Monday, 15 November 2010

Cinta Syyyhh Uncleseeker yang Menggelikan !!

EMPAT-Kenapa orang kahwin lari? Sebab paling popular-tak dapat restu keluarga. Ni tak campur kes yang kahwin dua tiga tau! Bini aku pun belum tentu kasi restu tambah lagi. Ok, sekarang bagi aku statistik-dalam banyak-banyak artis yang korang pernah dengar yang kahwin lari-berapa ramai yang bahagia sampai ke mati? NEEEHIIIIIII!!! Takdak. 

Waktu cuti dulu-aku tengok Nasi Lemak Kopi O-uish, memang berminat sungguhlah aku dengan Aziz Desa ni-daripada zaman aku kecik-kecik dia duk main ngan teropong-teropong pepagi lagi. Bijak persoalan yang dilontarkan beliau pada pagi tu. Nak dijadikan cerita-pagi tu tengah kecoh dengan seorang wanita ni kahwin lari ngan bangla Pakistan tokey karpet dapat hak penjagaan anak dia balik. Umur muda lagi--comey pun comey-mak dia laa maksud aku-anak dia takdalah sangat! Biasalah-darah tengah muda ni-uish,bersemangat sungguhlah nak kahwin ni-nak elak zina. Baguihlah tu kan! Tapi alkisahnya-tak dapatlah restu mak pak plak. Huh, apa lagi? Kahwin lari lah jawabnya. Mula-mula makan pasir pun sedaplah. Tapi bila dah lama-lama; huh. duk asyik kena suap telan susu basi jah-sapa nak boleh tahan. Larilah beliau daripada kongkongan suaminya seorang diri--sebab nak bawa anak tak boleh-keluarga suami jaga pegang kuat-kuat. Last-last balik kampung-- keluarga juga jadi tempat rengekan lelehan jiwa. Minta uruskan semuanya. Segan kan!
 
Hurm, tapi tu lah bahananya bila nak kahwin tak dapat restu. Susah nak barakah bila redha orang tua kita lupakan. Rasanya tak pernah lagilah SRi dengar cerita yang kahwin lari  ni bahagia--siap boleh buat family reunion kat Perhentian. Nak dijadikan cerita instinct seorang ibu-bapa-orang tua tu selalunya tepat. Zass--Allah turunkan elok ka tak elok ni pada pandangan pertama kedua ibu bapanya. Bila dah tak elok-tue yang ending dia pun jadi tak  berapa nak segak tu. Tak pepasal jadi janda muda! Mau?


Gua bukannya nak menyebelahi Dato' Seri ka apa. Tapi sebagai ayahanda-beliau memang punya kuasa mutlak di sisi agama dengan siapa patut anak daranya nikahi. Tak payah tanya suka ka tidak--dia Wali Akbar--dia kata YES-nak tak nak, Kahwinlah si dara itu dengan teruna pilihannya. Samalah dengan kes ni--kalau aku lah jadi Si Hankelsikerr ni yang dah berperang sakan dengan bakal bapak mertua--memang tarik diri sajalah. Satu-yang ko tengah berperang tu-orang yang bakal jadi wali waktu nak akad nikah nanti. Kemudian duk bergaduh dengan bapak mertua pemegang mohor besar keredhaan Allah pula tu. Confirm tak berkatlah hidup ko lepas ni. Tak payah lah nak susah-susah nak acu try test dulu. Buat habis duit hantaran ja nanti.

