Siapa yang pernah jadi makmum--mesti selalu pelik kenapa aku suka sangat baca Al Ikhlas. Sikit-sikit Qul huallah hu Ahad-Katakanlah Allah itu Satu (Insyaallah betul walaupun aku dapat B- BAT dulu)--sebab aku tau maksud apa yang aku baca tu. Sebab aku tahu Allah sangat suka dipuji. Al Ikhlas tu satu persatu ayat dia semuanya nak nyatakan Dia itu SATU! Yang ESA. TIADA yang KEDUA.
Sebab itu jangan korang jangan buat muka pelik bila dengar sabda Rasulullah SAW--kata baca Qulhuallahuahad tiga kali sama ganjarannya dengan khatam Quran sekali. Sebab maksud motif yang dibawa Al Ikhlas tu sangat besar--akidah kita. Nak cerita hanya Allah saja yang layak disembah. Meskipun dia pendek--tapi arti mesej yang dibawanya sangat padat. Cukup korang berpegang pada 4 ayat ni-- insyaallah selamat dunia akhirat. Samalah juga--aku pernah dengar kata Laailahaillallah--Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah--tu merupakan kalimat yang paaaaaaling berat timbangannya di mata Allah. Aku tak tak tahulah mungkin lidah aku saja--tapi dalam banyak-banyak zikir --yang paling terasa ringan nak bertasbih-- kalimah Laailahaillaah.. Baca banyak-banyak kali pun tak rasa cam nak berhenti
Sambung kisah-- aku bukan nak kondem siapa yang baca surah panjang-panjang tu. Bagus--sangat bagus! Aku pernah baca hadith Nabi SAW bersabda--Solat yang baik itu yang panjang lama berdirinya dan mestilah korang dah tahu Nabi SAW benci kowt orang yang "mencuri" waktu tengah sembahyang. Huduh sangat tu. Tapi tolong jangan kondem aku bila aku cuma baca Rabbana la tuzighqulubana ba'da idh hadaitana wa hab lana min ladun-ka rahmah, innaka antal Wahhab sahaja selepas baca Al Fatihah. Sebab aku tahu--waktu aku solatlah satu-satunya waktu yang aku mampu fokus kepadaNya yang satu--nak minta apa-apa yang perlu. Orang kata solat itu doa--dan jangan salahkan orang yang terus bangkit lepas solat tak baca doa. Sebab waktu dalam sembahyang tadi pun dia dah siap-siap berdoa. Korang jah yang rugi tak guna kesempatan keemasan tadi tu
Aku nak tanya--bila korang ada masalah atau berhajatkan sesuatu--korang agak-agak korang pergi jumpa si dia bawa teks dengan bahasa yang berbunga-bunga kah? Yang korang sendiri pun tak paham apa yang korang baca. Dan bila korang pun tak tahu apa yang korang baca-cakap-minta kat dia-agak agak dia nak bagi kah?! Well--kalau korang buat macam tu kat aku--aku pun naik konpius korang nak apa sebenarnya?! Dan bila aku pun tak tahu apa yang korang nak--memang aku katup pintu tutup henponlah malas nak layan dah
Korang baca Learning Issue--BACA ok BACA! Beza tue sebab bila BACA instead of bentang--korang ingat aku nak tepuk tangan bila dah habis?! Seriously not ok. **kalau aku tepuk gaks-means aku memang bosan dan bahagia korang dah habis. Cukuplah--jangan seksa aku lagi* Sebab aku pun tak dapat apa yang korang bebelkan dekat depan. Karna apa?! Sebabnya korang sendiri tak faham apa yang korang buat. Dan bila korang sendiri pun tak mengerti--apa yang korang expect?! Orang yang tak pernah baca benda tu tetiba akan faham?? Hahahahharamslaa weyh.. Korang pun tak faham, tetiba aku yang duduk ni jadi Imam Syafiee ngerti zillions kali ganda apa yang korang ngomelkan. Aku nak belajar weyh--bukannya datang nak tandatangan saja. Please lah..
Tapi jangan samakan hal nya manusia dengan Tuhan yang Maha Mengerti lagi Maha Mengasihani--walaupun korang tak tahu apa yang korang duk ratibkan tue--Dia tahu apa yang korang niatkan. Tapi bagi aku adalah jauh lebih manis jika korang pun tahu apa yang duk baca sehari-hari tu. Yang korang duk berdoa tu. Bila korang tahu apa yang dihajatkan--barulah timbul rasa bersungguh-sungguh dalam hati yang korang sangat-sangat mahukan benda tu terjadi.
Korang pernah hilang kunci, duit atau apa-apa tak-lepas tu tetiba terus terjumpa?! Waktu tu korang duk ngomel bahasa apa? Arab kah yang sepatah habuk pun korang tak paham. Atau melayu kah?
Ya Allah -- mana lah kunci aku ni Ya Allah. Ya Allah bagi lah aku jumpa balik Ya Allah--aku nak gi kerja ni Ya Allah. Dah pukul berapa ni Ya Allah?!
Bagi aku antara sebab-dengan izin Allah Taala-korang jumpa kunci tu sebab korang betul-betul tahu apa yang korang nak. Korang benar-benar berharap bantuanNya. Jadi--bila nak berdoa-tak salah korang nak pakai bahasa Arab Urdu ka hapa-tapi please make sure--yang korang memang tahu arti dan maknanya. Jangan main -- Owh sedap doa ni. Hafal lah! Tapi arti dia sepatah habuk pun haram tak tahu.
