Sunday, 21 November 2010

Street Ware House

Lama juga saya amati & teliti, satu-satu saya korek, selak, klik back dan forward. Saya "spy" album gambar pereka tempatan, bukan untuk suka-suka dan bukan juga untuk menyibuk. Ya, tepat sekali! rata-ratanya mencedok ilham Dior, Elie Saab, Valentino, Louis Vuitton & dan Prada. Daripada pemilihan warna, silhoutte, penataan gaya (terutamanya headgear) serba serbi di ciplak. Mungkin benar, "pelanduk dua serupa" mungkin juga "Inspiration" (mengagumi pereka asal) tetapi apa yang kurang enaknya, berulang kali ia diperagakan di pentas fesyen. Sekali dua mungkin kebetulan sama, empat,lima,enam kali nak kata apa? 
Kamu tidur sebantal dengan Galliano, Marc Jacobs, Lagerfeld? Lalu kamu berkongsi mimpi dan ilham dengan mereka? Paling jelas dan popular sekali di "duplicate" ialah rekaan agung couture Galliano. Bukan seorang pereka yang berbuat demikian, ramai lagi yang tanpa segan silu menghidupkan semula rekaan itu tetapi cacat celahnya jelas kelihatan disana sini. Sungguhpun begitu, mereka nafikan sekeras-kerasnya. Kononnya ingin memberi nafas baru dan "tribute" kepada grand master! Owh, Galliano tak perlu pujian kamu untuk dia merasa dihargai. Cukuplah Bernard Arnault memberi dia gaji jutaan dollar dan mengekalkan dia sebagai creative director for Dior.

Tahun 2010 sudah pun berada dikemuncaknya, kurang dua bulan sahaja lagi kita melangkah ke tahun 2011. Ramai pereka tempatan sudah memasang azam baru, mengira & menghitung detik untuk menunggu "fashion event", penuh diari dengan dakwat hitam (show merata tempat situ,sana,sini). Tapi adakah mereka bersedia meng-"upgradekan" dan meng-"evolusikan" rekaan mereka? Sudah bersediakah mereka berlari keluar membebaskan diri dari zaman "Renaissance"? Mampukah mereka buktikan bahawa rekaan mereka di masa hadapan benar-benar tulen dan bermutu? Kita tunggu dan lihat sahaja ya!
SRi:Sedih dengan sesetengah pereka yang menciplak bulat-bulat tanpa menambah mutu nilai kekreatifan mereka sendiri pada busana "ciptaannya".

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)