Tapi sebagai seorang bapa-meskipun kita punya hak yang mutlak dengan siapa harusnya anak dara kita nikahi-kita kenalah juga prihatin--kita buat semua itu sebab sayangkan anak itu kan-inginkan kebahagiaan buatnya kan? Maka, sanggupkah kita lihat sinar kebahagiaan yang cuba kita bina itu nanti dinodai dengan esakan tangisannya tetiap hari kelak? Sayangkan kalau itu pengakhiran kisahnya. Yang kita sangkakan bakal bawa berita gembira akhirnya derita sengsara semata. Tak pepasal ada suara latar nyanyi lagu“Disangka panas sampai petang, kiranya hujan tengah hari” *tapi kalau haku jadi Dato' Seri yang nak bermenantukan si hantu kekuranghajaran cam Si Hankelsiker ni--aku pun serius tobat tak maw!*

LIMA-Gua confuse sebenarnya tujuan asal muassal Hankelsiker ni buat pendedahan macam ni sebenarnya. Ye lah--apa keuntungan dia bila buat pendedahan terlebih heklusif yang sampai boleh menjatuhkan maruah ni? Apa dia fikir dengan buat macam ni-esok lusa tok kadi datang rumah dia bawa wali hakim nikahkan terus mereka berdua? Takpun supaya malamni ayah dia cepat-cepat siapkan bilik pengantin untuk dia ngan Aishah? Demi membuktikan ketulusan cinta dia dekat Siti Aishah? Pooodah!! Kalau aku yang jadi Siti Aishah ni--mau aku larikk terus sembunyi-tak muncul-muncul dah. Segan kot! Cerita peribadi dijaja orang. Macam kes bebudak vangang yang haplod video dorang buat seks dekat internet tu lah--hape dorang ingat awek dorang akan makin sayang-mak bapak dorang akan terus restui cinta dorang berdua. Mimpilah!

Aku tak paham apakah percaturan mamat ekor kuda seorang ni. Nak buat confession pun--sikit-sikit dah lah kot boss. Ko pun bukannya tak pernah berbini. Macam budak-budak baru belajar bercinta. Gelojoh bebenor! Bila sikit-sikit, barulah seksi-romantik. Ni kalau semua ko dedah-ko ingat ni apa- Porno? Geli kot! Sampai ko harus jaja segala negara cerita tentang apa yang berlaku dekat Mandarin Oriental Hotel--ape kes boss? Dalam hati aku sekarang ni--aku rasa mamat ni-ngah frust menonggeng r- dah kena tolak mentah-mentah ngan Siti Aishah ni sebenarnya. Kalau tak--mana kan ada otak yang waras sanggup nak cerita benda-benda macamnie. Samalah dengan kes video lucah tadi--biasanya bebudak vangang ni sebarkan bila dah break. Gila kau kalau haplod waktu tengah couple-mau nye kempunan tak dapat rasa lagik. Larikkk!!
 Lagi satu-ko tak payahlah nak mengarut tentang statistik 95% sokong ko--yang lebih-lebih tu jerk yang bagi negatif komen-BLAHHH!! 1st comment saja dah orang kutuk-kutuk ko. Yang "puji" tu semua sarkastik jah. Ko jerk yang bangang terlebih anggap itu semua sokongan. Gila punya orang! Serius-kesian aku tengok hidup ko. Pathetic gila. Nasib baik umat Nabi Muhammad--kalu tak; memang aku suruh ko gi bunuh diri sajalah! Merosakkan anak bangsa betul. Btw-aku cakap keras-keras macam nie sebab ko insyaallah bukanlah bakal bapak mertua aku--dan takda lah setua mana pun. So,chills sajalah eyh. Semoga kita semua bertaubat -- kembali kepada jalanNya yang benar dan diredhai.

ENAM-Aku nak tanya korang yang dah baca post-post beliaw yang menggelikan tu. Korang agak-agak siapa yang tengah syok sendiri sekarang? Siti Aishah atau Hankelsikerr nie? Korang rasa Hankelsiker tu nak sangat ke dekat Siti Aishah tu? Siap tengah tulis post nak beberkan kisah cintanya yang "sejati"-siap boleh sempat menyempat lagi duk tengok "gadis biru" yang seksi. Tak cukup dengan mata--siap amek kamera haplod gambar mereka dalam post yang sama juga. Gila ini orang. Aku tak tahulah apalah tangkal dia guna--sampai boleh buta mata hati Si Aishah tu.

