Thursday 23 December 2010

Shahir AF8 diketemui ***********

Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Itulah pesanan ringkas (SMS) terakhir Shahir AF8 dua minggu lalu sebelum menghilangkan diri. Tiada SMS dibalas-deringan telefon dijawab kepada mana-mana rakan artis mahupun pihak produksi sendiri. Tiada seorang pun yang berjaya menghubunginya walaupun khabarnya beliau di kampung, malah pihak pengurusan dikatakan telah mengupah penyiasat persendirian untuk mencari kelibat Shahir.

Mana tidaknya---press conference-AJL-show tak datang. Kalau nama memang dah layu - takde lah orang nak kisah lah kan?! Tapi kalau dah tengah meletup-semua orang masih minat - mau nya tak kena tembak! Contract sudah sign-encik menghilang pula. Apa kes?!

Pagi ini nak dijadikan cerita-Aznil bersama Ray dan Hanif-Krew Riuh Pagi ERA--berjaya menerjah telefon bimbit ibunda Shahir. Syukur-difahamkan Shahir telah pun bertemu memberi penjelasan kepada pihak Astro. Menurut ibu beliau--kesepian beliau lebih banyak dipengaruhi dengan tekanan kerja ditambah lagi dengan migrainnya yang sememangnya sudah sedia ada. **Tapi kami rasa-kebreak-up-an beliau dengan kekasih hati bertudung seperti yang diwar-warkan KakNabs kelmarin hariss-lebih banyak mempengaruhi ke-missing-in-action-an beliaw nie!

Menjadi artis apetahlagi yang geng-geng mi segera nie--memang lain sedikit fenomena gegarannya berbanding yang lain. Mereka harus sedar-level mereka tak sama dengan artis produksi sendiri-bukan artis realiti tv ni. Populariti mereka biasanya tidak kekal lama--lebih kepada bermusim. Dan bila tiba musim yang baru tiba - orang akan mulai mengalih pandangannya. 


Jadilah seperti Mawi--penat memanglah penat-nama pun pisang goreng-hangat-renyah-berkrim disukai ramai-tetapi beliau sanggup nak tidur 2 3 jam sehari semata-mata nak rangkul semua peluang yang ada. Satu persatu diambilnya. Tak kisahlah orang nak kata tamak ke apa-tapi lihat saja kenyataannya hari ini-kereta dah ada-berbiji-biji lagi-rumah mewah harga berjuta-juta. Bukan rumahnya saja-rumah bondanya pun dah siap di-upgradenya. Tu tak campur lagi dengan lot-lot kedai yang dibelinya dan disewakan kepada rakyat jelata. Duduk lepak dekat rumah-tutup kedai MawiWorld tue pon masih boleh hidup bahagia lagi-as long as dia jaga hati pelanggan setianya-rasanya tu dah cukup buat semua pihak bahagia.

Kepada semua artis baru-Shahir dan Adira terutamanya--sila jangan kekwats dan buat hal lagi Ok. Perjalanan seni Anda masih panjang. Rasanya kontrak yang uols sign tue mesti ada cerita jangka masa Anda di bawah produksi Astro-dan rasanya sah-sah lah tak habis lagi kan?! Tak sedaplah pula-kalau ada memana pihak yang kena saman. Kereta Fairlady pun tak keluar bengkel lagi kan Shahir?! Kalau konsert pun tak pergi-promosi jual album pun tak datang-mana nak cekau duit nak bayar repair mentainance kereta tu? Takdenye aku rasa abang-abang workshop tu tersengih gembira dengar ko nyanyi dekat tengah-tengah bengkel tu! 

Fikirkanlah masa depan. Langit tak selalunya cerah. Sepatutnya peluang untuk membuat show diambil sekarang sementara masih popular. Kumpul duit banyak-banyak time nie. Nanti dah tak popular dah tak ada orang nakkan kita. 

Harapan kami ialah Shahir kembali semula dan menerangkan apa yang terjadi kepada semua orang. Kalau taknak terangkan kepada media pun tak apa. Peminat layak tahu apa yang terjadi kepada Shahir. Tanpa peminat, siapalah Shahir. All the best kepada Shahir.

**update:Shahir kata beliau sakit--dan berkemungkinanbesar akan kembali dalam masa terdekat--terutamanya buat AJL nanti! WHOA ***houh-suke lah KakNabs tuh!
SRi:Next Stesen-Sri Rampai. Stesen Berikutnya-Sri Rampai

No comments:

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)