Monday, 20 December 2010

Satria GTi:Harga Berpatutan--Pemanduan pun Mantafp!

Proton, apa saja kritikan yang dilemparkan terhadap mereka, sama ada berkenaan isu rebadge, copycat, kualiti rendah, harga yang mahal, servis selepas jualan yang teruk atau apa saja, untuk mereka yang masih tercari-cari sebuah kereta terpakai sporty yang berkuasa, dengan harga yang boleh dikatakan murah dan dilengkapi ciri-ciri talaan dari Lotus, jawapannya ada pada model Proton Satria GTi.

Benar -- Proton Satria GTi sebuah lagi kereta copycat dari Proton, ianya dibina berasaskan model hatchback 3 pintu keluaran Mitsubishi, dikenali sebagai Mitsubishi Mirage dan diluar pasaran Jepun dikenali sebagai Mitsubishi Colt. Perubahan yang dilakukan Proton melibatkan gaya rekabentuk di bahagian luaran hadapan, belakang dan beberapa komponen dalaman yang dipinjam dari model Wira, satu lagi model rebadge dari Mitsubishi Lancer.


Dilancarkan oleh Proton pada tahun 1999, Proton Satria GTi dilengkapi enjin aspirasi normal yang boleh dikatakan cukup berkuasa. Enjin 1.8 liter (1834cc), 16 valve DOHC (Double Overhead Camshafts) dari Mitsubishi siri 4G93p, dibantu transmisi manual 5 kelajuan, mampu menghamburkan kuasa kuda setinggi 138hp@6,000rpm dan daya tork sebanyak 164Nm@5,500rpm.



Pecutan maksimum yang mampu dicatatkan oleh model yang mempunyai berat hanya 1,100 kg itu amat memuaskan iaitu mencapai 204 km/j. Model ini dilengkapi brek cakera di depan dan belakang untuk diseimbangkan dengan kuasa dan kelajuan yang terhasil. Kemudiannya versi yang lebih baik hasil talaan Lotus dikeluarkan oleh Proton, dengan kuasa kuda semakin bertambah menuju ke angka 141hp.

 Lotus juga terlibat dalam tala menala semula sistem pengendalian (suspension), termasuk rekabentuk bodykit luaran untuk memberi lebih fungsi aerodinamik. Hasil talaan Lotus, Proton Satria GTi mempunyai kawalan dan pengendalian yang cukup mantap, terutamanya ketika memasuki selekoh dengan sifat sebuah kereta bercirikan perlumbaan. SRi amat tertarik dengan kemasan bodykit luaran Satria GTi. For me, bodykit tersebut bukan saja sporty malah amat cantik sekali. Warna perak yang menghiasi keseluruhan badan juga menyerlahkan lagi penampilannya yang sedia menawan. Bumper depan dan belakang yang agresif, tips ekzos berkembar--even Farid tak suka, side skirt sporty, sport rim bersaiz 16 inci dibaluti tayar 205/45 siri, dan tidak dilupakan spoiler belakang, langsung tidak dapat menafikan akan rekabentuk bergaya dan sporty sebuah Satria GTi ni.




Berbanding model Satria biasa, Satria GTi kekal bergaya walaupun usianya kini sudah hampir 11 tahun sejak kali pertama dikeluarkan. Keluaran terakhir model tersebut ialah pada tahun 2005 sebelum digantikan dengan model terbaru pada tahun 2006, Proton Satria Neo. Melihat kepada bahagian dalaman, Satria GTi dilengkapi sepasang kerusi berjenama Recaro yang cukup sporty dan terkenal. Tombol gear dan pedal diperbuat dari aluminium, manakala papan pemuka kelihatan ringkas sama seperti apa yang boleh di lihat pada model Wira, dengan paparan meter kelajuan dan rpm berlatar belakangkan warna putih. Walaupun model ini hanyalah sebuah hatchback 3 pintu, ianya mempunyai 5 tempat duduk dan dengan ruang keluasan yang ada, pemandu dan penumpang masih mampu duduk dengan selesa.

Cuma kekurangan model ini ialah ruang kargo @ bonet yang agak kecil, namun perlu diingat Proton Satria GTi bukanlah sebuah saloon atau sedan. Model ini pasarannya adalah untuk mereka yang mementingkan sebuah kereta ‘sport’ yang berkuasa dan sporty tetapi pada harga yang lebih murah. Jadi kepada mereka yang mahukan sebuah kereta yang mempunyai ruang penyimpanan barang-barang yang luas, terdapat banyak lagi pilihan lain yang ada.

Jika korang bercadang untuk memiliki sebuah kereta terpakai dengan reka bentuk sporty dan bergaya, mempunyai enjin yang berkuasa, pengendalian yang mantap, boleh memecut laju dalam keadaan stabil, alat ganti yang murah dan mudah didapati, dan yang paling penting ialah usianya belum melebihi 15 tahun, Proton Satria GTi adalah model yang memenuhi semua kriteria tersebut.

Selain itu antara alasan yang popular dan korang tidak akan menerima sebarang kritikan pedas selepas itu ialah, Satria GTi mempunyai reputasi yang cukup tinggi di mata peminat jenama Proton, juga boleh dikatakan majoriti rakyat Malaysia bersetuju bahawa model itu antara yang terbaik pernah dikeluarkan Proton, selain masih belum dimamah usia sekurang-kurangnya untuk tempoh 10 tahun lagi. Alasan lain yang sukar ditolak ialah harganya di pasaran terpakai ketika ini yang mula berada pada paras munasabah sejak beberapa tahun lepas.

Harga Proton Satria GTi terpakai atau ‘secondhand’ ketika ini berlegar-legar antara RM25,000.00 sehingga RM38,000.00 bagi keluaran tahun 1999-2005, dan SRi percaya jika korang berurusan terus dengan pemilik asalnya berbanding kedai menjual kereta terpakai, harga yang bakal diperolehi akan menjadi lebih murah.

Adakah kereta yang lebih dikenali dengan nama panggilan rasmi GTi ini berbaloi untuk dimiliki? Sudah tentu jawapannya ya, semuanya bergantung kepada berapa ‘tebal’ poket yang korang semua ada dan tujuan sebenar korang nak ada sebiji kereta. Jika kehidupan korang memang sentiasa berada dalam situasi yang pantas dan sering tergesa-gesa untuk pergi ke sesuatu destinasi sampai merah pun dah jadi hijau, Proton Satria GTi adalah pilihan yang tepat. Kelajuan maksimum 204 km/j dalam keadaan standard masih tidak cukup? I don't think so. Hahaha
SRi:Minat dengan Satria NEO R3 Lotus Racing

No comments:

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)