Sunday, 12 December 2010

Apa bestnya pakai barang kemas?

Entah kenapa? Aku memang tidak suka melihat wanita yang memakai perhiasan emas di badannya, terutamanya yang melampau-lampau, bagi aku --- mereka menjadi bertambah hodoh dengan perhiasan emas yang melilit di leher dan lengan mereka dan mereka kelihatan sungguh bodoh! WHOA

Kalau korang cantik, maka korang tak perlu kepada emas untuk menjadi bertambah cantik.. dan kalau korang hodoh, emas sepuluh beribupun takkan buat korang cantikpun.. Bodoh pulak jika korang perasan cantik, anggun dan bergaya, tapi takde orang pedulipun..

Kalau ada yang pedulipun, orang tu jugak sama bodoh macam korang, tu yang jadi bodoh tu..

Maka, bersederhanalah, tak payah nak tunjuk korang punya kebodohan dan kehodohan..

Lagipun banyak keburukkannya bila korang pakai barang kemas melampau lampau..



Satu, korang akan menjadi mangsa peragut, dah nak muntah aku dengar berita tentang kisah perempuan bodoh perasan cantik lalu pakai barang kemas yang membuatnya perasan bijak tapi bodoh hakikatnya lalu tersungkur mukanya dibaham jalan raya akibat jatuh di ragut peragut yang terus menghodohkan wajahnya yang sedia hodoh itu!

Islam dah ajar pakai tudung, bermakna jika korang ada rantai emas, suami korang jer yang nampak, tapi korang bodoh -- sudah pakai tudung, tapi rantai emas sarung kat luar macam rantai binatang, apa kehal ntah?

Lalu bila rebah tersungkur kena ragut, kena 'sosah'! Marahkan peragut yang tak boleh tengok orang cantik sikit.. Lalu melaknat peragut yang mana akhirnya ibu peragut pulak yang di ragut lalu jatuh di jalan raya sebelum mati di langgar kereta, demikan iklan dalam TV gambarkan kesudahan nasib malang si peragut.. (ibu peragut menjadi mangsa? oh!)

Tapi bagaimana kesudahan mereka yang pakai barang kemas?

Biasanya, kesudahan yang aku dengar, si pemilik barang kemas melampau-lampau, mati dalam keadaan tanpa seuratpun barang kemas di badannya.. Tak boleh bawak masuk kuburpun.. Apa yang best sangat? Itu yang jadi bodoh tu..

Dan biasa jugak aku dengar cerita, perompak bila masuk rumah, pertama sekali dia ambik adalah perhiasan emas di badan wanita -- dan jika wanita itu cantik, sedap mata memandang, sedikit tembam dan gebu serta putih, alamak kena rogollah dia..

Juga aku dengar berita tentang mangsa tsunami di Sri Langka, yang mati bergelimpangan bersama barang kemas, bila mayat dah kembong masuk air, pencuri barang kemas telah memotong kepala dan tangan mayat untuk dapatkan barang kemas, korang nak mayat korang mati tanpa kepala?

(jika korang mati lemas dan ditemui perompak)

(tak nak!)

Tapi korang cakap, Alahai Abang Munep -- penting ada barang kemas, nanti bila kita susah, boleh gadai..

Stop! Korang dah syirik dengan Allah -- sebab rasa terjamin dengan adanya makhluk. Jangan cakap macam tu lagi, mengucap balik.. Emas tak boleh tolong korang.. Jika korang yakin emas boleh tolong korang bila susah, apa bezanya korang dengan penyembah berhala emas yang yakin patung emasnya boleh tolong?! Maka mengucap balik, bertistigfar.. jangan jadi bodoh!

Asyhadu anllaa ilaaha illallaah.Wa Ashadu anna Muhammadanr Rasulu'llaah

Dan ramai aku tengok perempuan beratur gadai emas sebab waktu susah dah tiba -- dan lepas tu sampai ke sudah tak dapat tebus sebab waktu susah sentiasa tiba... Hanya Allah dapat tolong cik adik oii, emas tak boleh tolong... Nanti kalau tak bayar zakat emas, masuk pulak dalam neraka..oh!

Dan korang tahu tak, antara keburukkan memakai barang kemas adalah ianya akan buat korang jadi riak, sombong dan takkabur, dan orang yang riak, sombong dan takkabur akan berakhir di neraka..

Tapi, korang kata -- Kami pakai barang kemas, tapi hati tak riakpun..

Kalau tak riak, kenapa perlu tunjuk pada orang?

Kenapa perlu beli emas mahal mahal dan pakai kat leher di luar tudung, kenapa perlu pakai di luar lengan baju, nak tunjuk kat sapa? Kat Allah? Kat suami? Atau nak bagi tahu orang ramai bahawa korang ada banyak duit boleh beli rantai emas berpuluh puluh ribu? Atau nak bagi orang dengki?!

Korang tahu tak? Jika perempuan miskin yang tak mampu beli emas tertengok perhiasan di badan korang lalu dia mengeluh dengan rezeki Tuhan dan menjadi orang yang tak bersyukur, maka korangpun dapat dosa sama -- tau?!

Aku bukan nak cakap pakai emas haram, tapi banyak keburukkan dari kebaikkan bila perempuan pakai barang kemas, belum bercakap dari segi sains lagi, seperti bahaya berada pada kawasan litar elektrik yang tinggi.. Atau mudah dipanah petir dan sebagainya..

Pokoknya -- bersederhanalah.. Barang kemas tak akan mampu buat korang cantik, nampak hodoh dan bodoh lagi adalah... Ingat-duit yang ada simpan untuk tiga perkara -- bayar hutang, pergi haji dan sambut takazar agama..
SRi:Hidup sementara sahaja.. biar tidak bergaya asal kaya!

No comments:

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)