Mungkin itulah kekuatannya lelaki--korang punya golonganni aku memang tabiklah--lidah gua memang toksah nak kata apa lah--jelly pun kalah lembut dia!! Ayat manis gila nak mati. Sikit-sikit duk bersayang sana sini--merata hang hangkut sebat sekali. Bahaya. Bahaya. *Uitz.Korang toksah buat muka lah weyh-aku tengah cakap tentang diri sendiri lah ni! Hahahaha*

Tapi dari situlah datangnya kelemahan wanita. Perempuan terutamanya yang dah bersawang macam Siti Aishah ni--ampun kan patik Tuanku Permaisuri---sah-sah mestilah memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang yang bernama lelaki. Bukan gua nak cakap beliau desperate gersang ke happa--tapi bila dah tetiba datang seorang yang selalu pandai memuji--bagi perhatian-cukup tetiap pagi hantar sms "Baby dah makan dah?" takpun tak payah panjang- X) dah cukup untuk membuatnya merasai dihargai. Begitulah indah mudahnya cair hati seorang wanita. Jadi, hati-hati yang dekat luar sana. Kalau tak bersedia nak menikah-jangan menggatal. Merana tak sudah nanti jawabnya!
Tapi tak semua wanita semudah itu untuk ditawan hatinya. Namun bagi yang terlalu mudah cair nie lah yang jadi masalahnya-terutamanya yang bila break--baru dua minggu-dah pasang yang baru. Adushlaa--gua tak sebut golongan yang cepat cari pengganti ni sluts atau yang seangkatan dengannya-tapi gua nak nasihat--bahya untuk korang terus lama-lama tergolong dalam golongan ni. Berbeza ngan jalangs--golongan ni bukannya jenis pencari lelaki--tapi dia tak boleh nak hidup sendiri. Dia mesti nak ada pendamping. Biasanya yang tergolong dalam ni-anak tunggal, ibu bapanya bermasalah atau bercerai-atau dalam kata lain-yang jenis kurang perhatian kasih sayang dan tak ada teman saudara mara dekat untuk berbincang. So, bila dia dah seorang--kebetulan pula ada yang bagi perhatian-so,dia sebat sajalah! Sebab tu Hankelsikerr yang korang jelessi sebab rupa cam hantu ni tetiba mampu memenangi jiwa permaisuri pujaan korang selama ni.

Tapi yang bahayanya--bila kita terlebih mudah biarkan sang kekasih mencuri hati--diri kita akan jadi tak berapa nak dihargai. Sebab dapatnya mudah--tak payah nak bersusah-susah lagi-jadi bila dia nak lepaskan-taklah susah sangat di hati. Sebab tu-adat nak bercinta ni--jangan jual murah-murah sangat. Nanti orang mudah rasa tawar hati.

SRi rasa cukuplah tu ENAM poin--sengaja nak bagi sama berbalas dengan ENAM post Hankelsiker ni bagi. Kalau nak diikutkan hati yang kecewa ni--mestilah banyak lagi nak dicoretkan kat sini! Biasalah--setan kan banyak kat sekeliling ni. Orang gi semayang Isyak kat mesjid--dia dah pukul 8 ni pun-still duk mengadap leppie tak sentuh sejadah lagik!

Papehal--kalau ada yang terasa-yang tak tepat-nak SRi betulkan-bagitau sajalah direct -komen jah nanti. Kelak SRi akan pertimbangkan kembali. Ni korang malaikat-malaikat kecil esok jangan lupa kita puasa sesama Ok. Allah ngan Nabi SAW suka ni--sesiapa sahaja yang menghidupkan sunnah dan menegakkan syiar sepanjang hayat dia tetambah lagi yang dituntut seperti Puasa di hari Araffah-9 Zulhijjah. Jadi-jangan malas-malas, kesempatan tak selalu berbuah dua kali. Apa yang kita mampu buat hari ini--buat terus sebaiknya hari ini juga-toksah duk menggedik nak bertangguh lagi.WOHA!

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)

Recento Vizitores