Thursday, 16 December 2010

A'syura

Kalender Hijriyyah-Bulan Islam--Muharram Safar Rabiu'l awwal etc sangat sinonim dengan ibadah kita sehari-harian terutamanya apabila tiba Ramadhan dan Syawal. Tidak terkecuali peristiwa-peritiwa besar dalam dunia Islam-termasuk Maulid Nabi SAW, Awal Muharram, Nisfu Syaaban dan lain-lain..

Apabila melibatkan hal-hal ibadah, kita harusnya lebih teliti menanggapinya. Lihat saja--bila tiba Ramadhan berlambak-lambak orang tunggu depan televisi sabar menantikan pengumuman Pemegang Mohor Raja-Raja Melayu. Samalah juga bila nak tiba Hari Raya Aidilfitri--semua excited tertunggu-tunggu. Orang JAKIM JAWI segala mempersiapkan kelengkapan nak lihat anak bulan. Betul ke tidak esok puasa? Boleh tak kami nak raya esok nie?!

Tapi kenapa hanya bila nak Ramadhan nak sambut hari raya saja semua nak sibuk-sibuk pakat tengok anak bulan-rujuk falak syarie?! Kenapa tidak di bulan lain juga. Syaaban, Rejab apatah lagi Muharram?! Yakin kah kita yang kita semua ni puasa pada hari kesembilan (semalam) dan kesepuluh Muharram hari ini? Entah-entah hari ni baru 9 Muharram dan esok baru 10 Muharram. Kita pula dah berdondang sayang riang raya melantak Jumaat esok ni.

Sesungguhnya ada satu pendapat mengatakan adalah lebih afdhal puasa tiga-tiga hari - 9, 10 dan 11-risaukan kita terlepas A'syura tersebut. Dan dengan nikmat teknologi yang canggih manggih ni--berdoa sangatlah aku devisi falak syarie JAKIM rajin-rajinlah turun pi tengok anak bulan dan umumkan kehadirannya setiap bulan. Barulah hati pun rasa lebih tenang, nak beribadah pun aman. Lepastu--buatlah nota tazkirah pendek dekat celah-celah iklan biar umat Islam kat Malaysia ni perihatin - terisi sikit rohaninya hari-hari. Takkanlah nak kena pi majlis agama kat masjid--buka Astro Awani baru nak terisi? Tak rempits lah weyh

Serius, terkadang aku risau melihatkan mentaliti Majlis-Majlis Agama ni. Mengalahkan kerajaan pula politiknya. Tampak melebihkan yang menguntungkan mereka sahaja. Tak bersungguh-sungguh dalam menjaga kemaslahatan umat. Benda-benda yang ada unsur publisiti saja yang banyak diwar-warkan. Yang tak berkepentingan tak naikkan nama, dorang diamkan.

 Tak payah pergi jauh--lihat saja dekat Carefour atau apa?! Korang pasti apa yang korang makan tu tak bercampur dengan hal-hal haram? Adakah semua produk yang tak dapat tanda Halal JAKIM tu haram? Bab makan produk-produk seharianni--aku lebih suka kalau bukan tanda halal yang diberikan--tetapi logo HARAM yang diterakan. Jadi baru terhegeh-hegeh dorang nak rekrut ramai pekerja kasi sibuk sikit. Yang tak ada tanda Haram semuanya Halal. 

Malaysia adalah negara Islam yang majoriti penduduknya Muslim. Pekejadahnya kita nak susah-susah dapatkan benda halal-tengok logo halal bagai?! Nak buka web cari benda yang kita nak beli tu halal ka haram. We are the majority. **inilah masalahnya bila kita cuma majoriti pengguna bukan pengusaha


Kalau aku jadi pengusaha kafirun--melihatkan situasi semasa-aku tak rasa masalah pun. Buat apa aku susah-susah nak gi mengadap JAKIM?! Sebabnya dapat tanda halal atau tidak--semuanya di sumbat di tempat yang sama. Orang main pakat tibai beli saja. Duit minyak pun tak habis. Ingat senang ke nak dapat logo Halal tu terutamanya bagi pengilang-pengilang makanan bukan muslim ni? Banyak woo kerenah dia.

Awal tahun ni-minyak sapi yang memang dah lama semua suri rumah duk pakai--tetiba ditarik penarifan Halalnya sebab diragui kandungannya. Tapi ada ditarik daripada pasaran? Dihangkut diletak ditempat yang haram?! Takda. Yang tahu tu tahulah--yang makcik tak baca surat khabar internet ni tak tahu apa -- Teruslah bagi anak bapak dorang makan benda yang haram tu.

Memang JAKIM ada menyediakan talian SMS untuk pengguna check kehalalan sesuatu produk tu melalui kod bar nya. Tapi kejadahnya aku nak sms tanya kat JAKIM produk tu halal ka haram? Nak sms gelpren pun aku fikir banyak kali--ni nak sedap-sedap SMS JAKIM bagai pula. Dah lah bukan satu dua benda aku beli sekali--banyak kot! Pastu dah SMS--dibalasnya produk tersebut tak berdaftar. Bengang tak?! Bagi yang kurang berpendidikan agama pula--lagi lah dorang suka buat terus tak tahu saja--takdalah berdosa. **kata mereka*

Jadi kepada institusi agama--tolong perketatkan soal agama terutamanya yang berkaitan dengan ibadah dan akidah. Tak kiralah yang fardhu ain ka--yang takpayah ka--semua harus dijelaskan dengan rapi dan teliti.

Kekadang bengkerk la juga bila dengar Mufti-mufti ulama' berlumba-lumba bergaduh nak bagi fatwa. Tapi fatwa mereka -- lebih bersifatkan politik semata. Aku tahu politik negara merupakan bahagian yang sangat penting dalam agama--tetapi tolonglah jaga kesuciannya--jangan sampai orang pun naik muak dengan ulama-ulama majlis agama sebab cuma nak sentuh hal-hal tertentu sahaja--yang kena batang hidung sendiri buat-buat tak tahu tak nampak saja.

Bagi pihak kerajaan pula--jika benar-benar ingin menegakkan syiar Islam-sila berikan kuasa yang lebih kepada Majlis-majlis Agama ni. Gila apa--nak tangkap orang buat maksiat-khalwat-zina kena ada orang lapor dulu?! Nak ajar orang mengucap kena tauliah dulu. Serius lawak. Banyak akta yang harus digubal dan dipinda semula. Dilihat kembali rasionalnya. Tahap sosial remaja - orang tua - umat akhir zaman ni dah makin haram jaddah rupa dia. Jadi tak payahlah kot nak tunggu Imam Mahadi ngan Nabi Isa a.s turun baru nak betulkan balik semua yang dah terbalik ni. Tak sesuai ok. Dah sangat teramat terlambat.
SRi:Amalkan seks selamat.Motif?!

Dari Ibnu Abbas r.a berkata telah bertanya sahabat kepada Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !". [Wallahua'lam]

No comments:

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)