Ingat Allah tu berbeza dengan manusia-Dia lagi suka kalau korang duk selalu minta kepadaNya. Jadi--selagi tak termakbul-dah temakbul pun-jangan malas nak minta daripadaNya.
Ada orang tanya macamana orang boleh khusyuk dalam sembahyang--sedangkan kita duk terawang-awang ingatkan marka gewe cewek segalanya. Bagi aku cara yang paling mudah--korang faham apa yang korang baca. Especially Al-Fatihah tue. Ni duk pandai aamein jah--apa yang di aamein nya pun semua pakat geleng tak tahu. Balik ni semua pakat buka terjemahan-tak payah tafsir tebal-tebal pun takpa. Buka Surah Al-Fatihah. Tengok ayat enam dan tujuh. **Sebab apa orang kata paling berkat baca doa waktu iktidal? Cari sendiri. Clue: Samiallahhulimanhamidah -- Rabbanaawalakalhamd.
Sebagai penutup-- aku tinggalkan korang dengan doa daripada Al-Quran, Surah Al Baqarah yang wajib korang dengar bila Tok Imam baca doa.
"Rabbana atina fid-dunya hasanah wa fil 'akhirati hasanah waqina a'zaban-nar.""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka"QS. Al Baqarah 201
Bagi aku--nie doa yang paling universal sekali. Daripada korang duk meratib baca doa panjang-panjang kekadang tersasul tu. Lebih baiklah korang baca doa ni banyak-banyak kali. Nak apa lagi?! Semua ada -- liput kecemerlangan di dunia dan kebahagiaan di akhirat! Daripada Al-Quran lagi. Mesti Dia lagi suka sebab korang duk baca kalamNya.WHOA
As a conclusion
1. Allah sukakan pujian--yang mengESAkannya
2. Minta berulang-ulang kali kepadaNYA tanda kesungguhan korang berhajatkannya
3. Fahami setiap apa yang korang lafazkan. Berusaha untuk cari maksudnya. Barulah berkat doa yang dibaca
4. Tahu apa yang korang baca dalam sembahyang. Jadi bila orang tanya: "Kenapa nangis waktu Imam Makkah tu duk tersedu-sendan tadi?!" Takdalah korang gi buat statement vangangs gi jawab "Saya nangis sebab Imam Mekah tu nangis" Gilo hoppoe?! Orang nangeh--dia pon sebuk nak nangeh. Pelik yang amat. Wallahualam
SRi:Jangan malu nak menuntut ilmu tetapi malulah bila Anda tak berilmu
salam. nice one. like it. yup,we just need to understand what we are talking bout. :)
ReplyDeleteallow me to keep on reading this sometimes-inspiring blog! sometimes filled with i-don't-understand-what-you-say-but-u-are-rite. :P
thanks for reminding, though~ :)
salam. X)
ReplyDeletehahhahhaa. Thanx--n if u've any question--please dun hesitate to ask for it yaa.. Risaulah juga kalau ada yang ter-misscommunication pula nanti. Hahahaha
**tora: soory-gua x reply semalam. aku sambut besdey adi kat bandung. so-memang seharian semalaman lah (se ke?cam berhari-hari jea) aku dekat Bandung. Hahahaha
btw--tentang baca tiga Qul tu memang ok pon. Just marilah bersama-samalah kita berusaha untuk menghafal dan memahami surah yang lebih panjang.. **bukan utk ko jerk--utk aku juga nie*** bukannya apa- Nabi SAW suka orang yang lama berdirinya neyh time semayang.
bout solat tasbih-aku tak pernah terbaca dalam memana kitab yang sahih-tentang rukun dan asal usulnya. Samalah juga solat hajat--tak payah susah-susah nak fikir tentang nak baca apa dulu-apa kemudian-berapa banyak kali--sebab Nabi SAW memang tak menetap apa-apa pun apa yang patut dibaca waktu sembahyang.. Dan banyak pendapat kata--sebenarnya tak wujud pun solat-solat sunat ni-means kalau ko nak rangkum sekaligus- ko nak bertasbih-berhajat ka apa dalam satu semayang pun boleh.. Islam itu mudah. Kita saja yang terlebih suka menyusahkan diri sendiri
~** ingt ni men aci reply msg kt phone ke nk mntak2 maap??hehe...
ReplyDeleteOwh..wish hepi belated b'day to adi..die ingt aku lg x??hehe..=P
Hmmm..thanx for the reminder..lame dh xm'hapei2..surah pjg bape kerat sgt laa den hapei..(teroknye saye..mahapkn laa hamba-MU)..sbenanye bile kite m'hapei ayt al-quran otak kite makin hebat kn??sesuai amat laa dgn den yg nk kene ingat beribu2 jenis ubat b'serta setiap inci kesah ubatan tersebot...^_^
~** klu jd imam jgn laa bc surah pjg sgt..sian org2 tua or yg b'penyakit...kn??
~** Islam itu Indah...heeeee!!
~** balpe ttbe b'tukar lak komen ni??haisyyooo..suke men cak2 nih