak sampai ke petang-tidak lama kemudian-kembali kepada kitaran asalanya semula-46. Yups-berat aku memang standardnya adalah 4+. Dan korang tak tahu aku stress bila tengok jarum tersebut di bawah 45.
Menjadi seorang yang kecil (baca:Kurus seperti Yuna) bukanlah sesuatu yang sangat boleh dibanggakan. Apetah lagi aku adalah lelaki. Bukannya perempuan. Mencari baju mungkinlah tidak sesukar celana. Hanya beberapa brand saja yang selesa aku pakai sehari-hari; bagi ukuran pinggangku yang 27 ini- SODA, Body Glove, Snails dan X8. Nampak gayanya, mungkin aku perlu bertukar citarasa kepada MNG, Esprit, ROXY selepas ini.
Tahun ini (baca:terutamanya dua bulan terakhir) aku baca status dekat Facebook-banyak sangat yang komplen dengan diet yang tak berjaya dan lain. Pendek kata semua pakat sakit kepala dengan beban badan mereka sendiri. Dan anggaplah ini sebagai hadiah tahun baru untuk korang-aku akan bagitau apa rahasianya aku masih boleh kekal langsing sampai hari ini. WHOA!
Oleh kerna blog aku juga turut banyak dibaca ahli-ahli bidang perubatan dan pakar-pakar sains kesihatan-jadi sila jangan segan silu untuk memberikan apa-apa jua input masukan yang membina-apetah lagi jika ada yang tersalah fakta. Aku akan mempertimbangkannya. Sebab ketika aku tulis ni-aku tak berada di dalam gedung yang penuh buku-buku medis yang boleh dijadikan sebagai rujukan. Jadi jika ada yang salah-sila jolokkan. Ouch
1. Jalan Laju
Aku budak asrama-dan memang waktu aku masuk asrama dulu; antara cita-cita aku adalah untuk menjadi seorang yang tinggi dan berbadan sasa [baca:berisi] -namun apabila akhir tahun kelima-selesai SPM-aku masih seperti waktu mula-mula masuk Tingkatan Satu Marikh-kecil dan alhamdulillah-tidaklah terlalu kerdil. *tambah satu lagi-aku nak berkulit cerah! Sebab tu aku banyak "tanned" atas katil.
Aku tahu--waktu di dewan makan-ada ramai yang tunggu aku habis makan-terutamanya geng-geng kakak itu -sebab budak laki apekesah dengan aku-dorang sanggup tunggu aku bangun dari tempat duduk; semata-mata nak tengok aku "lari" pergi hantar tray.
Yups-dorang tunggu nak tengok sebuah kartun pengguin yang bininya dah pecah ketuban nak pergi hantar tray makan. Gara-gara keobsesan terlampau dengan Formula Satu. --Jadi ke mana-mana saja aku akan memperaktikkan "kecepatannya" walaupun takdalah cepat mana pun sebenarnya. Hahaha
Dalam kata lain, dari sekolah lagi--aku memang dah terbiasa dengan jalan laju-laju ni. Dan untuk pengetahuan korang, bila kita jalan laju-laju -jalan okayh,bukan lari- badan kita kita akan mengaktivasikan sistem metabolism yang lebih tinggi. Dalam kata lain- korang akan jadi sebuah kereta yang sangat boros minyaknya. Orang lain cukup makan sebiji roti sehari-tapi anda perlukan dua atau tiga roti sehari untuk menyamai tenaga yang dihasilkan sehari-hari.
Disebabkan metabolism anda yang lebih tinggi-badan akan menggunakan semua sumber yang ada untuk dijadikan energi dan alhasilnya-badan anda tidak cukup untuk pembentukan otot-otot dan lemak-lemak baru. Dan disebabkan itu-sehingga kini saya masih kecil seperti dahulu.
Tapi perlu diingat-untuk merubah "fikiran" badan kita-bukanlah suatu yang mudah. Benda ini haruslah terus-terusan berlanjutan. Dijadikan amalan seharian. Tak boleh berhenti di tengah jalan. Lihat saja--saya sudah teramalkan sehingga lebih 10 tahun sudah dan alhasilnya-paling tinggi cuma 50! Itupun dah tercungap-cungap sudah.
Bagi saya, cara yang paling mudah ialah-jika kelas atau kerja Anda mulai jam 8. Anda keluar rumah lebih lambat daripada biasanya, mungkin 750-dan jika Anda memandu kenderaan-sila letakkan kereta Anda jauh daripada sekolah atau pejabat-dengan cara ini akan secara automatik jadi robot yang tengah kejar tuannya. Dan serius-saya rasa ini sajalah satu-satunya senaman yang masih saya amalkan. Bagus untuk jantung Anda-apetah lagi bila teringatkan Dr yang sangat garang tengah tuggu di depan pintu muka Theater Kuliah!
2. Bila Hanya Ada
Benda ini memang aku tak galakkan-tapi sebenarnya kalau nak diikutkan-memang semua diet aku semuanya tidak sehat!
Aku makan bila perlu. Jap, betulke bila perlu?! Macam tak sesuai jerk. Ok, aku makan bila makanan tu ada di depan mata. Bagi yang kenal aku-aku memang seorang yang sangat pemalas nak bergerak. Terima kasih kepada adik-adikku yang memahami-dorang tak segan silu nak bising-bising pun kalau aku minta dorang ambilkan makanan atau minuman dekat dapur. Seriously-Abang memang sayang gegila dekat korang! Dan abang tak dapat bayangkan kehidupan tanpa korang semua. *perkara turut berlaku kepada kedua ibubapaku [esp:abah] yang sporting teramat sangat dan juga tak pernah nak bising walaupun sering dibuli oleh diriku yang pemalas ini. Thanx to Mama and Abah. Nanti abang balik-abang masak spesel-spesel eyh**
Bila ada-aku makan. Bila takda. Aku tak makan. Sebabtu korang boleh tengok aku makan sekali banyak. Dan terkadang aku boleh makan sikit saja. Atau aku masih boleh bertahan untuk sekian lamanya walaupun tanpa makanan. Sebab aku dah terbiasa dengan keadaan tersebut.
Aku pernah terbaca akan perihal bab-bab makan tak teratur ni. Bila kita makan tak menentu-sampai satu tahap badan akan berfikir dan confuse-bila dia sepatutnya gunakan sumber energi tersebut. Nanti kalau dia pakai habis-habisan; sampai satu tahap-habis lah pula! Macamana nak hidup?! Sebab badan kita tak tahu bila korang akan makan lagi. Dia konpius-dia tak tahu apa yang patut-dan bila dia patut pergunakan sumber energi tersebut.
Jadi dia akan tunggu-tunggu punya tunggu punya tunggu -- sampai korang makan lagi. Dan bila korang makan lagi-dia akan nampak benda yang baru. Jadi yang lama-dia akan buang begitu saja. Dan benda ni akan berulang-ulang kali terjadi di sepanjang kehidupan. Sebab tu even aku makan banyak pun-aku tak membesar-besar! Daripada semua tu-mungkin 30% saja yang diambil. Wallahua'lam
Namun apa yang korang kena ingat-jangan membazir! Aku pernah baca- Firaun mampu kekal sihat [Dengan Izain Allah] atas sebab dia makan sampai habis! Dia tak pernah membazir walaupun sebiji nasi atau sepotong roti. Jadi, ambil sesuai keperluan dan makan hanya ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Para penceramah bebas selalu cakap - Burb pertama; Alhamdulillah, kenyang sudah.. Burrb kedua; cukup-cukuplah tu. Burrrb ketiga - HOiH! Cukup lah tu!! Nak mati kah?!! Bersederhanalah dalam setiap perkara kerna bila dah terlampau berlebihan bakalan membawa mudarat pula.
Dan sebagai tambahan-perlu diingatkan-walaupun aku jarang makan-aku akan pastikan dalam setiap hidangan tu lengkap dengan setiap bentuk gizi yang diperlukan terutamanya sayur-sayuran! Sila rujuk rajah piramid makanan di bawah ini. Korang akan lebih mengerti macamana rupa diet aku selama ni. Mana yang patut dilebih atau kurangkan.
Okays-nanti aku sambung lagi. Aku kena turun Bandung pagi ni. Ada urusan yang harus dituntaskan. Doakan keselamatan Ketua Pengawas korang nih!Hahaha
SRi:Dah bertahun tak beli Maggi dan Keropok.
No comments:
New comments are not allowed.